HARI GURU
(Selina S.F. Lee)
MAKSUD SAJAK
Rangkap 1
Semasa sambutan
Hari Guru, para guru bertekad menunaikan amanah dan harapan para ibu bapa untuk
melaksanakan tugas mendidik anak-anak yang bakal menerajui negara pada masa
hadapan.
Rangkap 2
Sambutan Hari Guru merupakan hari para guru bermuhasabah
diri tentang tanggungjawab dan keazaman mereka sama ada masih lagi kukuh atau telah hilang kerana pelbagai dugaan.
Rangkap 3
Hari guru merupakan hari para guru menerima penghormatan
dan penghargaan kerana jasa-jasa mereka.
TEMA
Sajak ini
mengemukakan tema tentang penghargaan kepada para guru melalui sambutan Hari
Guru.
PERSOALAN
1.
Persoalan peranan guru
mendidik anak bangsa.
2.
Persoalan melaksanakan
tugas yang diamanahkan kepada kita.
3.
Persoalan kesedaran
tentang tugas dan tanggungjawab yang dipikul.
4.
Persoalan tugas guru
yang sentiasa dikenang dan dihargai.
GAYA BAHASA
1. Personifikasi
adalah hari yang menuntut kita. (Rangkap 2, baris 2)
2. Metafora
apakah tiang azam (Rangkap 2, baris 4)
tunas bangsa (Rangkap 1, baris 8)
3. Anafora
ada bunga dikalung
ada puji dilafazkan
ada jasa dikenangkan (Rangkap 2, baris 2
hingga 3)
4. Asonansi
adalah hari
kita. (Rangkap 1, baris 2)
Pengulangan vokal ’a’
5. Aliterasi
masih tegak kukuh
(Rangkap 2, baris 5)
pengulangan konsonan ’k’.
1. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
2. Rima akhir bebas.
3. Jumlah perkataan sebaris antara dua hingga lima patah kata.
4. Jumlah suku kata sebaris antara empat hingga sebelas suku kata.
5. Jumlah baris serangkap adalah bebas
Contohnya : (Rangkap
1 – ada sembilan baris, Rangkap 2 – ada
sepuluh baris dan Rangkap 3 – ada tujuh baris).
Nada sajak ini patriotik.
1. Nilai amanah
Para guru memikul amanah para ibu bapa untuk mendidik
anak-anak mereka.
2. Nilai tanggungjawab
Guru-guru
bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas / tanggungjawab mereka untuk
membimbing anak bangsa.
3. Nilai penghargaan terhadap orang yang berjasa
Jasa guru dihargai dan dikenang melalui sambutan hari
guru.
4. Nilai kesedaran
Para guru sepatutnya sedar akan tugas dan peranan mereka
dalam mendidik pelajar.
1.
Para guru hendaklah
menunaikan amanah ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka.
2.
Kita hendaklah
menghargai peranan para pendidik (guru) dalam usaha mendidik dan memberi ilmu
kepada anak bangsa kita – sambutan hari guru merupakan salah satu cara yang
dilakukan bagi menghargai para pendidik.
3.
Para guru hendaklah
sedar peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka.
4.
Kita hendaklah mengenang
jasa orang yang banyak memberi ilmu kepada kita – jasa para guru hendaklah
sentiasa kita kenang.
1. Bincangkan tiga
nilai yang boleh diambil dalam sajak Hari Guru.
2. Senaraikan tiga
gaya bahasa yang terdapat dalam sajak Hari Guru beserta contoh.
3. Pada pendapat anda, apakah yang boleh kita lakukan untuk
menghargai jasa guru.
Jawaban:
1. Nilai-nilai yang wujud dalam sajak ini ialah:
·
Nilai amanah
Para guru memikul amanah para ibu bapa
untuk mendidik anak-anak mereka.
·
Nilai tanggungjawab
Guru-guru
bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas / tanggungjawab mereka untuk
membimbing anak bangsa.
·
Nilai penghargaan
terhadap orang yang berjasa
Jasa guru dihargai dan dikenang melalui
sambutan hari guru.
2. Gaya bahasa yang wujud dalam sajak ini ialah
a)
Personifikasi
adalah hari yang
menuntut kita. (Rangkap 2, baris 2)
b)
Metafora
apakah tiang azam (Rangkap 2, baris 4)
tunas bangsa (Rangkap 1, baris 8)
c)
Anafora
ada bunga dikalung
ada puji dilafazkan
ada jasa dikenangkan (Rangkap 2, baris 2 hingga 3)
- Perkara yang boleh kita lakukan untuk menghargai jasa-jasa guru ialah:
- Belajar bersungguh-sungguh
- Meraikan guru seperti sambutan Hari Guru
- Menaikkan imej guru dengan mendapat keputusan yang cemerlang.
No comments:
Post a Comment