HIKAYAT
INDERAPUTERA
(DISENGGARA
OLEH ALI
HAJI AHMAD)
SINOPSIS
Cerita
ini mengisahkan kehebatan dan keistimewaan Inderaputera yang dikatakan gagah
perkasa kerana dia pernah berjalan di dalam gua selama sebulan dan berjaya
membunuh gergasi bernama Mamdu yang sebelum itu tidak dapat dibunuh oleh Raja
Talela Syah.
Ayahanda Inderaputera bernama Raja
Bikrama Puspa dan bondanya bernama Tuan Puteri Jamjam Ratna Dewi. Setelah
Inderaputera dilahirkan, Raja Bikrama menjemput ahli nujum ke istana untuk
menilik masa depan anakandanya. Menurut tilikan nujum, Inderaputera akan
memerintah kerajaan yang besar tetapi dilarang bermain dengan binatang kerana dibimbangi
akan terjadi sesuatu yang buruk. Apabila besar, Inderaputera dihantar mengaji
selama tujuh tahun kepada seorang mualim bernama Bersapian.
Pada suatu ketika Raja Bikrama Buspa
menerima kehadiran dua orang utusan ufti yang terdiri daripada tukang emas dan
tukang kayu yang mahir lagi hebat. Si
tukang kayu mengukirkan seekor ikan yang indah seperti ikan hidup dan ikan itu
boleh ketawa, berpantun dan berseloka apabila diletakkan di dalam air. Tukang
emas pula membuat gambar merak daripada emas. Raja Bikrama Buspa meletakkan merak itu di
dalam dulang emas dan perak lalu merak itu menggerak-gerakkan ekornya dan boleh
berpantun serta berseloka. Inderaputera yang masih kanak-kanak tertarik dengan
merak emas itu lalu turun daripada riba ayahnya. Dengan tidak disangka-sangka
merak itu menyambar Inderaputera lalu menerbangkannya. Ayahanda dan bondanya sangat berduka cita.
Inderaputera yang diterbangkan telah
dijatuhkan oleh merak emas di sebuah negeri dalam sebuah kebun Nenek Kebayan. Nenek Kebayan yang pulang daripada berjual
bunga menjumpai Inderaputera di dalam kebunnya. Inderaputera menceritakan
kisahnya kepada Nenek Kebayan. Nenek
Kebayan yang tiada cucu memelihara Inderaputera seperti cucunya sendiri dengan
penuh kasih sayang. Sepanjang itu, rezeki nenek kebayan bertambah murah. Suatu
hari, Nenek Kebayan membawa Inderaputera berjumpa dengan Perdana Menteri. Perdana
Menteri tertarik dengan budi bahasa Inderaputera yang begitu elok sekali. Lalu Perdana
Menteri meminta kepada Nenek Kebayan untuk menjadikan Inderaputera anak
angkatnya hanya pada sebelah siang. Nenek Kebayan akhirnya bersetuju walaupun
berat hati. Akhirnya Inderaputera membesar di bawah jagaan Nenek Kebayan dan
Perdana Menteri.
TEMA
Cerita
ini bertemakan tentang kehebatan dan keluarbiasaan yang dimiliki oleh
seseorang. Dalam hal ini, keistimewaan itu dimiliki oleh Inderaputra.
PERSOALAN
1. Persoalan
kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. Raja Bikrama Puspa tidak mahu
berenggang dengan Inderaputera dan berasa dukacita setelah Inderaputera
dilarikan merak emas.
2. Persoalan
keutamaan menurut arahan. Negeri-negeri di bawah jajahan Raja Bikram Puspa
mengikut arahan membayar ufti kepada baginda.
3. Persoalan
kelebihan yang diperoleh apabila memelihara anak yatim. Bunga-bunga di kebun
Nenek Kebayan kembang mekar dan hasil jualannya meningkat setelah Nenek Kebayan
memelihara Inderaputera sebagai cucu angkat.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Inderaputera
Ø Berwajah
menarik.
Ø Ayahandanya
bernama Maharaja Bikrama Buspa
Ø Bondanya
bernama Puteri Jamjam Ratna Dewi.
Ø Seorang
yang memiliki kesaktian seperti boleh membunuh gergasi yang tidak mampu dibunuh
oleh orang lain.
Ø Pandai
membaca al quran .
Ø Seorang
yang merendah diri contohnya, dia hanya makan hidangan setelah Perdana Menteri
makan.
Watak Sampingan
Nenek Kebayan
Ø Penyayang
contohnya nenek Kebayan.sanggup mengambil Inderaputera sebagai cucu angkat.
Ø Seorang
yang perihatin terhadap kesusahan orang lain.
Perdana Menteri
Ø Seorang
yang bersimpati terhadap nasib orang lain.
Ø Mengambil
Inderaputera sebagai anak angkat untuk waktu sebelah siang sahaja.
LATAR
Latar
Masa
Ø 14
haribulan.
Hari lnderaputera dilahirkan.
Ø Tujuh
tahun.
Tempoh
Inderaputera dibesarkan sehinggalah dia dilarikan oleh burung merak emas.
Latar
Tempat
Ø Negeri
Semanta Puri.
Negeri
ini merupakan negeri tempat memerintahnya Raja Bikrama Buspa.
Ø Di
dalam istana Raja Bikrama Buspa.
Di
sini berlaku peristiwa Inderaputera dilarikan oleh burung merak emas.
Ø Di
dalam kebun Nenek Kebayan.
Di
tempat ini Inderaputera dijatuhkan oleh burung merak emas yang telah
menyambarnya.
Ø
Di rumah Perdana Menteri.
Di sini Perdana Menteri menjamu Inderaputera
makan.
Latar
Masyarakat
Ø
Latar masyarakat yang perihatin terhadap
orang lain.
Nenek
Kebayan sanggup mengambil Inderaputera sebagai cucu angkat setelah dia
dijatuhkan oleh burung merak emas.
Ø
Latar
masyarakat yang mudah lupa akan kesukaran yang pernah berlaku.
Ø
Latar
masyarakat yang sayangkan kanak-kanak.
Ø
Latar masyarakatnya juga memiliki kesaktian
dan keistimewaan yang luar
biasa.
Inderaputera
yang memiliki kesaktian yang boleh mengalahkan gergasi bernama Mamdu yang tidak
dapat dikalahkan oleh Raja Talelah Syah.
1. Kata
ganda
Tiap-tiap, laki-laki, kaya-kaya,
hina-dina, gilang-gemilang
2. Inversi
Tuan puteri pun beranaklah
seorang lelaki terlalu sekali elok paras rupanya
3. Simile
Terlalu sekali elok paras
rupanya seperti matahari baharu terbit gilang-gemilang
4. Bahasa
istana
Baginda, santap, semayam
5. Bahasa
Arab
Al-Quran
NILAI
1. Nilai
kebijaksanaan.
Kebijaksanaan
ketara ditonjolkan pada watak Inderaputera yang berjaya menewaskan gergasi
bernama Mamdu dengan menggunakan kebijaksanaan.
2. Nilai
kasih sayang.
Hal ini ditunjukkan
oleh Maharaja Bikrama Buspa yang begitu sayangkan anakandanya Inderaputera.
3. Nilai
pemurah.
Maharaja Bikrama
Buspa menganugerahkan sepersalinan kepada setiap ahli nujum yang datang menilik
nasib anaknya.
4. Nilai
berbudi bahasa.
Inderaputera sungguh
berbudi bahasa kepada Nenek Kebayan yang menjumpainya dan membelanya.
5. Nilai
kejujuran
Inderaputera berlaku
jujur dengan menerangkan asal usulnya
dan bagaimana dia boleh berada dalam kebun Nenek Kebayan.
PENGAJARAN
1. Kita
hendaklah selalu berhati-hati dan berwaspada terhadap ancaman yang tidak
dijangka-jangka. Jika tidak berwaspada ada kemungkinan perkara buruk akan
berlaku. Sikap Maharaja Bikrama Buspa yang lalai terhadap burung merak emas telah mengakibatkan anakandanya dilarikan
oleh burung berkenaan.
2. Kita
hendaklah memberikan pendidikan agama kepada anak-anak. Sebagai contoh,
Maharaja Bikrama Buspa mencarikan seorang guru agama untuk anakandanya belajar
mengaji selama tujuh tahun.
3. Kita
mestilah menghargai jasa orang kepada kita.
Maharaja Bikrama Buspa menghargai jasa para nujum dengan mengurniakan
persalinan setelah menilik nasib Inderaputera.
4. Kita
hendaklah bijak menyesuaikan diri ketika berada di tempat orang. Sikap ini
ditunjukkan oleh Inderaputera yang merendahkan diri ketika berhadapan Perdana
Menteri. Dia tidak makan selagi Perdana Menteri tidak selesai makan.
LATIHAN
1.
Bagaimanakah
Inderaputera boleh berada di kebun Nenek Kebayan?
2. Pada
pendapat anda, apakah kepentingan pendidikan agama kepada anak-anak?
Jawapan
1. Inderaputera
telah dilarikan oleh merak emas yang dihasilkan oleh tukang emas dan dijatuhkan
ke kebun Nenek Kebayan.
2. Pada
pendapat saya, kepentingan pendidikan agama kepada anak-anak ialah:
a. Mengelakkan
anak-anak daripada terjebak dengan gejala tidak baik
b. Membentuk
keperibadian dan akhlak yang mulia
c. Mengajar
anak-anak mengenal pasti dan membezakan antara perkara baik dan buruk.
No comments:
Post a Comment