MAAF
KUPINTA
REJAB FI
SINOPSIS
Fauzi seorang anak yang kematian ayah tinggal bersama-sama
dengan ibu dan ayah tirinya. Ayah tirinya sangat mengongkong kehidupannya. Ayah
tirinya tidak membenarkan Fauzi menonton televisyen terutama acara hiburan dan
filem-filem. Ayahnya hanya membenarkan Fauzi menonton televisyen untuk rancangan
berita ataupun hal ehwal semasa. Bapa tirinya juga mengongkong perjalanan
hidupnya. Ayah tirinya juga tidak mengizinkan Fauzi pulang ke rumah terlalu
lewat malam dan sering mengambil tahu dengan siapa Fauzi berkawan.
Satu peristiwa telah menimpa hidup
Fauzi, Kepala Fauzi berbenjol kerana terjatuh
dan terhantuk pada tiang. Fauzi lari menaiki basikal ke rumah neneknya. Dia
benci dan marah kepada ayah tirinya. Setelah
lama tinggal di rumah neneknya, ayah dan ibunya berbincang untuk menghantar
Fauzi ke asrama. Cikgu Zainuddin, Kaunselor sekolah telah membantu bagi
membolehkan Fauzi tinggal di asrama.
Semasa di asrama Fauzi sering dilawati
oleh ibu dan bapa tirinya. Ibunya sering membawa buah tangan semasa melawat
Fauzi. Manakala ayah tirinya memberi wang saku untuk kegunaannya di asrama. Semasa di asrama Fauzi telah sedar daripada
kesilapannya dan berubah sikap. Hal ini demikian kerana dia sentiasa dinasihati
oleh rakan karibnya Syahir dan juga
ustaznya.
Pada hari terakhir persekolahan sebelum cuti hujung
tahun, Fauzi tidak sabar untuk pulang ke kampung menemui keluarganya. Selepas makan malam di kampung, Fauzi
mengambil kesempatan memohon kemaafan daripada ayah tirinya di atas segala
kesalahan dan salah faham terhadap ayah tirinya. Ibunya berasa bangga dengan
perubahan sikap Fauzi. Fauzi mula menolong ayah tirinya di sawah dan di laut. Beliau
juga turut menunjuk ajar adiknya dalam pelajaran.
TEMA
Menghargai pengorbanan orang lain demi kecemerlangan masa
depan. Fauzi akhirnya menghargai apa yang dibuat oleh
ayah tirinya untuk kejayaannya walaupun pada mulanya dia memberontak.
PERSOALAN
1. Persoalan persahabatan.
Syahir
dan Fauzi amat akrab bersahabat ketika di Asrama A. Mereka sering pulang ke
kampung bersama-sama.
2. Persoalan kasih sayang ayah tiri terhadap
anak.
Ayah tiri Fauzi amat menyayangi Fauzi dan
sanggup melawat Fauzi di asrama. Dia juga bersikap tegas dalam mendidik Fauzi.
3. Persoalan ketegasan semasa mendidik.
Ayah tiri Fauzi melarang Fauzi menonton
cerita-cerita yang tidak berfaedah. Dia juga melarang Fauzi keluar malam dan mengambil tahu
dengan siapa anaknya berkawan.
PLOT
Permulaan
Pengarang memulakan cerita di sebuah asrama dengan watak utamanya
Fauzi tidak sabar untuk pulang ke
kampung menemui adik-adik, ibu dan bapa tirinya. Fauzi tidak dapat melelapkan
matanya kerana ingin mengisi cuti
sekolah dengan rancangan yang telah diaturnya. Syahir kawan Fauzi menegur Fauzi kerana masih
belum tidur walaupun hari telah lewat malam. Rakan-rakannya di Asrama A telah
berdengkor. Dia teringat punca dia tinggal di asrama sekolah. Bukan kerana
pencapaiannya dan kemiskinannya tetapi ada sebab lain mengapa dia tinggal di asrama.
Perkembangan
Fauzi teringat punca mengapa dia tinggal di Asrama A. Dia
terdengar ayah tirinya berbual dengan ibunya untuk menghantarnya ke asrama.
Ayah tirinya amat tegas dalam mendidik Fauzi. Fauzi tidak dibenarkan balik
lewat malam dan juga tidak dibenarkan menonton rancangan yang tidak berfaedah. Saban
hari ayah tirinya akan bertanyakan kerja rumah yang diberikan oleh guru kepada
Fauzi sebaik sahaja pulang dari sawah. Suatu ketika Fauzi terjatuh dan
kepalanya benjol menyebabkan dia lari ke rumah neneknya yang berada empat
kilometer dari rumahnya. Ibunya juga menegur bapa tirinya kerana kasar dalam
mendidik Fauzi.
Klimaks
Selepas makan malam, Fauzi memohon maaf daripada ayah
tirinya akan sikapnya selama ini. Fauzi sedar tujuan ayah tirinya bersikap
tegas kepadanya selama ini. Ayah tirinya cuba menyelamatkan Fauzi daripada
terlanggar tiang dan kepalanya terhantuk menyebabkan kepalanya benjol. Malam
itu Fauzi gembira kerana hajatnya untuk meluahkan perasaannya kepada keuarganya
tercapai.
Peleraian
Fauzi memenuhkan cuti sekolahnya dengan membantu
keluarganya di sawah.Dia juga akan turun ke laut mengikut ayah tirinya. Di
samping itu, Fauzi juga menolong adik-adiknya dalam pelajaran. Kini Fauzi
mempunyai semangat untuk memajukan keluarganya.
Teknik Penceritaan
1. Monolog dalaman.
Contoh: “Benar kata-kata Syahir itu?” Fauzi berkata-kata sendiri.
2. Dialog
Contoh:
“Emak kamu tahukah kamu ke sini?” Nenek Sapiah melepaskan keluhan kesal.
3. Imbas Kembali
Contoh:
Di asrama Fauzi terkenangkan kehidupannya di kampung.
4. Imbas Muka.
Contoh: Fauzi membayangkan perkara yang akan
dilakukannya apabila pulang bercuti nanti.
5. Pemerian
Contoh; Cahaya bulan tertumpah ke permukaan sawah.
Daun padi kelihatan terliuk-liuk dibelai mesra oleh angin malam. Indah sungguh pemandangan malam itu.
WATAK DAN PERWATAKAN
Fauzi
Ø
Tinggal
di Asrama A
Ø
Mempunyai
seorang ibu dan seorang ayah tiri
Ø
Mempunyai
seorang sahabat yang bernama Syahir
Ø
Ayahya
meninggal dunia akibat penyakit barah.
Ø
Mempunyai
seorang nenek bernama Sapiah
Ø
Memendam
rasa tidak puas hati terhadap ayah tirinya.
Ø
Pelajar
yang aktif dalam kegiatan sukan
Ø
Pintar
dalam pelajaran
Ø
Terharu
apabila bersalaman dengan ayah tirinya semasa di asrama.
Ayah Tiri
Ø
Ayah
tiri Fauzi dan sangat menyayanginya.
Ø
Memberi
wang saku kepada Fauzi ketika melawat Fauzi di asrama
Ø
Baik
kepada anak tirinya.
Ø
Tegas
dalam mendidik anak.
Ø
Sering
memberikan wang saku kepada Fauzi.
Ibu
Ø
Suka
mengawal pergerakan anaknya Fauzi.
Ø
Kadang-kadang
tidak bersetuju cara ayah tirinya mendidik Fauzi
Ø
Selalu
membawa buah tangan seperti kuih semasa melawat Fauzi di Asrama.
LATAR
Masa
LATAR
Masa
1. Waktu malam
Contoh:
Ketika di Asrama A Fauzi dan Syahir berbual sebelum tidur.
2. Waktu pagi
Contoh:
Fauzi bangun dan bersiap-siap untuk balik ke kampung.
3. Cuti sekolah akhir tahun
Contoh:
Fauzi pulang ke kampung untuk menghabiskan cutinya.
4. Lima Minggu
Contoh:
Jarak masa Fauzi bercuti akhir tahun.
Tempat
1. Rumah
Contoh:
Fauzi menonton televisyen
1. Asrama A
Contoh:
Fauzi tinggal di Asrama A
2. Rumah Nenek Sapiah
Contoh:
Fauzi lari ke rumah neneknya ketika menghadapi masalah dengan
keluarganya.
3. Stesen Bas
Contoh:
Fauzi dan Syahir menunggu bas untuk pulang ke kampong
4. Sekolah
Contoh:
Ayah tiri dan ibunya datang ke asrama untuk melawat Fauzi.
Masyarakat
1. Masyarakat Pelajar
Contoh: Fauzi dan Syahir merupakan pelajar sebuah
sekolah menengah dan tinggal
di
Asrama A
2. Masyarakat Petani
Contoh: Ayah tiri Fauzi merupakan
seorang petani yang mengerjakan sawah.
3. Masyarakat
Pendidik
Contoh: Cikgu Zainudddin merupakan seorang Guru
Kaunseling yang menguruskan kemasukan Fauzi ke asrama.
4. Masyarakat
yang bersifat prihatin
Contoh: Ayah tiri Fauzi sangat prihatin terhadap pelajaran Fauzi dan
selalu bertanya dengan siapa dia berkawan.
5. Masyarakat
yang mementingkan pelajaran
Contoh: Ayah tiri Fauzi selalu bertanya tentang kerja
sekolah yang diberikan oleh guru kepada Fauzi.
1. Kata Ganda
Contoh:
Berbalam-balam, buku-buku, kegiatan-kegiatan, kawan-kawan, kerja-kerja
2. Sinkope
Contoh:
Ayahku tidak seperti ayahmu.
3. Hiperbola
Contoh: Daun padi kelihatan terliuk-liuk dibelai mesra
oleh angin malam
4. Peribahasa
Contoh:
Buah tangan
NILAI
1. Nilai berdikari
Contoh:
Fauzi berdikari sendirian ketika tinggal di Asrama A.
2. Nilai kerajinan
Contoh: Ayah tiri Fauzi rajin ke sawah dan ke laut
untuk mencari rezeki bagi keluarganya. Ayahnya juga rajin melawat Fauzi di
asrama.
3. Nilai
kasih sayang
Contoh: Ayah tirinya sangat sayang kepada Fauzi dan
sanggup menghulurkan wang saku setiap kali melawat Fauzi.
4. Nilai kesyukuran
Contoh:
Fauzi bersyukur kerana dia sedar daripada kesilapannya yang bersikap buruk sangka terhadap
ayah tirinya.
5. Nilai hormat menghormati
Contoh:
Fauzi sangat menghormati ayah tirinya.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah taat kepada kedua orang tua
kita.
Contoh:
Fauzi taat kepada ayah tirinya walaupun ayah tirinya bersikap tegas terhadapnya.
2. Kita perlulah berbincang dalam membuat satu
keputusan penting.
Contoh:
Ayah tiri dan ibu Fauzi telah berbincang sebelum menghantar Fauzi ke
asrama.
3. Kita hendaklah mengasihi ibu dan ayah kita
Contoh:
Fauzi sangat menyayangi ibu dan ayahnya.
4. Kita hendaklah menolong orang ketika berada
dalam kesusahan.
Contoh:
Cikgu Zainuddin menolong Fauzi untuk mendapat tempat tinggal di asrama.
5. Kita hendaklah meminta maaf apabila melakukan
kesalahan.
Contoh:
Fauzi memohon maaf daripada ayah tirinya atas kesalahannya.
LATIHAN
1. Apakah pengajaran yang terdapat dalam petikan
di atas?
“Ayah… maafkan
Fauzi. Selama ini Fauzi salah anggap
terhadap ayah.” Kata Fauzi perlahan.
2. Namakan dua watak sampingan dalam cerpen ini?
Jawapan
1. Kita haruslah memohon maaf setelah melakukan
kesalahan.
2. Dua watak sampingan dalam cerpen ini ialah ibu
Fauzi dan ayah tiri Fauzi.
TQ
ReplyDelete