Gaharu,cengal,giam,
Tak tahu,tak kenal,diam.
Jika ada padi berhampalah,
Jika ada hati berasalah.
Sakit pandan tak tahukan duri,
Sakit badan tak tahukan diri.
Dengar cakap enggan makan buah belolok,
Dengar cakap orang terjun masuk lubuk.
Ada beras taruh dalam padi,
Ada ingat taruh dalam hati.
Mahal imam, murahlah khatib,
Mahal demam, murahlah sakit.
Nasihat
(Pantun Dua Kerat)
(Anwar Ridhwan dan Rahman Shaari)
MAKSUD
Rangkap 1
Seseorang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan lebih baik
berdiam diri daripada berkata-kata.
Rangkap 2
Orang yang perasa akan mudah terusik perasaannya oleh
sesuatu perkara.
Rangkap 3
Orang yang tidak
insaf akan dirinya akan mendapat balasan akibat perbuatannya.
Rangkap 4
Jika kita terlalu mendengar cakap orang kita juga yang
akan menerima musibah.
Rangkap 5
Sekiranya kita hendak selamat kita perlu sentiasa ingat
akan nasihat orang.
Rangkap 6
Sudah menjadi lumrah hidup manusia sesuatu perkara yang besar
bermula daripada perkara yang kecil.
Tema
Nasihat kepada semua lapisan masyarakat supaya dapat
mengharungi segala cabaran dalam kehidupan.
Persoalan
1. Persoalan suka mendengar cakap orang tanpa memikirkan
akibatnya.
2. Persoalan perasaan yang mudah tersentuh.
3. Persoalan melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang.
Bentuk
1. Pantun ini terdiri daripada enam rangkap.
2. Pantun ini berbentuk pantun dua kerat yang terdiri
daripada sebaris pembayang
dan sebaris maksud.
3. Pantun ini mengandungi lapan hingga dua belas perkataan
dalam setiap rangkap.
4. Pantun ini mengandungi tujuh hingga tiga belas suku kata
dalam setiap baris.
5. Rima akhir rangkap pertama hingga rangkap kelima ’aa’ dan
rima akhir rangkap keenam ’ab’.
Anafora
Jika
ada padi berhampalah,
Jika ada hati berasalah.
Singkope
Sakit pandan tak tahukan duri,
Sakit badan tak
tahukan diri.
Aliterasi
Dengar
cakap enggang makan buah belolok,
Pengulangan bunyi konsonan ‘n’
Asonansi
Jika ada padi berhampalah,
Pengulangan bunyi
vokal ’a’
Kata ganda
Tanda bersatu bergotong-royong
Nilai
1. Nilai rasional
Sesuatu tindakan
yang hendak dilakukan hendaklah difikirkan terlebih dahulu dengan sewajarnya.
2. Nilai keinsafan
Setiap orang
perlulah sedar dan tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang telah dilakukan.
3. Nilai merendah diri
Tidak menyombong diri terhadap seseorang atau sesiapa
saja.
Pengajaran
1. Kita hendaklah merendah diri kalau kita tidak tahu akan sesuatu
perkara.
2. Kita perlulah menjaga tutur kata supaya tidak menyakitkan
hati orang lain.
3. Kita perlulah tidak terlalu mendengar atau percaya kepada
kata-kata orang.
4. Kita perlulah beringat sebelum mendapat kesusahan.
Latihan
1.
Berikan
maksud rangkap
Gaharu cengal, giam,
Tak tahu, tak kenal diam
2.
Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu
berfikir terlebih dahulu sebelum mendengar dan mempercayai kata-kata orang
lain?
Jawapan:
- Maksud rangkap tersebut ialah seseorang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata.
- Pada pendapat saya, kita perlu berfikir terlebih dahulu sebelum mempercayai kata-kata orang lain adalah kerana :
- Untuk mengelakkan salah faham.
- Supaya diri kita tidak terjebak dalam masalah.
- Supaya kita tidak mudah tertipu.
No comments:
Post a Comment