Wednesday, October 5, 2011

Inflakasta

Inflakasta
(Hashim Yassin)



 SINOPSIS

Drama ini mengisahkan Dibisi dan Marhen yang kelaparan telah berkenalan secara kebetulan dalam suasana peperangan.  Mereka menceritakan latar belakang diri masing-masing.  Muncul Siti yang sasau mencari Inflakasta.  Siti menuduh Marhen dan Dibisi berperang menyebabkan anaknya hilang.  Mereka bertiga telah dikepung dan Kastabung cuba menangkap mereka.  Marhen cuba melawan tetapi dilarang oleh Dibisi.  Dibisi merayu supaya dilepaskan.  Kastabung dan Marhen bergelut tetapi dihalang oleh Taliba dan Siti.  Jakidan datang melaporkan keadaan kekuatan pasukan Kastabung.  Marhen dan Dibisi cuba mengingatkan Kastabung dan Jakidan tentang kesan dan akibat peperangan tetapi tidak diendahkan oleh mereka.  

            Marhen dan Dibisi bertengkar sehingga bergelut menarik perhatian Kastabung.  Taliba cuba menembak mereka tetapi senjata kuasa bahayanya dirampas oleh Siti.  Siti mengarahkan Kastabung supaya memberitahu konco-konconya agar beredar dari tempat itu.  Siti leka meluahkan perasaannya tentang peperangan sehingga ditembak oleh pengikut Kastabung.  Siti rebah, Marhen menyambar senjata kuasa bahaya daripada Siti.  Dibisi turut ditembak semasa memapah Siti.  Marhen yang geram melepaskan tembakan senjata kuasa bahaya mengakibatkan semua orang rebah.  Keadaan menjadi sunyi. 

Muncul Infla dan Kasta mencari ibu mereka.  Mereka memapah Siti dari celah batu dan menyeru ibunya (Siti) bangun dari tidurnya.  Siti menasihati Infla dan Kasta supaya tabah menghadapi dugaan hidup serta mendoakan kesejahteraan mereka.
   





PEMIKIRAN

Drama Inflakasta memaparkan pemikiran tentang kesan dan akibat daripada peperangan kepada manusia  dan kehidupan sejagat.




PERSOALAN


1.      Persoalan peperangan menyebabkan manusia menderita.
2.      Persoalan kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa peperangan.
3.      Persoalan perjuangan untuk meneruskan kehidupan.
4.      Persoalan golongan yang mengambil kesempatan atas penderitaan orang lain.
5.      Persoalan kemusnahan alam sekitar.


PLOT
Secara keseluruhannya,plot drama ini mengikut urutan kronologi.  Plot Inflakasta dapat dibahagikan kepada:

Permulaan

Drama dimulakan dengan perkenalan Dibisi dan Marhen selepas berebut kotak kosong yang disangka berisi makanan.  Mereka menceritakan latar belakang diri masing-masing.


Perkembangan

Pada bahagian ini,drama berkembang dengan kemunculan watak Siti yang mencari anaknya, Kastabung, Taliba dan Jakidan.


Konflik

Mereka mula bertengkar dan menyalahkan antara satu sama lain.  Dalam pergelutan Marhen dan Dibisi, Siti merampas senjata ‘kuasa bahaya’ daripada Taliba.


Klimaks

Marhen melepaskan peluru senjata ‘kuasa bahaya’.  Keadaan menjadi sunyi.


Peleraian

Infla dan Kasta dapat bertemu dengan ibunya-Siti.



Teknik Penceritaan

  • Deskriptif(pemerian) – Teknik pemerian drama ini hanya terdapat dalam suara latar



WATAK DAN PERWATAKAN


Watak Utama

Marhen

Ø  Nama penuhnya Marhen bin Daif. 
Ø  Seorang yang berwajah bengis,
Ø  Bermisai dan berjambang tidak menentu. 
Ø  Pakaiannya kehitaman dan kotor. 
Ø  Sebelum peperangan,dia seorang petani. 
Ø  Agresif/Berani. 
Ø  Kasar dari segi pertuturan.


Dibisi

Ø  Nama penuhnya Dibisi bin Elita. 
Ø  Seorang berwajah intelek dan bersopan. 
Ø  Pakaiannya carik dan kotor.
Ø  Masih memakai tali leher yang lusuh dan mengelek coat berdebu.
Ø  Kelihatan letih. 
Ø  Seorang pemimpin/ketua dalam negeri.
Ø  Bakal menjadi pengeluar utama besi waja di dunia.
Ø  Rasional. 
Ø  Tenang menghadapi situasi yang genting. 
Ø  Terbunuh semasa cuba menyelamatkan Siti.


Siti

Ø  Seorang ibu muda. 
Ø  Berpakaian gaun kebiruan yang lusuh dan carik-carik. 
Ø  Sasau kerana kehilangan anak. 
Ø  Pandai menyanyi. 
Ø  Berani dan juga bijak. 
Ø  Tidak suka akan peperangan. 
Ø  Penyayang - menasihati Infla dan Kasta.

Watak sampingan

Kastabung

Ø  Diktator yang zalim. 
Ø  Berpakaian jubah(Dracula) dan memegang tongkat perakam. 
Ø  Ketua pasukan - mempunyai ramai pengikut.


Taliba

Ø  Pakaian ala robot.
Ø  Pertanda yang menjaga senjata ‘kuasa bahaya’. 
Ø  Simpati terhadap wanita.


Infla dan Kasta (lelaki/perempuan)

Ø  Berpakaian biasa yang lusuh. 
Ø  Anak-anak Siti. 
Ø  Sayang akan ibunya.



LATAR


Masa

Ø  Suasana peperangan – siang sehingga malam.


Tempat

Ø  Gurun Gersang – runtuhan-runtuhan rumah batu.


Masyarakat

Ø  Masyarakat yang berperang untuk meneruskan kehidupan.

Ø  Masyarakat yang menggunakan kekuatan fizikal untuk menguasai orang lain.

Ø  Masyarakat yang mementingkan kekuasaan dan kedudukan untuk menjamin kelangsungan hidup.

Ø  Mangsa peperangan yang hidup menderita.





GAYA BAHASA


Keseluruhannya drama ini menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami.

1.    Ayat Seruan
Contoh : Hei!  Bongkak!
               Undur!  Aku bunuh semua.

2.    Sinkope
Contoh: Namaku Marhen
        Dalam perang tak ada jenaka tau?

3.    Repitasi
Contoh:  Lapar bersama, mati bersama.
        Tembak, tembak

4.    Peribahasa
Contoh: Padang jarak padang tekukur, tak kenal maka tak cinta.

5.    Lirik Lagu
Contoh:  Do-di-do-doi, dodoi di dodoi,
         Tidurlah anak di dalam buaian  
         (korus)

          Lailahaillah, Muhammadan Rasullulah (2x)
          Tidurlah anak, ibu dendangkan,
          Lekaslah besar bimbing negara. (m/s 164)

6.    Bahasa Asing
·         Bahasa Arab
      Contoh:  Syukur Alhamdullah.

·         Bahasa Inggeris
      Contoh: sorry, neck tie dan coat, exhausf, fragile, food

7.    Hiperbola
Contoh: Luahkan peluru itu.

8.    Simile
Contoh: Letupan bergegaran seperti halilintar.

9.    Personifikasi
Contoh: Cahaya ‘laser’ menjunam mencari sasaran.

10.  Perlambangan
       Contoh: Primitif dalam negeri kami.







NILAI



1.    Nilai kasih sayang
      Siti amat menyayangi anaknya Infla dan Kasta

2.    Nilai bertanggungjawab
      Infla dan Kasta membawa makanan untuk ibu mereka.

3.    Nilai Menghargai Persahabatan.
Persahabatan antara Dibisi dan Marhen terjalin semasa mereka mencari makanan.

4.    Nilai bekerjasama
Dibisi dan Marhen bekerjasama mencari makanan kerana kelaparan.



PENGAJARAN


1.    Kita hendaklah mengelak daripada peperangan kerana akan menyebabkan hidup manusia menderita.
2.    Kita janganlah membelakangkan orang tua.
3.    Kita mestilah  taat dan setia kepada pemimpin.
4.    Kita mestilah  bijak dalam membuat keputusan.



LATIHAN



1.      Senaraikan ayat seruan yang terdapat dalam petikan.

2.      Terjemahkan perkataan berikut dalam bahasa Melayu.

·      neck tie
·      coat
·      exhaust
·      fragile-food




Jawapan

1.    Ayat Seruan yang terdapat dalam petikan

·      Kosong!  Semua kosong! Cantik di luar….dalamnya kosong!
·      Lapar!
·      Inflakasta!  Inflakasta!
·      Aku tidak suka! Aku tidak mau lagu!  Aku mau makan!  Aku mau makan!
·      Inflakasta! Inflakasta! …Mari!...Inflakasta!!!
·      Kamu! Kamu! Kamu! Kamu!  …. Perang!  Perang!
·      Perhatian!  Jangn cuba lari!
·      Hei bongkak!
·      Merempat!... Taliba!!!   Maju!
·      Itu pertanda!
·      Taliba!  Buta ke?
·      Ha!  Baru nampak.  Eh!  Orang apa ni?
·      Tembak!  Tembak!
·      Hei!  Bongkak!
·      Perempuan!!
·      Ah!
·      Eh!  Orang lapar tak ada masa untuk berdebat.
·      Taliba!!!  Tembak mereka!!!!
·      Undur! … Kastabung!...  Hoi!  Kamu di atas sana!!!
·      Ibu!  Ibu!  Ibu!
·      Ibu!  Ibu!  Ibu kita di sini!
·      Ibu!  Ini kami bawa makanan.
·      Ibu!!!  Jangan tingalkan aku, bu.


2.    Terjemahan

·                              neck tie           -           tali leher
·                              coat                 -           kot
·                              exhaust           -           letih
·                              fragile-food      -           makanan yang mudah rosak

MAAF KUPINTA


MAAF KUPINTA
REJAB  FI


SINOPSIS

Fauzi seorang anak yang kematian ayah tinggal bersama-sama dengan ibu dan ayah tirinya. Ayah tirinya sangat mengongkong kehidupannya. Ayah tirinya tidak membenarkan Fauzi menonton televisyen terutama acara hiburan dan filem-filem. Ayahnya hanya membenarkan Fauzi menonton televisyen untuk rancangan berita ataupun hal ehwal semasa. Bapa tirinya juga mengongkong perjalanan hidupnya. Ayah tirinya juga tidak mengizinkan Fauzi pulang ke rumah terlalu lewat malam dan sering mengambil tahu dengan siapa Fauzi berkawan.

Satu peristiwa telah menimpa hidup Fauzi,  Kepala Fauzi berbenjol kerana terjatuh dan terhantuk pada tiang. Fauzi lari menaiki basikal ke rumah neneknya. Dia benci dan marah kepada ayah tirinya.  Setelah lama tinggal di rumah neneknya, ayah dan ibunya berbincang untuk menghantar Fauzi ke asrama. Cikgu Zainuddin, Kaunselor sekolah telah membantu bagi membolehkan Fauzi tinggal di asrama.

Semasa di asrama Fauzi sering dilawati oleh ibu dan bapa tirinya. Ibunya sering membawa buah tangan semasa melawat Fauzi. Manakala ayah tirinya memberi wang saku untuk kegunaannya di asrama.  Semasa di asrama Fauzi telah sedar daripada kesilapannya dan berubah sikap. Hal ini demikian kerana dia sentiasa dinasihati oleh  rakan karibnya Syahir dan juga ustaznya.

Pada  hari terakhir persekolahan sebelum cuti hujung tahun, Fauzi tidak sabar untuk pulang ke kampung menemui keluarganya.  Selepas makan malam di kampung, Fauzi mengambil kesempatan memohon kemaafan daripada ayah tirinya di atas segala kesalahan dan salah faham terhadap ayah tirinya. Ibunya berasa bangga dengan perubahan sikap Fauzi. Fauzi mula menolong ayah tirinya di sawah dan di laut. Beliau juga turut menunjuk ajar adiknya dalam pelajaran.

TEMA


Menghargai pengorbanan orang lain demi kecemerlangan masa depan.   Fauzi akhirnya menghargai apa yang dibuat oleh ayah tirinya untuk kejayaannya walaupun pada mulanya dia memberontak.

PERSOALAN


1.  Persoalan persahabatan.
Syahir dan Fauzi amat akrab bersahabat ketika di Asrama A. Mereka sering pulang ke kampung bersama-sama.

2.  Persoalan kasih sayang ayah tiri terhadap anak.
 Ayah tiri Fauzi amat menyayangi Fauzi dan sanggup melawat Fauzi di asrama. Dia juga bersikap tegas dalam  mendidik Fauzi.

3.  Persoalan ketegasan semasa mendidik.
 Ayah tiri Fauzi melarang Fauzi menonton cerita-cerita yang tidak berfaedah. Dia juga  melarang Fauzi keluar malam dan mengambil tahu dengan siapa anaknya berkawan.

PLOT

Permulaan
Pengarang memulakan cerita di sebuah asrama dengan watak utamanya Fauzi tidak sabar  untuk pulang ke kampung menemui adik-adik, ibu dan bapa tirinya. Fauzi tidak dapat melelapkan matanya  kerana ingin mengisi cuti sekolah dengan rancangan yang telah diaturnya.  Syahir kawan Fauzi menegur Fauzi kerana masih belum tidur walaupun hari telah lewat malam. Rakan-rakannya di Asrama A telah berdengkor. Dia teringat punca dia tinggal di asrama sekolah. Bukan kerana pencapaiannya dan kemiskinannya tetapi ada sebab lain mengapa dia tinggal di asrama.

Perkembangan
Fauzi teringat punca mengapa dia tinggal di Asrama A. Dia terdengar ayah tirinya berbual dengan ibunya untuk menghantarnya ke asrama. Ayah tirinya amat tegas dalam mendidik Fauzi. Fauzi tidak dibenarkan balik lewat malam dan juga tidak dibenarkan menonton rancangan yang tidak berfaedah. Saban hari ayah tirinya akan bertanyakan kerja rumah yang diberikan oleh guru kepada Fauzi sebaik sahaja pulang dari sawah. Suatu ketika Fauzi terjatuh dan kepalanya benjol menyebabkan dia lari ke rumah neneknya yang berada empat kilometer dari rumahnya. Ibunya juga menegur bapa tirinya kerana kasar dalam mendidik Fauzi.
Klimaks
Selepas makan malam, Fauzi memohon maaf daripada ayah tirinya akan sikapnya selama ini. Fauzi sedar tujuan ayah tirinya bersikap tegas kepadanya selama ini. Ayah tirinya cuba menyelamatkan Fauzi daripada terlanggar tiang dan kepalanya terhantuk menyebabkan kepalanya benjol. Malam itu Fauzi gembira kerana hajatnya untuk meluahkan perasaannya kepada keuarganya tercapai.

Peleraian
Fauzi memenuhkan cuti sekolahnya dengan membantu keluarganya di sawah.Dia juga akan turun ke laut mengikut ayah tirinya. Di samping itu, Fauzi juga menolong adik-adiknya dalam pelajaran. Kini Fauzi mempunyai semangat untuk memajukan keluarganya.

Teknik Penceritaan
1.  Monolog dalaman.
     Contoh:  “Benar kata-kata Syahir itu?”  Fauzi berkata-kata sendiri.

2.  Dialog
     Contoh:  “Emak kamu tahukah kamu ke sini?” Nenek Sapiah melepaskan keluhan kesal.

3.  Imbas Kembali
     Contoh:  Di asrama Fauzi terkenangkan kehidupannya di kampung.

4.  Imbas Muka.
Contoh:  Fauzi membayangkan perkara yang akan dilakukannya apabila pulang bercuti                        nanti.        

5.  Pemerian
Contoh;  Cahaya bulan tertumpah ke permukaan sawah. Daun padi kelihatan terliuk-liuk dibelai mesra oleh angin malam.  Indah sungguh pemandangan malam itu.



WATAK DAN PERWATAKAN

Fauzi
Ø  Tinggal di Asrama A
Ø  Mempunyai seorang ibu dan seorang ayah tiri
Ø  Mempunyai seorang sahabat yang bernama Syahir
Ø  Ayahya meninggal dunia akibat penyakit barah.
Ø  Mempunyai seorang nenek bernama Sapiah
Ø  Memendam rasa tidak puas hati terhadap ayah tirinya.
Ø  Pelajar yang aktif dalam kegiatan sukan
Ø  Pintar dalam pelajaran
Ø  Terharu apabila bersalaman dengan ayah tirinya semasa di asrama.

Ayah Tiri
Ø  Ayah tiri Fauzi dan sangat menyayanginya.
Ø  Memberi wang saku kepada Fauzi ketika melawat Fauzi di asrama
Ø  Baik kepada anak tirinya.
Ø  Tegas dalam mendidik anak.
Ø  Sering memberikan wang saku kepada Fauzi.

Ibu
Ø  Suka mengawal pergerakan anaknya Fauzi.
Ø  Kadang-kadang tidak bersetuju cara ayah tirinya mendidik Fauzi
Ø  Selalu membawa buah tangan seperti kuih semasa melawat Fauzi di Asrama. 


LATAR


Masa

1.  Waktu malam
     Contoh:  Ketika di Asrama A Fauzi dan Syahir berbual sebelum tidur.

2.  Waktu pagi
     Contoh:  Fauzi bangun dan bersiap-siap untuk balik ke kampung.

3.  Cuti sekolah akhir tahun
     Contoh:  Fauzi pulang ke kampung untuk menghabiskan cutinya.

4.  Lima Minggu
     Contoh:  Jarak masa Fauzi bercuti akhir tahun.


Tempat

1.  Rumah
     Contoh:  Fauzi menonton televisyen                    

1.  Asrama A
     Contoh:  Fauzi tinggal di Asrama A

2.  Rumah Nenek Sapiah
     Contoh:  Fauzi lari ke rumah neneknya ketika menghadapi masalah dengan keluarganya.

3.  Stesen Bas
     Contoh:  Fauzi dan Syahir menunggu bas untuk pulang ke kampong

4.  Sekolah
    Contoh:  Ayah  tiri dan ibunya  datang ke asrama untuk melawat Fauzi.








Masyarakat
1.  Masyarakat Pelajar
Contoh:  Fauzi dan Syahir merupakan pelajar sebuah sekolah menengah dan tinggal
di Asrama A


2.  Masyarakat Petani
     Contoh:  Ayah tiri Fauzi merupakan seorang petani yang mengerjakan sawah.


3.   Masyarakat Pendidik
Contoh:  Cikgu Zainudddin merupakan seorang Guru Kaunseling yang menguruskan kemasukan Fauzi ke asrama.


4.   Masyarakat  yang bersifat prihatin
Contoh:  Ayah tiri Fauzi  sangat prihatin terhadap pelajaran Fauzi dan selalu bertanya dengan siapa dia berkawan.


5.   Masyarakat yang mementingkan pelajaran
Contoh:  Ayah tiri Fauzi selalu bertanya tentang kerja sekolah yang diberikan oleh guru kepada Fauzi.

GAYA BAHASA
 
1.  Kata Ganda
     Contoh:  Berbalam-balam, buku-buku, kegiatan-kegiatan, kawan-kawan, kerja-kerja

2.  Sinkope
     Contoh:  Ayahku tidak seperti ayahmu.

3.  Hiperbola
     Contoh:  Daun padi kelihatan terliuk-liuk dibelai mesra oleh angin malam

4.  Peribahasa
     Contoh:  Buah tangan


NILAI


1.  Nilai berdikari
     Contoh: Fauzi berdikari sendirian ketika tinggal di Asrama A.

2.  Nilai kerajinan
Contoh:  Ayah tiri Fauzi rajin ke sawah dan ke laut untuk mencari rezeki bagi keluarganya. Ayahnya juga rajin melawat Fauzi di asrama.

3.   Nilai kasih sayang
Contoh:  Ayah tirinya sangat sayang kepada Fauzi dan sanggup menghulurkan wang saku setiap kali melawat Fauzi.

4.  Nilai kesyukuran
Contoh: Fauzi bersyukur kerana dia sedar daripada kesilapannya yang bersikap buruk                               sangka terhadap ayah tirinya.

5.  Nilai hormat menghormati
      Contoh:  Fauzi sangat menghormati ayah tirinya.


PENGAJARAN


1.  Kita hendaklah taat kepada kedua orang tua kita.
     Contoh:  Fauzi taat kepada ayah tirinya walaupun ayah tirinya bersikap tegas               terhadapnya.

2.  Kita perlulah berbincang dalam membuat satu keputusan penting.
     Contoh:  Ayah tiri dan ibu Fauzi telah berbincang sebelum menghantar Fauzi ke asrama.

3.  Kita hendaklah mengasihi ibu dan ayah kita
     Contoh:  Fauzi sangat menyayangi ibu dan ayahnya.

4.  Kita hendaklah menolong orang ketika berada dalam kesusahan.
     Contoh:  Cikgu Zainuddin menolong Fauzi untuk mendapat tempat tinggal di asrama.

5.  Kita hendaklah meminta maaf apabila melakukan kesalahan.
     Contoh:  Fauzi memohon maaf daripada ayah tirinya  atas kesalahannya.

LATIHAN

1.  Apakah pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas?
“Ayah… maafkan Fauzi.  Selama ini Fauzi salah anggap terhadap ayah.”  Kata Fauzi perlahan.
2.  Namakan dua watak sampingan dalam cerpen ini?

Jawapan
1.  Kita haruslah memohon maaf setelah melakukan kesalahan.
2.  Dua watak sampingan dalam cerpen ini ialah ibu Fauzi dan ayah tiri Fauzi.