Syair
Mendapat Gemala Naga
(Anwar
Ridhwan dan Rahman Shaari)
MAKSUD
Rangkap 1
Dewa
bercerita tentang mereka yang dikhianati oleh saudara mereka lalu dipenjarakan
selama setahun.
Rangkap 2
Setelah
habis dewa dua beradik bercerita, naga berasa kasihan mendengar cerita tersebut
lalu memberikan batu geliga saktinya kepada mereka.
Rangkap 3
Naga
menerangkan kepada dewa dua beradik, batu geliga sakti ini sangat bernilai
kerana mampu menunaikan sebarang hajat hati dan tujuan empunya diri.
Rangkap 4
Batu geliga sakti itu dapat merawat sebarang penyakit dan
memberi ketenangan jiwa dengan Tuhan yang Esa.
Rangkap 5
Jika
hendak berperang, batu geliga sakti boleh menyediakan tentera beserta dengan
hulubalangnya.
Rangkap 6
Setelah mendengar kata-kata naga itu, dewa dua beradik
berasa sangat gembira lalu memohon diri untuk beredar dari situ dan meneruskan
perjalanan mereka.
Rangkap 7
Kedua-dua
bersaudara itu menyusuri pantai tanpa mengira siang dan malam untuk menuju ke
sebuah negeri bernama Inderanegara.
Rangkap 8
Apabila
tiba pagi hari, dewa dua bersaudara akhirnya tiba ke hujung negeri dan bertemu
rumah nenek kebayan.
TEMA
Pengembaraan dua bersaudara untuk mendapatkan Gemala Naga
(Batu Geliga Sakti Naga).
PERSOALAN
1. Persoalan setia kawan iaitu dewa dua bersaudara saling
membantu untuk menghadapi dugaan.
2. Persoalan prihatin terhadap permasalahan orang lain
seperti naga yang prihatin dengan permasalahan dewa dua bersaudara lalu
menghadiahi mereka dengan gemala sakti.
1. Syair ini mengandungi lapan rangkap, setiap rangkap
mengandungi empat baris.
2.
Syair
ini mengandungi antara tiga hingga lima patah perkataan sebaris.
3.
Jumlah
suku kata sembilan hingga tiga belas suku kata sebaris.
4.
Rima
akhir semuanya ’aa aa’.
GAYA BAHASA
Aliterasi
Menuju jalan
tanah yang rata. (Rangkap 6, baris 4)
Pengulangan bunyi kosonan ’n’
Asosanasi
Rumah
kebayan orang yang bahari , (Rangkap 8, baris
4)
Pengulangan bunyi vokal ‘a’
Inversi
Setahun
sudah di dalam penjara (Rangkap 1, baris 4)
Sinkope
Dewa
pun duduk ia bercerita (Rangkap 1, baris 1)
NILAI
1. Nilai keberanian
Dewa berani mempersembahkan diri kepada naga yang pebuh sakti untuk mendapatkan
gemala sakti.
2. Nilai kesetiaan
Dewa bersaudara setia bersama mengharungi kesusahan dalam
pengembaraan mereka. (
3. Nilai kasih sayang
Naga berasa simpati dan belas
terhadap dewa bersaudara yang telah dikhianati oleh
saudara mereka.
NILAI
1. Kita hendaklah membantu orang yang ditimpa kesusahan.
2. Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada
kita.
3. Kita hendaklah memohon kepada Allah agar kehidupan kita
diberkati.
LATIHAN
1.
Siapakah
yang dimaksudkan dalam baris ‘Setahun
sudah di dalam penjara’.
2.
Pada pendapat anda, mengapakah dewa dua
bersaudara beredar dari tempat naga dengan perasaan gembira sekali?
Jawapan:
- Dewa dua bersaudara yang dimaksudkan dalam baris tersebut.
- Dewa dua bersaudara beredar dari tempat naga dengan perasaan gembira sekali kerana mereka dihadiahkan dengan gemala sakti/ atu geliga sakti oleh naga.
Looks like you need to correct your spelling before I cam read properly.
ReplyDelete