Showing posts with label DRAMA. Show all posts
Showing posts with label DRAMA. Show all posts

Wednesday, October 5, 2011

Inflakasta

Inflakasta
(Hashim Yassin)



 SINOPSIS

Drama ini mengisahkan Dibisi dan Marhen yang kelaparan telah berkenalan secara kebetulan dalam suasana peperangan.  Mereka menceritakan latar belakang diri masing-masing.  Muncul Siti yang sasau mencari Inflakasta.  Siti menuduh Marhen dan Dibisi berperang menyebabkan anaknya hilang.  Mereka bertiga telah dikepung dan Kastabung cuba menangkap mereka.  Marhen cuba melawan tetapi dilarang oleh Dibisi.  Dibisi merayu supaya dilepaskan.  Kastabung dan Marhen bergelut tetapi dihalang oleh Taliba dan Siti.  Jakidan datang melaporkan keadaan kekuatan pasukan Kastabung.  Marhen dan Dibisi cuba mengingatkan Kastabung dan Jakidan tentang kesan dan akibat peperangan tetapi tidak diendahkan oleh mereka.  

            Marhen dan Dibisi bertengkar sehingga bergelut menarik perhatian Kastabung.  Taliba cuba menembak mereka tetapi senjata kuasa bahayanya dirampas oleh Siti.  Siti mengarahkan Kastabung supaya memberitahu konco-konconya agar beredar dari tempat itu.  Siti leka meluahkan perasaannya tentang peperangan sehingga ditembak oleh pengikut Kastabung.  Siti rebah, Marhen menyambar senjata kuasa bahaya daripada Siti.  Dibisi turut ditembak semasa memapah Siti.  Marhen yang geram melepaskan tembakan senjata kuasa bahaya mengakibatkan semua orang rebah.  Keadaan menjadi sunyi. 

Muncul Infla dan Kasta mencari ibu mereka.  Mereka memapah Siti dari celah batu dan menyeru ibunya (Siti) bangun dari tidurnya.  Siti menasihati Infla dan Kasta supaya tabah menghadapi dugaan hidup serta mendoakan kesejahteraan mereka.
   





PEMIKIRAN

Drama Inflakasta memaparkan pemikiran tentang kesan dan akibat daripada peperangan kepada manusia  dan kehidupan sejagat.




PERSOALAN


1.      Persoalan peperangan menyebabkan manusia menderita.
2.      Persoalan kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa peperangan.
3.      Persoalan perjuangan untuk meneruskan kehidupan.
4.      Persoalan golongan yang mengambil kesempatan atas penderitaan orang lain.
5.      Persoalan kemusnahan alam sekitar.


PLOT
Secara keseluruhannya,plot drama ini mengikut urutan kronologi.  Plot Inflakasta dapat dibahagikan kepada:

Permulaan

Drama dimulakan dengan perkenalan Dibisi dan Marhen selepas berebut kotak kosong yang disangka berisi makanan.  Mereka menceritakan latar belakang diri masing-masing.


Perkembangan

Pada bahagian ini,drama berkembang dengan kemunculan watak Siti yang mencari anaknya, Kastabung, Taliba dan Jakidan.


Konflik

Mereka mula bertengkar dan menyalahkan antara satu sama lain.  Dalam pergelutan Marhen dan Dibisi, Siti merampas senjata ‘kuasa bahaya’ daripada Taliba.


Klimaks

Marhen melepaskan peluru senjata ‘kuasa bahaya’.  Keadaan menjadi sunyi.


Peleraian

Infla dan Kasta dapat bertemu dengan ibunya-Siti.



Teknik Penceritaan

  • Deskriptif(pemerian) – Teknik pemerian drama ini hanya terdapat dalam suara latar



WATAK DAN PERWATAKAN


Watak Utama

Marhen

Ø  Nama penuhnya Marhen bin Daif. 
Ø  Seorang yang berwajah bengis,
Ø  Bermisai dan berjambang tidak menentu. 
Ø  Pakaiannya kehitaman dan kotor. 
Ø  Sebelum peperangan,dia seorang petani. 
Ø  Agresif/Berani. 
Ø  Kasar dari segi pertuturan.


Dibisi

Ø  Nama penuhnya Dibisi bin Elita. 
Ø  Seorang berwajah intelek dan bersopan. 
Ø  Pakaiannya carik dan kotor.
Ø  Masih memakai tali leher yang lusuh dan mengelek coat berdebu.
Ø  Kelihatan letih. 
Ø  Seorang pemimpin/ketua dalam negeri.
Ø  Bakal menjadi pengeluar utama besi waja di dunia.
Ø  Rasional. 
Ø  Tenang menghadapi situasi yang genting. 
Ø  Terbunuh semasa cuba menyelamatkan Siti.


Siti

Ø  Seorang ibu muda. 
Ø  Berpakaian gaun kebiruan yang lusuh dan carik-carik. 
Ø  Sasau kerana kehilangan anak. 
Ø  Pandai menyanyi. 
Ø  Berani dan juga bijak. 
Ø  Tidak suka akan peperangan. 
Ø  Penyayang - menasihati Infla dan Kasta.

Watak sampingan

Kastabung

Ø  Diktator yang zalim. 
Ø  Berpakaian jubah(Dracula) dan memegang tongkat perakam. 
Ø  Ketua pasukan - mempunyai ramai pengikut.


Taliba

Ø  Pakaian ala robot.
Ø  Pertanda yang menjaga senjata ‘kuasa bahaya’. 
Ø  Simpati terhadap wanita.


Infla dan Kasta (lelaki/perempuan)

Ø  Berpakaian biasa yang lusuh. 
Ø  Anak-anak Siti. 
Ø  Sayang akan ibunya.



LATAR


Masa

Ø  Suasana peperangan – siang sehingga malam.


Tempat

Ø  Gurun Gersang – runtuhan-runtuhan rumah batu.


Masyarakat

Ø  Masyarakat yang berperang untuk meneruskan kehidupan.

Ø  Masyarakat yang menggunakan kekuatan fizikal untuk menguasai orang lain.

Ø  Masyarakat yang mementingkan kekuasaan dan kedudukan untuk menjamin kelangsungan hidup.

Ø  Mangsa peperangan yang hidup menderita.





GAYA BAHASA


Keseluruhannya drama ini menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami.

1.    Ayat Seruan
Contoh : Hei!  Bongkak!
               Undur!  Aku bunuh semua.

2.    Sinkope
Contoh: Namaku Marhen
        Dalam perang tak ada jenaka tau?

3.    Repitasi
Contoh:  Lapar bersama, mati bersama.
        Tembak, tembak

4.    Peribahasa
Contoh: Padang jarak padang tekukur, tak kenal maka tak cinta.

5.    Lirik Lagu
Contoh:  Do-di-do-doi, dodoi di dodoi,
         Tidurlah anak di dalam buaian  
         (korus)

          Lailahaillah, Muhammadan Rasullulah (2x)
          Tidurlah anak, ibu dendangkan,
          Lekaslah besar bimbing negara. (m/s 164)

6.    Bahasa Asing
·         Bahasa Arab
      Contoh:  Syukur Alhamdullah.

·         Bahasa Inggeris
      Contoh: sorry, neck tie dan coat, exhausf, fragile, food

7.    Hiperbola
Contoh: Luahkan peluru itu.

8.    Simile
Contoh: Letupan bergegaran seperti halilintar.

9.    Personifikasi
Contoh: Cahaya ‘laser’ menjunam mencari sasaran.

10.  Perlambangan
       Contoh: Primitif dalam negeri kami.







NILAI



1.    Nilai kasih sayang
      Siti amat menyayangi anaknya Infla dan Kasta

2.    Nilai bertanggungjawab
      Infla dan Kasta membawa makanan untuk ibu mereka.

3.    Nilai Menghargai Persahabatan.
Persahabatan antara Dibisi dan Marhen terjalin semasa mereka mencari makanan.

4.    Nilai bekerjasama
Dibisi dan Marhen bekerjasama mencari makanan kerana kelaparan.



PENGAJARAN


1.    Kita hendaklah mengelak daripada peperangan kerana akan menyebabkan hidup manusia menderita.
2.    Kita janganlah membelakangkan orang tua.
3.    Kita mestilah  taat dan setia kepada pemimpin.
4.    Kita mestilah  bijak dalam membuat keputusan.



LATIHAN



1.      Senaraikan ayat seruan yang terdapat dalam petikan.

2.      Terjemahkan perkataan berikut dalam bahasa Melayu.

·      neck tie
·      coat
·      exhaust
·      fragile-food




Jawapan

1.    Ayat Seruan yang terdapat dalam petikan

·      Kosong!  Semua kosong! Cantik di luar….dalamnya kosong!
·      Lapar!
·      Inflakasta!  Inflakasta!
·      Aku tidak suka! Aku tidak mau lagu!  Aku mau makan!  Aku mau makan!
·      Inflakasta! Inflakasta! …Mari!...Inflakasta!!!
·      Kamu! Kamu! Kamu! Kamu!  …. Perang!  Perang!
·      Perhatian!  Jangn cuba lari!
·      Hei bongkak!
·      Merempat!... Taliba!!!   Maju!
·      Itu pertanda!
·      Taliba!  Buta ke?
·      Ha!  Baru nampak.  Eh!  Orang apa ni?
·      Tembak!  Tembak!
·      Hei!  Bongkak!
·      Perempuan!!
·      Ah!
·      Eh!  Orang lapar tak ada masa untuk berdebat.
·      Taliba!!!  Tembak mereka!!!!
·      Undur! … Kastabung!...  Hoi!  Kamu di atas sana!!!
·      Ibu!  Ibu!  Ibu!
·      Ibu!  Ibu!  Ibu kita di sini!
·      Ibu!  Ini kami bawa makanan.
·      Ibu!!!  Jangan tingalkan aku, bu.


2.    Terjemahan

·                              neck tie           -           tali leher
·                              coat                 -           kot
·                              exhaust           -           letih
·                              fragile-food      -           makanan yang mudah rosak

Hemodialisis


Hemodialisis
(Jais Sahok)

SINOPSIS



            Drama Hemodialisis mengisahkan Abah yang sakit tetapi enggan mendapatkan rawatan terutama daripada anaknya sendiri Dr. Afif.  Abah tidak mahu menyusahkan ahli keluarganya dan lebih selesa berada di rumah.  Abah menganggap dia akan mati tanpa mahu berusaha mengubati penyakitnya.  Abah cuba dipujuk oleh cucunya, Nabilah tetapi gagal.  Abah dibawa ke klinik secara paksa.  Setelah empat jam, abah pulang bersama-sama mesin hemodialisis yang dikendalikan sendiri.

            Abah berasa tidak selesa dengan mesin itu.  Dr. Afif menerangkan tindakannya memaksa abah ke klinik dan merawatnya kerana ingin membalas budi dan mahu abah terus hidup.  Abah dikunjungi oleh Fatin Atiqah dan teman lelakinya Saufi.  Fatin Atiqah menyampaikan berita bahawa dia telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaannya.  Abah yang terlalu gembira telah terlucut wayar mesin hemodialisisnya.  Keadaan menjadi cemas.  Abah berjaya diselamatkan oleh Dr. Afif.
           

PEMIKIRAN




Kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.


PERSOALAN




1.    Persoalan hubungan kekeluargaan yang erat/mesra.

2.    Persoalan tentang tugas dan tanggungjawab doktor.

3.    Persoalan menyerah diri/mengharapkan kematian apabila sakit.



WATAK DAN PERWATAKAN

Abah

Ø  Berusia 63 tahun. Mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak – Dr. Afif, Fiqri dan Fatin Atiqah. Menantu - Zarina dan cucu - Nabilah.

Ø   Menghidap penyakit buah pinggang - terpaksa menggunakan mesin hemodialisis.

Ø  Seorang penulis yang hebat – diakui oleh Dr. Afif.

Ø  Seorang yang tidak mahu menyusahkan anak-anak – tak bagi mama menelefon anak-anak.

Ø  Seorang yang bersifat penyayang, tegas – mendidik anak-anak sehingga berjaya.

Ø  Tidak mementingkan diri sendiri – tidak mengambil kesempatan walaupun anaknya seorang doktor.

Ø  Seorang yang suka bergurau.


Dr. Afif

Ø  Bijak - doktor pakar. 
Ø  Penyayang - ambil berat tentang keluarga.
Ø  Mengenang  jasa orang tua – menyanjung tinggi pengorbanan abahnya.
Ø  Cekap bekerja.
Ø  Pantas bertindak apabila mendapat panggilan daripada mama. 
Ø  Berkorban untuk bapanya - memberi mesin hemodialisis di kliniknya untuk abah.

Mama  

Ø  Isteri yang penyayang.
Ø  Ambil berat akan keluarganya. 
Ø  Patuh dan taat akan suaminya.
Ø  Suka bergurau. Sabar - walaupun kena marah. 
Ø  Cepat bertindak - tidak mudah panik (abah pengsan).


Fatin Atiqah

Ø  Bijak - pelajar cemerlang di universiti.
Ø  Sayang akan bapanya - ambil berat.
Ø  Cepat panik -terus balik apabila mendapat panggilan daripada mama.
Nabilah  

Ø  Cucu abah.
Ø  Anak Dr. Afif dan Zarina.
Ø  Penyayang.
Ø  Cakap lepas.


PLOT


Teknik plot dan pembinaan plot

Plot drama Hemodialisis adalah mengikut kronologi. 

Permulaan cerita

Abah sakit perut dan mama mencadangkan supaya memanggil Dr. Afif di klinik.  Hasrat mama ditentang oleh abah. 

Perkembangan cerita

 Abah pengsan. Dr. Afif datang ke rumah dan memujuk abah supaya ke klinik untuk mendapatkan rawatan.  Konflik abah bertambah apabila Nabilah datang memujuk abah dan Dr. Leong datang membawa kerusi roda.  Abah dibawa ke klinik secara paksa.  Abah pulang dengan mesin hemodialisis.  Abah masih tidak berpuas hati dan berhujah dengan Dr. Afif. 

Klimaks

Wayar mesin hemodialisis Abah tercabut. 

Peleraian cerita

Abah diselamatkan oleh Dr. Afif.



LATAR



Masa

Ø  Siang hari.
Ø  Waktu pagi.

Tempat

Ø  Ruang tamu rumah Abah.


Masyarakat
           

Ø  Golongan tua yang sakit enggan mendapatkan rawatan.
Ø  Masyarakat yang berpendidikan / berpelajaran.
Ø  Masyarakat yang mengutamakan / memikirkan kepentingan     
Ø  Masyarakat yang hanya berserah kepada takdir- tua,sakit-mati.

GAYA BAHASA



1.    Sinkope
       Contoh:  nak (hendak), ni (ini), dah (sudah), tak (sudah), tu (itu)

2.   Sajak
      Contoh: m/s: 27

3.  Bahasa Inggeris
Contoh:  I am a doctor, and I want to be your doctor. I promise to be your good doctor.  (m/s 8)





NILAI



1.    Nilai kasih sayang
      Contoh:  Kasih sayang anak-anak terhadap bapa yang sakit.

2.    Nilai hormat menghormati
      Contoh:  Dr. Afif tetap menghormati abahnya.

3.    Nilai  menghargai jasa
      Contoh:  Dr. Afif amat menghargai jasa abahnya.

4.    Nilai  prihatin
      Contoh:  Mama amat prihatin terhadap kesakitan yang dideritai oleh suaminya.

5.    Nilai  kesabaran
      Contoh:  Dr. Afif tetap bersabar dengan karenah bapanya yang tidak mahu ke kliniknya untuk berubat.

6.    Nilai menghargai ilmu
      Contoh: Fatin Atiqah belajar di salah sebuah universiti dan telah lulus dengan cemerlang.



PENGAJARAN


1.    Kita perlu menyayangi setiap ahli keluarga.

2.    Kita mesti menghormati orang yang lebih tua dan berpengetahuan daripada kita.

3.    Kita perlu menghargai jasa kedua-dua ibu bapa yang telah mendidik kita.

4.    Kita harus mengambil berat akan masalah yang dialami oleh orang lain.

5.    Kita perlu bersabar untuk mengelakkan persengketaan.

6.    Kita perlu bersabar menghadapi karenah orang tua.

7.    Kita harus menghargai ilmu yang dimiliki oleh seseorang / Kita perlu menuntut ilmu sepanjang hayat.








LATIHAN


1.   Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam drama ini.

2.   Nyatakan tiga nilai yang terdapat dalam drama ini.


Jawapan :

1.  Terdapat dua persoalan dalam drama ini iaitu persoalan hubungan kekeluargaan   yang erat dan mesra dan persoalan tanggungjawab seorang doktor (anak) terhadap pesakitnya (ayah).

2.  Tiga nilai murni yang terdapat dalam drama ini iaitu nilai menghargai jasa kedua-dua orang tua, nilai menghormati kedua-dua orang tua dan nilai sabar menghadapi karenah orang tua.