Showing posts with label SAJAK. Show all posts
Showing posts with label SAJAK. Show all posts

Thursday, September 15, 2011

WARKAH KEPADA GENERASI


WARKAH KEPADA GENERASI
(Amiruddin Md Ali Hanafiah)

MAKSUD
Rangkap 1

Penyajak menjelaskan bahawa generasi muda sebagai golongan yang beruntung kerana hidup pada zaman sekarang.  Mereka hidup sebagai bangsa yang bermaruah di negara yang merdeka.

Rangkap 2

Penyajak mengingatkan generasi muda yang berilmu bahawa negara yang didiami oleh mereka sekarang merupakan hasil perjuangan nenek moyang mereka yang berusaha mendapatkan kemerdekaan negara.

Rangkap 3

Penyajak mengakhiri pesanannya agar kita semua tidak melupakan sejarah negara.




 TEMA


Sajak ini mengemukakan tema peringatan dan pesanan kepada golongan muda/generasi sekarang tentang sejarah kemerdekaan negara.




PERSOALAN

 
1.    Persoalan generasi muda yang bertuah kerana dapat hidup di sebuah negara yang merdeka.

2.    Persoalan kemerdekaan negara merupakan hasil perjuangan dan pengorbanan nenek moyang kita.

3.    Persoalan kepentingan sejarah kemerdekaan negara.






 GAYA BAHASA


1.      Metafora 
tanah merdeka (Rangkap 1, baris 5)
istana merdeka (Rangkap 2, baris 5)
akar sejarah (Rangkap 3, baris 2)

2.      Sinkope
ingin kuingatkan: jangan biarkan akar sejarah (Rangkap 3, baris 2)

3.      Asonansi
dengan keberanian sebagai bangsa bermaruah. (Rangkap 1, baris 4)
pengulangan vokal ’a’

4.      Aliterasi
 tercabut dari bumi bertuah ini. (Rangkap 3, baris 3)
pengulangan konosonan ‘t’.





 NADA

Sajak ini bernada patriotik.




BENTUK


1.      Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.

2.      Rima akhir bebas.

3.      Jumlah baris serangkap bebas
Contohnya : Rangkap 1-5 baris,  Rangkap 2 – 5 baris dan Rangkap 3 – 3 baris).

4.      Jumlah perkataan sebaris adalah antara dua hingga tujuh patah kata.

5.      Jumlah suku kata sebaris adalah antara tujuh hingga enam belas suku kata.



 NILAI


1.    Nilai kesyukuran
Penyajak mengajak generasi muda bersyukur dengan nikmat kemerdekaan negara.

2.    Nilai pengorbanan
Nenek moyang kita sanggup berkorban demi mendapatkan kemerdekaan negara daripada penjajah.

3.    Nilai cinta akan negara
Semangat cinta akan negara amat penting dalam diri seseorang agar kita sama-sama dapat berusaha untuk memajukan negara.






PENGAJARAN


1.      Kita hendaklah menghargai nikmat kemerdekaan negara agar kita tidak lupa untuk mempertahankannya.

2.      Kita perlulah sanggup berjuang dan berkorban demi kemerdekaan negara.

3.      Kita seharusnya sedar betapa pentingnya kemerdekaan kepada negara agar negara kita tidak lagi dijajah pada kemudian hari.

4.      Kita janganlah lalai dengan nikmat dan kesenangan yang kita nikmati selama ini kerana kelalaian tersebut boleh menyebabkan kita kembali dijajah oleh musuh.




 LATIHAN



 
1.    Kemukakan maksud rangkap pertama sajak ’Warkah Kepada Generasi’.

2.    Pada pendapat anda, mengapa generasi sekarang perlu mengenang jasa para pejuang kemerdekaan negara?

Jawaban:
1.    Maksud rangkap pertama sajak ini ialah Penyajak menjelaskan bahawa generasi muda sebagai golongan yang beruntung kerana hidup pada zaman sekarang.  Mereka hidup sebagai bangsa yang bermaruah di negara yang merdeka.

2.    Pada pendapat saya, generasi sekarang perlu mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara:
a.        Supaya mereka menghargai kemerdekaan yang dimiliki sekarang
b.        Mereka telah banyak berkorban untuk mempertahankan negara sehingga mencapai kemerdekaan.
c.              Supaya generasi sekarang dapat mengerti nilai perjuangan
d.        Dapat menanam semangat patriotik dalam diri generasi sekarang.

SAJAK LAUT


SAJAK LAUT
(Ismail Sharif)


 MAKSUD

Rangkap 1

Penyajak memerihalkan tentang laut yang membiru dan luas terbentang terlalu indah dipandang.


Rangkap 2

Keindahan dan ketenangan laut dapat memberi kebahagian dan ketenangan kepada penyajak.


Rangkap 3

Penyajak menikmati keadaan dan suasana kawasan laut seperti terdapat kulit kerang dan pasir pantai yang putih.


Rangkap 4

Penyajak memerhatikan seorang nelayan di tengah lautan. Seorang nelayan berdiri seorang diri di atas sebuah perahu kecil sambil menebarkan jala untuk menangkap ikan bagi mencari rezeki menyara keluaraga.


Rangkap 5

Kelihatan burung-burung berkicauan dan berterbangan bebas ke sana dan ke sini diiringi dengan bunyi deruan ombak.


Rangkap 6

Penyajak juga dapat melihat keindahan matahari terbenam di seberang laut.



 TEMA



Sajak ini mengemukakan tema keindahan pemandangan di kawasan laut yang dapat menenangkan jiwa seseorang.






 PERSOALAN



1.    Persoalan keindahan kawasan laut dapat menenangkan jiwa – penyajak dapat berasakan ketenangan jiwa apabila menikmati suasana di kawasan laut.

2.    Persoalan kegigihan mencari rezeki – nelayan gigih menangkap ikan bagi menyara kehidupan keluarganya.

3.    Persoalan keindahan alam ciptaan tuhan – suasana kawasan laut menandakan betapa indahnya alam ciptaan tuhan.



 BENTUK


1.    Sajak ini terdiri daripada enam rangkap.

2.    Rima akhir adalah bebas.

3.    Jumlah baris serangkap bebas.
Contohnya : Rangkap 1- 3 baris dan Rangkap 2 – 4 baris dan sebagainya.

4.    Jumlah perkataan sebaris antara dua hingga lima patah perkataan.

5.    Jumlah suku kata sebaris antara lima hingga empat belas suku kata.




 GAYA BAHASA

1.    Anafora
      Contoh:  Laut ini begitu biru
        Laut ini begitu luas
        Laut ini begitu indah

2.    Personifikasi
      Contoh: Laut ini begitu tenang / ombak menyapa kaki.

3.    Sinkope
      Contoh: membuatku bahagia.

4.    Simile
      Contoh: begitu gembira mereka menyanyi bagai berlumba

5.    Asonansi
      Contoh: Betapa bahagianya hati.

6.   Aliterasi – Contoh: dengan nyanyian ombak.





 NADA


Sajak ini bernada romantis.



 PENGAJARAN


1.    Kita hendaklah bersyukur dengan keindahan alam ciptaan tuhan – keindahan dan ketenangan di kawasan laut dapat memberi ketenangan.

2.    Kita perlulah gigih berusaha untuk mendapatkan rezeki – nelayan berusaha gigih bagi mendapatkan rezeki untuk menyara keluarga.

3.    Kita seharusnya menghargai keindahan alam sekeliling kita.





 NILAI

1.    Nilai kesyukuran
Bersyukur dengan nikmat keindahan alam yang mampu memberikan ketenangan dalam  hidup kita.

2.    Nilai kegigihan
      Kegigihan nelayan mencari rezeki untuk menyara keluarga.




 LATIHAN


1.    Kemukakan tema yang ingin disampaikan oleh penyajak dalam ’Sajak Laut’.

2.      Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengekalkan keindahan alam sekitar? 

Jawaban:

1.    Tema yang ingin disampaikan ialah:

a.    Tema keindahan pemandangan di kawasan laut yang dapat menenangkan jiwa seseorang.

2.    Kepentingan untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar ialah:

a.    Supaya kebersihan alam sekitar terjamin dan tidak tercemar.
b.    Supaya dapat menarik perhatian pelancong luar
c.    Supaya dapat melonjakkan imej negara.