Hemodialisis
(Jais Sahok)
SINOPSIS
Drama Hemodialisis mengisahkan Abah
yang sakit tetapi enggan mendapatkan rawatan terutama daripada anaknya sendiri
Dr. Afif. Abah tidak mahu menyusahkan
ahli keluarganya dan lebih selesa berada di rumah. Abah menganggap dia akan mati tanpa mahu
berusaha mengubati penyakitnya. Abah
cuba dipujuk oleh cucunya, Nabilah tetapi gagal. Abah dibawa ke klinik secara paksa. Setelah empat jam, abah pulang bersama-sama
mesin hemodialisis yang dikendalikan sendiri.
Abah berasa tidak selesa dengan
mesin itu. Dr. Afif menerangkan
tindakannya memaksa abah ke klinik dan merawatnya kerana ingin membalas budi
dan mahu abah terus hidup. Abah
dikunjungi oleh Fatin Atiqah dan teman lelakinya Saufi. Fatin Atiqah menyampaikan berita bahawa dia
telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaannya. Abah yang terlalu gembira telah terlucut
wayar mesin hemodialisisnya. Keadaan
menjadi cemas. Abah berjaya diselamatkan
oleh Dr. Afif.
PEMIKIRAN
Kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.
PERSOALAN
1. Persoalan hubungan kekeluargaan yang erat/mesra.
2. Persoalan tentang tugas dan tanggungjawab doktor.
3. Persoalan menyerah diri/mengharapkan kematian
apabila sakit.
WATAK DAN PERWATAKAN
Abah
Ø Berusia 63 tahun. Mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak – Dr. Afif,
Fiqri dan Fatin Atiqah. Menantu - Zarina dan cucu - Nabilah.
Ø Menghidap penyakit buah pinggang - terpaksa
menggunakan mesin hemodialisis.
Ø Seorang penulis yang hebat – diakui oleh Dr. Afif.
Ø Seorang yang tidak mahu menyusahkan anak-anak – tak bagi mama menelefon
anak-anak.
Ø Seorang yang bersifat penyayang, tegas –
mendidik anak-anak sehingga berjaya.
Ø Tidak mementingkan diri sendiri – tidak mengambil kesempatan walaupun
anaknya seorang doktor.
Ø Seorang yang suka bergurau.
Dr. Afif
Ø
Bijak -
doktor pakar.
Ø
Penyayang
- ambil berat tentang keluarga.
Ø
Mengenang jasa orang tua – menyanjung tinggi
pengorbanan abahnya.
Ø
Cekap
bekerja.
Ø
Pantas
bertindak apabila mendapat panggilan daripada mama.
Ø
Berkorban
untuk bapanya - memberi mesin hemodialisis di kliniknya untuk abah.
Mama
Ø
Isteri
yang penyayang.
Ø
Ambil
berat akan keluarganya.
Ø
Patuh
dan taat akan suaminya.
Ø
Suka
bergurau. Sabar - walaupun kena marah.
Ø
Cepat
bertindak - tidak mudah panik (abah pengsan).
Fatin Atiqah
Ø
Bijak -
pelajar cemerlang di universiti.
Ø
Sayang
akan bapanya - ambil berat.
Ø
Cepat
panik -terus balik apabila mendapat panggilan daripada mama.
Nabilah
Ø
Cucu
abah.
Ø
Anak
Dr. Afif dan Zarina.
Ø
Penyayang.
Ø
Cakap
lepas.
PLOT
Teknik plot dan pembinaan plot
Plot drama
Hemodialisis adalah mengikut kronologi.
Permulaan cerita
Abah
sakit perut dan mama mencadangkan supaya memanggil Dr. Afif di klinik. Hasrat mama ditentang oleh abah.
Perkembangan cerita
Abah pengsan. Dr. Afif datang ke rumah dan
memujuk abah supaya ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Konflik abah bertambah apabila Nabilah datang
memujuk abah dan Dr. Leong datang membawa kerusi roda. Abah dibawa ke klinik secara paksa. Abah pulang dengan mesin hemodialisis. Abah masih tidak berpuas hati dan berhujah
dengan Dr. Afif.
Klimaks
Wayar
mesin hemodialisis Abah tercabut.
Peleraian cerita
Abah
diselamatkan oleh Dr. Afif.
LATAR
Masa
Ø Siang hari.
Ø Waktu pagi.
Tempat
Ø Ruang tamu rumah Abah.
Masyarakat
Ø Golongan tua yang sakit enggan mendapatkan rawatan.
Ø Masyarakat yang berpendidikan / berpelajaran.
Ø Masyarakat yang mengutamakan / memikirkan kepentingan
Ø Masyarakat yang hanya berserah kepada takdir-
tua,sakit-mati.
GAYA BAHASA
1.
Sinkope
Contoh: nak (hendak), ni (ini), dah (sudah), tak
(sudah), tu (itu)
2. Sajak
Contoh: m/s: 27
3. Bahasa Inggeris
Contoh:
I
am a doctor, and I want to be your
doctor. I promise to be your good doctor. (m/s 8)
NILAI
1. Nilai kasih sayang
Contoh: Kasih sayang anak-anak terhadap bapa yang
sakit.
2. Nilai hormat menghormati
Contoh: Dr. Afif tetap menghormati abahnya.
3. Nilai menghargai jasa
Contoh: Dr. Afif amat menghargai jasa abahnya.
4. Nilai prihatin
Contoh: Mama amat prihatin terhadap kesakitan yang
dideritai oleh suaminya.
5. Nilai kesabaran
Contoh: Dr. Afif tetap bersabar dengan karenah bapanya
yang tidak mahu ke kliniknya untuk berubat.
6. Nilai menghargai ilmu
Contoh: Fatin Atiqah belajar di
salah sebuah universiti dan telah lulus dengan cemerlang.
PENGAJARAN
1. Kita perlu menyayangi setiap ahli keluarga.
2. Kita mesti menghormati orang yang lebih tua dan berpengetahuan daripada
kita.
3. Kita perlu menghargai jasa kedua-dua ibu bapa yang telah mendidik kita.
4. Kita harus mengambil berat akan masalah yang dialami oleh orang lain.
5. Kita perlu bersabar untuk mengelakkan persengketaan.
6. Kita perlu bersabar menghadapi karenah orang tua.
7. Kita harus menghargai ilmu yang dimiliki oleh seseorang / Kita perlu
menuntut ilmu sepanjang hayat.
LATIHAN
1. Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam
drama ini.
2. Nyatakan
tiga nilai yang terdapat dalam drama ini.
Jawapan :
1. Terdapat dua persoalan dalam
drama ini iaitu persoalan hubungan kekeluargaan yang erat dan mesra dan persoalan
tanggungjawab seorang doktor (anak) terhadap pesakitnya (ayah).
2. Tiga nilai murni yang terdapat
dalam drama ini iaitu nilai menghargai jasa kedua-dua orang tua, nilai
menghormati kedua-dua orang tua dan nilai sabar menghadapi karenah orang tua.
terimakasih sebab buat blog ni,,
ReplyDeletesama-sama...follow cikgu...kay
ReplyDeleteemm... isi yang padat,cepat dan tepat! sangat bagus...
ReplyDeleteWhat a teacher,notes are very good
ReplyDelete