CAPA RENGAT
(BAHARUDDIN KAHAR)
SINOPSIS
Cerpen “Capa Rengat” mengisahkan seorang remaja yang
ingin merasai kehidupan di kampung ibunya. Pada waktu petang, “Aku” akan mengikut bapa
saudaranya Pak Cik Kinto, ke bukit-bukit
di keliling kampung untuk menyedut udara segar dan menembak burung-burung serta
menjengah ikan-ikan di sungai. Hubungan Pak Cik KInto dan “Aku” seperti
belangkas.
Pada
sebelah petangnya, “Aku” tidak dapat ke mana-mana kerana Pak Cik Kinto pergi
untuk berurusan dengan peguam. Ibu “Aku” pula berasa bosan tinggal lebih lama
di kampung. “Aku” mengambil keputusan merayau-rayau di sekeliling kampung.
Ketika lalu di sebidang paya, “Aku” melihat lima orang anak muda sedang bermain
di bahagian tepi paya.
Seorang
budak perempuan, Su mengajak “Aku” bermain bersama-sama mereka. Permainan yang
dimainkan begitu janggal dan “Aku” berasa kekok pada permulaannya tetapi
kemesraan budak-budak kampung menghilangkan rasa kekok “Aku”. Akhir sekali,
“Aku” diajak bermain rumah katak. Setiap
kali rumah katak “Aku” siap dibina, Su akan memecahkannya.
“Aku”
cuba menangkap Su kerana mempersenda-senda kebolehan “Aku”. Rupa-rupanya, Su
begitu lincah meniti batang dan melompat
hingga ke seberang paya. Tanpa diduga, Su menghampiri “Aku” dan menghadiahkan
sekuntum bunga Capa Rengat atau bunga
melur hutan yang berbau wangi. Kami seolah-olah dibuai perasaan apabila
berganding bahu menyiapkan rumah katak dalam kota buatan.
Tiba-tiba,
ketika “Aku” dan Su asyik membina jalan
menuju pintu masuk kota buatan, seorang budak lelaki berumur lapan tahun
menjerit nama Su. Su terpaksa pulang ke
rumah dengan segera. “Aku” mengenal
pasti Su mempunyai seorang ibu tiri yang bengis daripada kawan-kawan
sepermainan. Budak yang memanggilnyaSu itu ialah adik tirinya.
Pada
sebelah malamnya, “Aku” tidur dengan nyenyak. Bunga Capa Rengat diletakkan di
dalam botol berisi air. “Aku” ingin
merasai kesegaran bau wangi Capa Rengat
dalam tidur.
Setelah
sehari berada di kampung , ibu memutuskan siri lawatan ke kampung dipendekkan.
Pak Cik Kinto dan Mak Cik Kinto meminta ibu memanjangkan tempoh di kampung
tetapi ibu mendesak-desak untuk pulang. “Aku” berasa terharu untuk meninggalkan
kampung dan kesayuan hatiku makin mendayu-dayu.
Dalam
keadaan separuh sedar , “Aku” bertanyakan kepada ibu tentang kesediaannya untuk
pulang ke kampung semula. Malangnya, ibu melahirkan ketegasan untuk tidak
pulang ke kampung lagi kerana urusan tanah dan rumah pusaka sudah selesai. Keputusan
ibu membuatkan “Aku” sedih apabila “Aku” terpandang bunga Capa Rengat yang
sudah layu dan terkenangkan wajah Su.
TEMA
Perasaan cinta pada
kehidupan dan suasana di kampung. “Aku” telah mengalami pengalaman yang menarik hidup di kampung. Contohnya, semasa “Aku” mengikut Pak Cik Kinto
menembak burung dan menyedut udara pergunungan yang segar.
1. Persoalan perasaan cinta sesama manusia
melangkaui budaya.
Contoh: Aku yang berasal dari bandar menyukai Su yang
tinggal di kampung yang jauh dari arus pembangunan.
2. Persoalan kemesraan membuahkan kualiti
persahabatan.
Contoh: Kemesraan yang ditunjukkan oleh Su kepada aku
menyebabkan aku amat suka tinggal di kampung hingga sukar untuk melupakan kampung
walaupun pada asalnya aku amat tidak selesa berada di kampung.
3.
Persoalan menghargai keaslian alam sebagai anugerah Tuhan.
Contoh: Dapat dilihat pada watak aku yang
nenghargai dan menjaga Capa Rengat yang diberikan oleh Su.
4. Persoalan mengenang kembali tempat asal usul.
Contoh: Su seronok mandi sungai dan
bermain ‘kota Buatan’ tempat asal ibunya.
PLOT
Permulaan
Aku pulang ke kampung bersama-sama dengan ibunya untuk
menguruskan tanah pusaka dan rumah pusaka. Mereka berdua tinggal di rumah Pak
Cik Kinto, bapa saudara “Aku”. Pada waktu pagi, Pakcik Kinto melayani “Aku”
dengan membawanya berjalan-jalan di bukit sekeliling kampung.
Perkembangan
Pada sebelah petang, “Aku” merayau-rayau di sekeliling
kampung kerana Pak Cik Kinto ke kota untuk berurusan dengan peguam. “Aku” bertemu dengan sekumpulan budak kampung
yang sedang bermain di tepi paya. Salah seorang budak perempuan kampung yang
bernama Su mengajak “Aku” bermain bersama-sama dengan mereka. Ketika bermain,
Su telah memberikan Aku sekuntum bunga Capa Rengat (melur hutan). Kerana leka
bermain, Su dipanggil pulang oleh adik lelaki tiri nya pulang ke rumah. “Aku”
pulang ke rumah dan meletakkan bunga Capa Rengat dalam botol berisi air.
Klimaks
Keesokan paginya, “Aku” dikejutkan dengan keputusan ibu
untuk pulang ke kota. “Aku” berasa sedih dengan keputusan ibu kerana baru
hendak merasai kenikmatan suasana kampung.
Peleraian
“Aku” pulang ke kota dengan kenangan yang indah hasil
pemberian bunga Capa Rengat daripada Su, seorang gadis kampung.
Teknik
Penceritaan
Cerita disusun mengikut kronologi
urutan masa.
1. Pemerian
Contoh: Kami menyedut udara pergunungan yang segar.
Kami melihat burung-burung berterbangan. Di samping itu, Pak Cik Kinto tidak
pernah lupa membawa senapang patahnya, kalau-kalau bertemu denak.
2. Dialog
Contoh: “Cantik,ya !” kata budak perempuan itu.
“Cantik, “ jawabku pendek sambil merenung
matanya yang jernih ghairah itu.
3. Kejutan
Contoh: Adik tiri Su muncul dan
memanggil Su pulang semasa “Aku” sedang bermain
dengan Su dan kawan-kawannya.
WATAK DAN PERWATAKAN
“Aku”
Ø
Seorang
anak remaja
Ø
Menghargai
alam sekitar
Ø
Proaktif
dan cergas
Ø
Mempunyai
pandangan bernas
Ø
Berfikiran
positif
Ibu
Ø
Pertengahan
usia
Ø
Tegas
dengan pendirian
Ø
Sikap
terburu-buru membuat keputusan
Ø
Prihatin
terhadap orang lain
Ø
Berperilaku
mesra
Su
Ø
Budak
perempuan awal remaja
Ø
Bersikap
periang
Ø
Aktif
dan cergas
Ø
Bijak
mengolah keadaan
Ø
Taat
kepada ibu
Pakcik Kinto
Ø
Bapa
saudara “Aku”
Ø
Mahir
selok-belok di kampung
Ø
Mempunyai
kemahiran menembak
Ø
Ikhlas
melayani tetamu
Ø
Melaksanakan
urusan dengan cekap
LATAR
Masa
Cerita berlatarkan masa
sehari “Aku” tinggal di kampung.
Peristiwa-peristiwa diolah oleh pengarang merentasi waktu pagi, petang, dan
malam.
Ø Pagi – “Aku” dan ibu bertolak pulang
ke bandar setelah seharian berada di kampung.
Ø Petang – “Aku” dibawa oleh Pak Cik
Kinto ke bukit di belakang rumah Pak Cik
Kinto untuk menikmati pemandangan dan menyedut udara segar di situ.
Ø Malam – “Aku” tidur dengan nyenyak
kerana terlalu letih setelah seharian bermain dengan budak-budak kampung.
Tempat
Latar tempat cerita
berkisar di sebuah perkampungan Melayu yang berlatar belakang bukit-bukau dan tanah paya
Ø Bukit di belakang rumah Pak Cik Kinto
– tempat Pak Cik Kinto membawa “Aku” bersiar-siar untuk menikmati pemandangan
dan menyedut udara segar di situ.
Ø Paya – tempat kanak-kanak kampung
berenang dan bermain di tepinya.
Ø Rumah Pak Cik Kinto – tempat “Aku” dan
ibu bermalam ketika pulang ke kampung.
Masyarakat
1. Masyarakat bandar
Contoh: Diwakili oleh watak aku yang berasal dan
dibesarkan di bandar begitu kekok waktu mula-mula sampai di kampung.
2. Masyarakat kampung
Contoh: Pak Cik Kinto yang sering
ke hutan untuk berburu.
3. Masyarakat yang berpegang teguh pada ajaran Islam
Contoh: Ibu membetulkan tudungnya yang ditiup angin
supaya melindungi rambutnya kerana untuk menutupi aurat.
4. Masyarakat yang menghargai alam sekitar
Contoh: Su sangat mengenali alam kampungnya dan
menyukainya serta menghadiahkan aku bunga Capa Rengat.
5. Masyarakat yang suka berburu
Contoh:
Pak Cik Kinto sering berburu di hutan.
GAYA BAHASA
1.
Kata Ganda
Contoh: Tiba-tiba, seolah-olah,
bukit-bukit, kadang-kadang, baik-baik
2.
Anafora
Contoh: Mengapa jadi sayu? Mengapa jadi kesepian?
3.
Inversi (Keterbalikan ayat)
Contoh: Demi memandang gunung-ganang
dan padang belukarnya yang subur itu, segala rasa kesepian itu
hilang. Sepatutnya. Segala rasa kesepian
itu hilang apabila memandang gunung-ganang dan padang belukarnya yang subur itu.
4.
Personifikasi
Contoh: Melahirkan sinar cemburu.
5.
Simile
Contoh: Seperti ada sesuatu yang memukul-mukul hatiku.
6.
Simpulan bahasa
Contoh: Seperti belangkas
NILAI
1. Nilai keberanian
Su
berani untuk meniti di atas sebatang tiang untuk menyeberang sungai yang dalam.
2. Nilai hemah tinggi
Su
dan rakan-rakanya menegur aku dan mengajak aku bermain bersama mereka walaupun
baru pertama kali berjumpa.
3. Nilai kerajinan
Pak Cik Kinto rajin untuk membawa aku
berburu bagi mendapatkan rezeki.
4. Nilai kerjasama
Su dan aku bekerjasama membina rumah katak
semasa bermain.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menghargai alam sekitar.
Pak
Cik Kinto dan aku menghargai keindahan alam sekitar semasa pergi berburu di
hutan.
2. Kita hendaklah menghargai persahabatan.
Contoh: Aku menghargai persahabatan dengan Su dan
sanggup menjaga bunga Capa Rengat yang diberi oleh Su kepadanya.
3. Kita hendaklah menyemaikan kasih sayang
antara keluarga.
Contoh: Aku menyayangi Pak Cik
Kinto bapa saudaranya walaupun baru saja mengenalinya.
4. Hendaklah kita bekerjasama dalam melakukan
sesuatu perkara yang sukar.
Contoh: Su,aku dan rakan-rakannya bekerjasama membina
rumak katak dan jalan ke rumah katak.
LATIHAN
1. Apakah gaya bahasa yang terdapat dalam
petikan di bawah?
“Cantik,ya
!” kata budak perempuan itu.
“Cantik,” jawabku pendek sambil merenung matanya yang
jernih ghairah itu.
2. Nyatakan nilai yang terdapat dalam petikan di
bawah?
“Hei…!
Nanti kau jatuh!” aku berseru demi
melihat tangannya tergewang-gewang meniti batang.
Jawapan
1. Sinkof - Jawabku
Anafora pengulangan kata cantik, cantik
2. Nilai keberanian
dan kerjasama
No comments:
Post a Comment