Peribahasa
PERIBAHASA
|
MAKSUDNYA
|
Gajah mati
meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama
|
Orang yang
baik akan meninggalkan nama yang baik, manakala orang yang jahat akan
meninggalkan nama yang buruk pula.
|
Gigi dan
lidah adakalanya tergigit juga
|
Perselisihan
faham juga timbul antara suami isteri dan sanak saudara juga.
|
Harapkan
pagar, pagar makan padi
|
Orang yang
kita harap boleh menolong kita itulah yang membinasakan kita.
|
Hancur
badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga
|
Budi yang
baik akan tetap dikenang walaupun orangnya sudah mati.
|
Hati gajah
sama dilapah, hati kuman sama dicecah
|
Susah senang
dikongsi/dirasai bersama.
|
Harapkan
guruh di langit, air tempayan dicurahkan
|
Harapkan
keuntungan besar yang belum tentu diperoleh, keuntungan kecil yang sedia ada
dilepaskan
|
Hutang
emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati
|
Hutang
budi tidak boleh dibayar seumur hidup.
|
Hajat hati
nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai
|
Kehendak
hati terlalu besar sehingga tiada keupayaan untuk mencapainya.
|
Harap ke
mulut besar cakap, kerja suatu tak boleh cekap
|
Cakap
sahaja besar tetapi bukti satu pun tiada.
|
Ingat
sebelum kena, jimat sebelum habis
|
Berfikir
dahulu sebelum melakukan sesuatu hal/pekerjaan agar kelak tidak mendapat
kesusahan/kerugian.
|
Jauh bau
bunga, dekat bau tahi
|
Biasanya
kita selalu teringat akan sanak saudara, tetapi bila dekat selalu bertengkar.
|
Jika
kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
|
Janji
mesti ditepati.
|
Jerat tak
lupakan pelanduk, tetapi pelanduk lupakan jerat
|
Orang yang
selalu menipu terlali dengan amalannya tetapi orang yang kena tipu akan
sentiasa berjaga-jaga.
|
Jangan
dibawa resmi jagung, semakin berisi semakin menegak
|
Semakin
berilmu atau kaya semakin sombong orang itu.
|
Jauh
menyalak kuat, dekat mencawat ekor
|
Orang yang
berketurunan baik, ke mana perginya akan baik juga.
|
Jikalau
hendak beranak, ikutlah cakap bidan
|
Turutlah
nasihat orang yang lebih mahir.
|
Kalah jadi
abu, menang jadi arang
|
Kalah atau
menang dalam suatu petengkaran tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.
|
Kalau
pandai makan, pandailah simpan
|
Pandai-pandailah
menyimpan rahsia.
|
Kalau
tiada angin, masakan pokok bergoyang
|
Sesuatu
yang berlaku pasti ada sebabnya.
|
Kecil
jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
|
Kebolehan
atau kepandaian itu tidak semestinya terlatak pada usia atau saiz.
|
Kecil
tapak tangan, nyiru ditadahkan
|
Menunjukkan
perasaan gembira apabila menerima pertolongan.
|
Kerbau
sekandang boleh dijaga, manusia seorang tidak dapat dimaklumi
|
Manusia
sukar dihadapi kerana setiap orang mempunyai pendapat dan pendirian yang
berbeza.
|
Kokok
berderai-derai, tetapi ekor bergelumang tahi
|
Seseorang
yang bercakap besar tetapi keluarganya hidup dalam kemelaratan.
|
Kerja
bertangguh tidak menjadi, kerja beransur tidak bertahan
|
Kerja yang
ditangguh tidak akan berhasil langsung, manakala sesuatu kerja yang dibuat
secara sedikit demi sedikit akan siap juga.
|
Ke tengah
boleh, ke tepi boleh
|
Dapat
menyesuaikan diri dalam semua keadaan.
|
Kuman di
seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak
|
Kesalahan
orang lain walaupun kecil nampak tetapi kasalahan diri sendiri yang lebih
besar tidak disedari.
|
Kais pagi
makan pagi, kais petang makan petang
|
Orang yang
miskin harus bekerja keras setiap masa.
|
Lembu
punya susu, sapi dapat nama
|
Orang lain
yang berusaha orang lain yang mendapat nama.
|
Lain di
mulut, lain di hati
|
Apa yang
dikatakan tidak sama dengan apa yang terdapat di hati.
|
Lain
lubuk, lain ikannya
|
Adat resam
di sebuah negara tidak sama dengan adat resam negara lain.
|
Langit
yang tinggi hendak ditampar, bumi yang dipijak tidak dapat dicapai
|
Berhajat
kepada pangkat yang tinggi tetapi pangkat yang rendah pun tiada.
|
Laut yang
mana tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
|
Semua
pekerjaan pasti ada kesulitan dan bahayanya.
|
No comments:
Post a Comment