Di Sini Bakti Bersemadi
(Ajes Tuah)
SINOPSIS
Drama
ini mengisahkan muda-mudi yang lebih berminat bekerja sendiri daripada bekerja
makan gaji. Hal ini dibuktikan oleh Tini
yang mempunyai diploma tetapi mengusahakan perusahaan kraftangan di kampungnya. Usaha Tini ini disokong kuat oleh rakan
baiknya, Amin yang juga mengusahakan penternakan ayam.
Pada
mulanya hasrat Tini untuk bekerja sendiri mendapat tentangan daripada ayahnya
dan tunangnya, Kamal. Kamal berhajat
mempercepat hari perkahwinannya dan hal ini dipersetujui oleh ayah Tini. Tini
pula tidak bersetuju sebaliknya ingin menangguhkannya kerana mahu membangunkan
perusahaannya sehingga berjaya terlebih dahulu.
Amin berjaya menangkap Malek yang
cuba mencuri ayam-ayamnya. Amin yang
terserempak dengan ayah Tini mengagumi semangat dan kegigihan Tini. Ayah Tini memuji kejayaan Amin yang
sepatutnya menjadi contoh generasi muda hari ini. Ayah Tini turut menyatakan rasa kesalnya
kerana tidak menyokong usaha Tini pada peringkat awal dahulu.
Amin cedera dan mesin-mesin Tini
dirosakkan pada suatu malam. Ayah Tini
berjaya memerangkap Malek sebagai orang yang terlibat dalam kejadian malam
itu. Tini pula bertengkar dan memarahi Kamal
kerana menjadi dalang dalam kejadian tersebut. Tini memutuskan pertunangannya
dengan Kamal. Tini dan Amin gembira
meneruskan kerjaya mereka masing-masing.
PEMIKIRAN
Drama
ini memaparkan kegigihan muda-mudi yang
bekerja sendiri walaupun mempunyai kelulusan yang tinggi. Sikap nekad ini terbukti berjaya,meskipun
mendapat tentangan hebat daripada ahli keluarga sendiri. Hal ini dibuktikan oleh Tini yang bertekad
membuat perusahaan kraftangan di kampungnya sendiri.
PERSOALAN
1. Persoalan
kemampuan wanita dalam menjana ekonomi negara.
2. Persoalan
sikap tidak memilih pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan.
3. Persoalan
idola/pencetus/pendorong semangat atas kejayaan orang lain.
4. Persoalan
berwawasan dalam kerjaya.
PLOT
·
Permulaan
Drama ini dimulakan dengan peristiwa Tini
berbual-bual dengan Amin di tempat ternakan ayam Amin. Tini menyatakan hasratnya untuk bekerja
sendiri. Amin menyokong hasrat Tini dan
mengingatkan Tini akan risiko bekerja sendiri.
·
Perkembangan
Ayah Tini dan tunangnya, Kamal membantah
hasrat Tini untuk bekerja sendiri. Amin
melawat tempat perusahaan kraftangan Tini dan kagum akan perkembangan
perusahaannya.
·
Konflik
Kamal datang ke rumah Tini dan menyatakan
hasratnya untuk mempercepat hari perkahwinannya. Tini tidak bersetuju sebaliknya ingin
menangguhkannya kerana mahu membangunkan perusahaannya sehingga berjaya
terlebih dahulu. Amin menangkap Malek
yang cuba mencuri ayam di tempat ternakan ayamnya.
·
Klimaks
Klimaks drama ini pada peristiwa Amin
cedera akibat dipukul dan mesin-mesin perusahaan Tini dirosakkan.
·
Peleraian
Drama diakhiri dengan penangkapan Malek
dan Kamal. Pertunangan Tini dan Kamal
juga telah diputuskan.
Teknik
Penceritaan
Drama Di Sini Bakti
Bersemadi tidak memaparkan teknik penceritaan secara langsung mahupun secara
suara latar.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak
utama
Tini
Ø Seorang
yang berpendidikan tinggi iaitu memiliki diploma.
Ø Berkawan
baik dengan Amin.
Ø Seorang
yang gigih berusaha membangunkan perusaahan sendiri - kraftangan.
Ø Meminati
bidang perniagaan.
Ø Seorang
yang tegas dan tetap pendirian dalam membuat keputusan.
Ø Tunangan
orang – tunang kepada Kamal
Ø Seorang
yang suka berdikari – tidak mahu mengharapkan bantuan orang
Watak
sampingan
Amin
Ø Kawan
baik Tini.
Ø Mengusahakan
penternakan ayam.
Ø Menjadi
sumber inspirasi untuk Tini bekerja sendiri di kampung.
Ø Gigih,
sabar dan bersemangat tinggi dalam usahanya memajukan bidang penternakan
ayam.
Ø Berpandangan
jauh / berwawasan.
Ø Mempunyai
pengetahuan yang luas dalam bidang perniagaan
Ayah
Ø Dikenali
juga sebagai Pak Hamid.
Ø Menentang
hasrat Tini untuk bekerja sendiri pada mulanya.
Ø Yakin
/ percaya akan kegigihan dan semangat waja Tini untuk berjaya dalam perusahaan
kraftangannya.
Ø Bijak
memerangkap Malek dengan berbual-bual dengannya.
Kamal
Ø Tunang
Tini.
Ø Tidak
menyokong usaha Tini bekerja sendiri.
Ø Ingin
mempercepatkan hari perkahwinannya.
Ø Mementingkan
diri sendiri – mengupah Malek merosakkan mesin-mesin Tini untuk menggagalkan
perusahaan Tini.
Malek
Ø Seorang
pencuri.
Ø Mudah
dipengaruhi untuk melakukan sesuatu perkara,asalkan dibayar upah yang setimpal.
LATAR
Masa
Ø Latar masa
tidak dinyatakan dengan jelas. Latar waktu senja
dinyatakan dalam perbualan antara ayah Tini dengan Amin.
Tempat
Ø Latar
tempat tidak dinyatakan dengan jelas dalam drama. Berdasarkan situasi dialog dan perbualan
watak latar tempat drama ini dapat dikategorikan seperti berikut:
·
Kampung
·
Tempat ternakan ayam Amin
·
Di rumah Tini – Perbualan Tini dan ayahnya.
Ayahnya menentang hasrat Tini untuk bekerja sendiri
·
Tempat Perusahaan Kraftangan Tini
·
Depan balai polis
·
Di rumah Amin
Masyarakat
Ø Golongan
muda yang suka bekerja sendiri
berbanding kerja makan gaji.
Ø Masyarakat
yang memandang rendah akan kemampuan wanita.
Ø Masyarakat
yang iri hati akan kejayaan orang lain.
GAYA BAHASA
Keseluruhannya drama
ini menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami.
1.
Sinkope
Contoh: Takkan aku nak ajak dia pula (m/s: 100)
2.
Peribahasa
Contoh: Di
beri betis, minta paha lagi
Telunjuk lurus, tapi kelingking
berkait. Nasi sudah menjadi bubur
(m/s: 112)
Di mana aku berpijak, di situlah langit aku
junjung
3.
Bahasa Arab
Contoh: Assalamualaikum, Waalaikummussalam,
Alhamdulillah
NILAI
1. Nilai kerjasama
Amin memberikan kerjasama kepada Tini untuk memastikan
Tini Berjaya dalam perusahaannya.
2. Nilai berdikari
Amin dan Tini lebih suka berdikari membangunkan
perusahaan mereka sendiri daripada bekerja makan gaji.
3. Nilai keberanian
Golongan muda iaitu Tini dan Amin yang berani menceburkan
diri dalam bidang perniagaan/perusahaan.
4. Nilai
kegigihan
Tini dan Amin gigih untuk merealisasikan impian mereka
dalam bidang masing-masing tercapai.
PENGAJARAN
1. Kita
mestilah gigih berusaha untuk memajukan diri.
2. Kita
mesti yakin akan kemampuan diri sendiri untuk terus berjaya.
3. Kita
harus memanfaatkan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan.
4. Kita
mesti membantu orang yang memerlukan bimbingan dan nasihat daripada kita.
5. Kita
perlu bijak merancang masa depan.
6. Jangan
berprasangka buruk terhadap orang lain.
7. Kita
perlu jujur dan ikhlas dalam pergaulan.
LATIHAN
1.
Senaraikan peribahasa yang terdapat dalam drama.
2.
Nyatakan watak yang kamu minat dalam drama
ini. Kemukakan perwatakan watak itu.
Jawapan
1. Peribahasa yang terdapat dalam drama Di Sini
Bakti Bersemadi.
- Lampu hijau
- Telunjuk lurus, kelengkeng berkait
- Cemburu buta
- Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung.
2. Watak dan perwatakan yang diminati dalam
drama Di Sini Bakti Bersemadi
- Tini
Memiliki diploma. Berkawan baik dengan Amin. Bekerja sendiri-perusahaan kraftangan. Gigih berusaha. Tegas.
- Amin
Kawan baik Tini. Mengusahakan penternakan
ayam. Menjadi sumber inspirasi untuk
Tini bekerja sendiri di kampung. Gigih
berusaha memajukan bidang penternakan ayam.
Berpandangan jauh/berwawasan.
Assalamualaikum Cikgu. Saya diberi tugasan untuk mencari unsur audio dan animasi yang sesuai untuk drama ini. Cikgu ada idea?
ReplyDeleteWalaaikumsalam...maaf....lambat nak balas...tq sbb perihatin ttg blog cikgu niii....moga2 dapat menjadi panduan....
ReplyDeleteberkenaan pertanyaan tersebut....zalikha kena peka ttg lokasi dan latar tempat di mana dialog dilontarkan..
a)latar tempat di ladang penternakan ayam...mestilah ada bunyi ayam...animasi pulak...erm....buat pementasan ke ..buat persembahan power point....
b) di kawasan kampung pulak sesuai jika dirakam sendiri....lebih mudah...
c) latar lagu sentimantal pun boleh...
cikgu..apakah tujuan tini ke pusat ternakan ayam milik amin?
ReplyDelete