Perang Saudara di Pahang
(Mohd Yusof M Nor & Dr. Abd. Rahman
Kaer)
MAKSUD
Rangkap 1
Permulaan kisah perang iaitu kisah perang saudara di
Pahang.
Rangkap 2
Pemangku sultan merupakan putera sulung yang memerintah
negeri yang bernama Bendahara Tun Tahir.
Rangkap 3
Putera
yang tengah ialah Encik Engku Ahmad. Terdapat lima
orang lagi putera lelaki sultan yang mempunyai perilaku yang baik.
Rangkap 4
Encik Engku Ahmad keluar mengembara ke Singapura sambil
menghiburkan hatinya yang lara.
Rangkap 5
Tidak lama belayar, Encik Engku Ahmad sampai di Kampung
Gelam dan singgah di tempat tersebut.
Rangkap 6
Encik Engku Ahmad tinggal bersama Tengku Jaafar yang
menjadi sahabat baginda. Baginda berdua tinggal di sana tanpa sebarang kawalan.
Rangkap 7
Encik Engku Ahmad diiringi teman-teman dan kawan-kawan
untuk kembali ke negerinya.
Rangkap 8
Mereka mula belayar ke sebelah barat iaitu ke Kemaman.
Rangkap 9
Mereka sampai di Kemaman yang indah tempat Sultan
Terengganu memerintah.
Rangkap 10
Mereka membuat perancangan untuk menyerang negeri Pahang.
TEMA
Berkisarkan perancangan perang saudara yang bakal berlaku
di Pahang.
PERSOALAN
1. Persoalan peperangan tidak membawa sebarang keuntungan
tetapi membawa kebinasaan.
2. Persoalan hubungan dan kerjasama untuk menjalankan suatu
tindakan.
3. Persoalan golongan bangsawan yang mengamalkan hidup bebas
tanpa kawalan.
BENTUK
1. Syair ini mengandungi sepuluh rangkap.
2. Setiap rangkap mengandungi empat baris.
3. Jumlah perkataan ialah empat hingga enam perkataan
sebaris, jumlah suku kata pula sembilan hingga sembilan dalam satu baris.
4. Rima akhir sama – iaitu ’aa aa’.
GAYA BAHASA
Aliterasi
hendak
melanggar Pahang negara (pengulangan konsonan n)
Asonansi
kata
orang empunya wadah (pengulangan vokal a)
Kata ganda
laki-laki
(Rangkap 2, Baris 1)
Repetisi
di kampung Gelam tempat berhentinya,
di dalam kota tempat diamnya (Rangkap 5, Baris 3 dan baris 4)
Bahasa Klasik
Ini sekadar sahaya ringkaskan (Rangkap
1, Baris 3)
NILAI
1. Nilai setiakawan
Tengku Jaafar
yang menjadi sahabat Encik Engku Ahmad bersama-sama melakukan aktiviti dengan
baginda.
2. Nilai keberanian
Keberanian Encik Engku Ahmad membentuk pakatan untuk
menyerang Pahang.
3. Nilai
kesetiaan
Setia mendengar
perintah Sultan Terengganu berhenti di Kemaman untuk mengumpul pakatan
menyerang Pahang.
1. Kita hendaklah mempunyai keperibadian yang tinggi agar
kita disukai rakan dan teman.
2. Kita hendaklah merantau untuk mencari pengalaman hidup.
3. Kita hendaklah pandai membawa diri dan tidak menunjuk
lagak semasa berada di perantauan.
LATIHAN
1. Berikan tiga gaya bahasa yang wujud dalam syair ini
besertakan contohnya.
2.
Pada pendapat anda, apakah faedah yang
diperoleh apabila kita mengembara?
Jawapan:
1. Tiga gaya bahasa yang wujud dalam syair ini ialah:
a. Aliterasi
hendak melanggar
Pahang negara (pengulangan konsonan
n)
b. Asonansi
kata orang empunya wadah (pengulangan vokal a)
c.
Kata ganda
laki-laki (Rangkap 2, Baris 1)
2. Pada pendapat saya, faedah-faedah yang diperoleh apabila
kita mengembara ialah:
a. Dapat mempelajari perkara baru seperti adat dan kebudayaan baru.
b. Dapat menimba ilmu pengetahuan yang luas
c. Dapat membuka minda kita dan menerima perkara-perkara baru yang positif.
No comments:
Post a Comment