WARKAH KEPADA GENERASI
(Amiruddin Md Ali Hanafiah)
MAKSUD
Rangkap
1
Penyajak
menjelaskan bahawa generasi muda sebagai golongan yang beruntung kerana hidup
pada zaman sekarang. Mereka hidup
sebagai bangsa yang bermaruah di negara yang merdeka.
Rangkap
2
Penyajak
mengingatkan generasi muda yang berilmu bahawa negara yang didiami oleh mereka
sekarang merupakan hasil perjuangan nenek moyang mereka yang berusaha
mendapatkan kemerdekaan negara.
Rangkap
3
Penyajak
mengakhiri pesanannya agar kita semua tidak melupakan sejarah negara.
TEMA
Sajak
ini mengemukakan tema peringatan dan pesanan kepada golongan muda/generasi
sekarang tentang sejarah kemerdekaan negara.
1.
Persoalan
generasi muda yang bertuah kerana dapat hidup di sebuah negara yang merdeka.
2.
Persoalan
kemerdekaan negara merupakan hasil perjuangan dan pengorbanan nenek moyang
kita.
3.
Persoalan
kepentingan sejarah kemerdekaan negara.
GAYA BAHASA
1.
Metafora
tanah merdeka (Rangkap 1, baris 5)
istana merdeka (Rangkap 2, baris 5)
akar sejarah (Rangkap 3, baris 2)
2.
Sinkope
ingin kuingatkan:
jangan biarkan akar sejarah (Rangkap 3, baris 2)
3.
Asonansi
dengan keberanian
sebagai bangsa bermaruah. (Rangkap 1, baris 4)
pengulangan vokal ’a’
4.
Aliterasi
tercabut dari bumi bertuah
ini. (Rangkap 3, baris 3)
pengulangan konosonan ‘t’.
NADA
Sajak ini bernada patriotik.
BENTUK
1. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
2. Rima akhir bebas.
3. Jumlah baris serangkap bebas
Contohnya : Rangkap
1-5 baris, Rangkap 2 – 5 baris dan Rangkap
3 – 3 baris).
4. Jumlah perkataan sebaris adalah antara dua hingga tujuh patah kata.
5. Jumlah suku kata sebaris adalah antara tujuh hingga enam belas suku kata.
NILAI
1. Nilai kesyukuran
Penyajak mengajak generasi muda bersyukur dengan nikmat
kemerdekaan negara.
2. Nilai pengorbanan
Nenek moyang kita
sanggup berkorban demi mendapatkan kemerdekaan negara daripada penjajah.
3. Nilai cinta akan negara
Semangat cinta
akan negara amat penting dalam diri seseorang agar kita sama-sama dapat
berusaha untuk memajukan negara.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menghargai nikmat kemerdekaan negara agar kita tidak lupa
untuk mempertahankannya.
2. Kita perlulah sanggup berjuang dan berkorban demi kemerdekaan negara.
3. Kita seharusnya sedar betapa pentingnya kemerdekaan kepada negara agar
negara kita tidak lagi dijajah pada kemudian hari.
4. Kita janganlah lalai dengan nikmat dan kesenangan yang kita nikmati selama
ini kerana kelalaian tersebut boleh menyebabkan kita kembali dijajah oleh
musuh.
LATIHAN
1.
Kemukakan maksud rangkap
pertama sajak ’Warkah Kepada Generasi’.
2.
Pada pendapat anda,
mengapa generasi sekarang perlu mengenang jasa para pejuang kemerdekaan negara?
Jawaban:
1.
Maksud
rangkap pertama sajak ini ialah Penyajak menjelaskan bahawa
generasi muda sebagai golongan yang beruntung kerana hidup pada zaman sekarang. Mereka hidup sebagai bangsa yang bermaruah di
negara yang merdeka.
2. Pada pendapat saya, generasi sekarang perlu mengenang
jasa pejuang kemerdekaan negara:
a.
Supaya
mereka menghargai kemerdekaan yang dimiliki sekarang
b.
Mereka
telah banyak berkorban untuk mempertahankan negara sehingga mencapai
kemerdekaan.
c.
Supaya generasi sekarang dapat mengerti
nilai perjuangan
d.
Dapat
menanam semangat patriotik dalam diri generasi sekarang.
No comments:
Post a Comment