Kata Majmuk
1.
|
Kata majmuk ialah bentuk kata yang
terhasil apabila dua atau lebih kata dasar digabungkan untuk membentuk kata
baru yang membawa maksud tertentu.
|
2.
|
Kata majmuk dieja terpisah misalnya,
kaca mata, buah tangan, kasut sekolah, kereta api, jalan raya, anak kunci,
meja makan, dan sebagainya.
|
3.
|
Bagaimanapun, terdapat beberapa kata
majmuk yang dieja tercantum. Kecualian ini adalah berdasarkan faktor
kelaziman penggunaannya. Bentuk-bentuk kata majmuk ini dianggap telah mantap.
Oleh yang demikian, kata-kata ini dikekalkan sebagai satu perkataan.
Contoh : antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kerjasama, olahraga, matahari, dinihari, setiausaha, sukarela, sukacita, suruhanjaya, peribadi, hulubalang, tandatangan, tanggungjawab, warganegara, pesuruhjaya,dan sebagainya. |
4.
|
Kata majmuk terbahagi kepada beberapa
kelas. Sila perhatikan rajah yang berikut.
|
No comments:
Post a Comment