Pantun
Agama
Kemuning daunnya lampai,
Tumbuh di pusara paduka tuan;
Di atas dunia kau tak sampai,
Di dalam syurga bernantian.
Halia ini tanam-tanaman,
Di barat saja akan tumbuhnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sungguhnya.
Teritip di tepi kota,
Mari dikayuh sampan pengail;
Imam khatib lagikan berdosa,
Bertambah pula kita yang jahil.
Asam kandis asam gelugur,
Ketiga asam si riang-riang;
Menangis mayat di pintu kubur,
Teringat badan tidak sembahyang.
Buat serunai batang padi,
Bunyi lagu seri pualam;
Serban bukan semuanya haji,
Haji terletak pada amalan.
Tiada boleh menetak jati,
Papan di Jawa dibelah-belah;
Tidak boleh kehendak hati,
Kita di bawah perintah Allah.
(Mohd
Yusof Md Nor & Dr. Abd. Rahman Kaer)
MAKSUD
Rangkap 1
Sekiranya kita tidak mengerjakan suruhan Tuhan di dunia,
di akhirat nanti kita tidak akan mendapat ganjarannya.
Rangkap 2
Dunia bukanlah tempat yang kekal bagi semua makhluk,
akhirat jualah tempat yang abadi.
Rangkap 3
Orang alim juga tidak lepas dari berbuat dosa, apatah
lagi kita orang biasa. Sudah tentu banyak berbuat dosa.
Rangkap 4
Kita akan menyesal pada kemudian hari jika tidak
mengerjakan ibadah sembahyang.
Rangkap 5
Pakaian tidak melambangkan darjah kealiman seseorang
tetapi melalui amalannya.
Rangkap 6
Kita hendaklah sentiasa mengikuti ajaran atau perintah
Allah bukanlah mengikut kehendak hati sendiri.
TEMA
Amalan agama menjamin kehidupan di kemudian hari.
PERSOALAN
1. Persoalan taat akan hukum agama akan menjamin kehidupan
bahagia di akhirat nanti.
2. Persoalan kejahilan manusia yang tidak tahu akan
hukum-hakam agama.
3.
Persolana penampilan fizikal tidak melambangkan
keperibadian dan tahap keimanan seseorang.
BENTUK
- Pantun ini terdiri daripada terdiri daripada enam rangkap.
- Setiap rangkap mengandungi empat baris.
- Jumlah baris terdiri antara tiga hingga empat patah perkataan.
- Contoh, tiga patah perkataan sebaris:
Kemuning
daunnya lampai
- Contoh, enam patah perkataan:
Di atas
dunia kau tak sampai
- Rima akhirnya ’ab ab’.
GAYA BAHASA
Aliterasi
Teritip di tepi kota
Pengulangan bunyi konsonan ’t’
Asonansi
Teringat badan tidak sembahyang
Pengulangan bunyi vokal ’a’
Kata ganda
Dunia ini pinjam-pinjaman
Sinkope
Di atas dunia kau tak nampak
NILAI
- Nilai keinsafan.
Terdapat pada rangkap
kedua (Baris 3 dan 4)
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sungguhnya.
- Nilai kesederhanaan.
Terdapat pada
rangkap kelima (Baris 3 dan 4)
Serban bukan semuanya haji,
Haji terletak pada
amalan.
PENGAJARAN
- Kita hendaklah tidak terlalu menurut kata hati.
- Kita hendaklah tidak menilai seseorang itu dari luaran sahaja.
- Kita hendaklah beringat bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara sahaja.
- Kita hendaklah mengerjakan solat supaya tidak menyesal pada kemudian hari.
- Kita hendaklah memelihara amalan hidup di dunia.
LATIHAN
- Huraikan dua nilai yang wujud dalam Pantun Agama ini.
- Pada pendapat anda, mengapakah kita tidak boleh menilai seseorang itu daripada luaran sahaja.
Jawapan :
1.
Dua nilai yang wujud dalam pantun ini ialah :
a)
Nilai keinsafan.
Contohnya rangkap ke 2 (Baris 3 dan 4)
Dunia
ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga
akan sungguhnya.
b)
Nilai kesederhanaan.
Contohnya rangkap 5 (Baris 3 dan 4)
Serban bukan semuanya haji,
Haji terletak pada amalan.
2.
Pada pendapat saya, kita tidak boleh menilai
seseorang daripada luaran kerana:
a.
Penampilan tidak melambangkan perwatakan.
b.
Akan mwujudkan salah faham.
c.
Akan menyebabkan buruk prasangka dan
menimbulkan fitnah.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesaya repost ya :))
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThanks cikgu
ReplyDelete