Kata Hubung
Kata hubung ialah kata yang bertugas
menghubungkan kata, frasa dan ayat.
Kata
Hubung
|
Contoh
Penggunaannya
|
Apabila
|
Para penonton tertawa apabila
melihat telatah pelawak itu.
*Kata hubung apabila tidak boleh digantikan
dengan kata bila. Bila sebenarnya merupakan kata tanya.
|
Supaya / agar
|
Anda perlu berakhlak mulia supaya anda dihormati
orang. (atau)
Anda perlu berakhlak mulia agar anda dihormati orang.
* Agar dan supaya mendukung makna yang
sama .Oleh itu, pilihlah salah satu
saja.
|
Oleh sebab
|
Pertandingan syarahan itu diabtalkan oleh sebab
tidak mendapat sambutan
* Penggunaan oleh kerana salah kata sendi maesti
diikuti oleh kata nama sebagai objek dan bukannya kata hubung
|
Jika / sekiranya
|
Saya akan datang jika hari tidak hujan.
Saya akan datang sekiranya hari tidak hujan.
*Kata
jika dan sekiranya mendukung makna yang sama. Oleh itu, pilihlah
salah satu saja.
|
Kata Sendi
Kata sendi ialah kata yang digunakan
untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain.
Kata
Sendi
|
Penggunaan
|
Contoh
|
ke
|
1. Tempat
2. Benda
konkrit (tak bernyawa)
3. Masa
|
1. Saya
pergi ke Pahang.
2. Bola
itu dicampak ke dinding.
3. Dia
belum pulang hingga ke hari ini.
|
kepada
|
1. benda
konkrit bernyawa)
2. benda
abstrak (kecuali masa)
|
1. Buku itu diserahkan kepada
Ali.
2. Penyakit itu membawa
kepada penderitaan. |
dari
|
1.
tempat
2.
waktu
|
1.
Ali datang dari Johor.
2.
Aku akan belajar mulai dari hari ini.
|
daripada
|
Umum
1. Orang
2. asal
kejadian
3. perbandingan
|
1.
Bunga itu hadiah daripada
guru.
2.
Kerusi dibuat daripada kayu.
3.
Aisyah lebih cantik daripada
Swee Lan. |
di
|
tempat
|
Saya tinggal di Jalan Utara.
|
pada
|
1.
masa
2.
orang
3.
benda abstrak
|
1.
Pada zaman ini ,komputer
adalah penting.
2.
Buku itu aada pada Ali.
3.
Pada pendapat saya,ayat itu salah.
|
No comments:
Post a Comment