Friday, February 17, 2012

LATIHAN


Tatabahasa : Latihan 1

Soalan 1-7
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Kami tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana bunyi ________enjin kenderaan yang bertali arus di jalan raya.
A desingan                  C dentuman   
B deruan                     D Dengusan

2. Beberapa orang pelajar yang ______ di kompleks beli-belah itu turut ditahan oleh pihak polis.
A bertaburan               C berpelesiran
B berhamburan            D berserakan

3. Baju adik _______ kerana ketumpahan air Milo.
A kusut-masa              C huru-hara
B comot-momot          D serbah-serbih

4. Atlet itu berusaha untuk _______diri ke Sukan Olimpik pada tahun hadapan.
A melayakkan             C layak
B selayaknya               D berkelayakan

5. Para peserta ekspedisi itu terpaksa ______ air sungai yang deras arusnya.
A merentas                  C mengharung
B melintas                   D menempuh

6. Puan Lee membeli tembikar itu sebagai _______ untuk rakan baiknya.
A tanda harga             C tanda hati
B tanda mata               D buah mulut

7. Tiada sepatah kata pun yang ________ daripada mulut ibu sebaik sahaja mendapat berita sedih itu.
A terlepas                    C terpacul
B terluah                     D tersembur

Soalan 8-14
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A,B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

8. Bila (A) sampai di (B) simpang jalan itu, kamu beloklah (C) ke kiri. Tiada kesalahan (D)

9. Wajah kakak pusat lesi (A) apabila disergah (B) oleh abang kerana dia semangat lemah (C). Tiada kesalahan (D)

10. Orang ramai bertolak-tolakan  (A) sewaktu di kaunter untuk mendapatkan  (B) tiket percuma perlumbaan (C) Formula 1 di sepang. Tiada kesalahan(D)

11. Para (A) peserta kursus diberi masa selama setengah jam (B) untuk mengajukan pelbagai (C) persoalan kepada penceramah itu. Tiada kesalahan (D).

12. Di seluruh (A) Manila telah dilanda (B) banjir besar yang banyak mengorbankan (C) nyawa dan harta benda. Tiada kesalahan (D)

13. Surat pekeliling (A) mengenai kerja lebih masa itu telah diedarkan (B) kepada semua ketua-ketua jabatan (C) untuk tindakan selanjutnya. Tiada kesalahan (D)

14. Banyak orang beranggapan (A) yang (B) bahasa Melayu tidak mampu bersaing dengan (C) bahasa Inggeris. Tiada kesalahan (D)


Tatabahasa : Latihan 2

Praktis 2
Sistem Bahasa (15 Minit)

Soalan 1-7
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Penyelam itu________di permukaan untuk mendapatkan udara.
A tampil                      C timbul
B terbit                        D muncul

2. “Saya akan ______ kelulusan dan pengalaman awak terlebih dahulu.” kata pengurus itu kepada Cik Salwa.
A menyiasat                C meneliti
B mengkaji                  D menyelidik

3. Ketua ekspedisi itu sedang memberikan_______kepada para peserta tentang aspek-aspek keselamatan.
A ucapan                     C amanat
B syarahan                  D taklimat

4. Pustakawan itu sedang _______ buku-buku itu kepada beberapa kategori.
A mengelaskan            C memperkelaskan
B dikelaskan               D pengelasan

5. Program______ kemiskinan di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang dilaksanakan oleh kerajaan itu diharapkan berjaya mencapai sasarannya
A pembasmian            C penghapusan
B pemusnahan             D penamatan

6. Penduduk kampung akan_______ untuk membuat rondaan di kawasan kediaman mereka.
A bertolak-tolakan      C bergilir-gilir
B berduyun-duyun      D berulang-alik

7. Adik terus merengek-rengek ________ kemahuannya tidak dituruti oleh ibu.
A sebelum                   C semasa
B selagi                       D sehingga

Soalan 8-14
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A,B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

8. Beliau mula berjinak-jinak(A) dalam (B) bidang politik sejak ianya (C) berusia awal 30-an. Tiada kesalahan (D)

9. Dengan  lain-lain kata (A) kejadian jenayah di kawasan ini dapat dielakkan (B) sekiranya kita  bersatu padu (C). Tiada kesalahan(D)

10. Pujukan daripada (A) ibu itu telah berjaya mereda (B) kemarahan (C) abang. Tiada kesalahan (D)

11. Yang (A) mendapat tempat ketiga  dalam (B) pertandingan itu siapakah? (C). Tiada kesalahan (D).

12. Sesetengah (A) ibu bapa bukan (B) mengambil berat tentang (C) pergaulan anak-anak mereka. Tiada kesalahan (D)

13. Puan Sally memohon  (A) maaf kerana (B) tidak dapat  menghadiri (C) dalam mesyuarat agung persatuan itu. Tiada kesalahan (D)

14. Pemandangan (A) di tepi pantai pada (B) waktu senja amat  terindah (C). Tiada kesalahan (D)

Peribahasa


Peribahasa 

PERIBAHASA
MAKSUDNYA
Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Orang yang baik akan meninggalkan nama yang baik, manakala orang yang jahat akan meninggalkan nama yang buruk pula.
Gigi dan lidah adakalanya tergigit juga
Perselisihan faham juga timbul antara suami isteri dan sanak saudara juga.
Harapkan pagar, pagar makan padi
Orang yang kita harap boleh menolong kita itulah yang membinasakan kita.
Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga
Budi yang baik akan tetap dikenang walaupun orangnya sudah mati.
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Susah senang dikongsi/dirasai bersama.
Harapkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan
Harapkan keuntungan besar yang belum tentu diperoleh, keuntungan kecil yang sedia ada dilepaskan
Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati
Hutang budi tidak boleh dibayar seumur hidup.
Hajat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai
Kehendak hati terlalu besar sehingga tiada keupayaan untuk mencapainya.
Harap ke mulut besar cakap, kerja suatu tak boleh cekap
Cakap sahaja besar tetapi bukti satu pun tiada.
Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
Berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu hal/pekerjaan agar kelak tidak mendapat kesusahan/kerugian.
Jauh bau bunga, dekat bau tahi
Biasanya kita selalu teringat akan sanak saudara, tetapi bila dekat selalu bertengkar.
Jika kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
Janji mesti ditepati.
Jerat tak lupakan pelanduk, tetapi pelanduk lupakan jerat
Orang yang selalu menipu terlali dengan amalannya tetapi orang yang kena tipu akan sentiasa berjaga-jaga.
Jangan dibawa resmi jagung, semakin berisi semakin menegak
Semakin berilmu atau kaya semakin sombong orang itu.
Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor
Orang yang berketurunan baik, ke mana perginya akan baik juga.
Jikalau hendak beranak, ikutlah cakap bidan
Turutlah nasihat orang yang lebih mahir.
Kalah jadi abu, menang jadi arang
Kalah atau menang dalam suatu petengkaran tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.
Kalau pandai makan, pandailah simpan
Pandai-pandailah menyimpan rahsia.
Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang
Sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya.
Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
Kebolehan atau kepandaian itu tidak semestinya terlatak pada usia atau saiz.
Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
Menunjukkan perasaan gembira apabila menerima pertolongan.
Kerbau sekandang boleh dijaga, manusia seorang tidak dapat dimaklumi
Manusia sukar dihadapi kerana setiap orang mempunyai pendapat dan pendirian yang berbeza.
Kokok berderai-derai, tetapi ekor bergelumang tahi
Seseorang yang bercakap besar tetapi keluarganya hidup dalam kemelaratan.
Kerja bertangguh tidak menjadi, kerja beransur tidak bertahan
Kerja yang ditangguh tidak akan berhasil langsung, manakala sesuatu kerja yang dibuat secara sedikit demi sedikit akan siap juga.
Ke tengah boleh, ke tepi boleh
Dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan.
Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak
Kesalahan orang lain walaupun kecil nampak tetapi kasalahan diri sendiri yang lebih besar tidak disedari.
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Orang yang miskin harus bekerja keras setiap masa.
Lembu punya susu, sapi dapat nama
Orang lain yang berusaha orang lain yang mendapat nama.
Lain di mulut, lain di hati
Apa yang dikatakan tidak sama dengan apa yang terdapat di hati.
Lain lubuk, lain ikannya
Adat resam di sebuah negara tidak sama dengan adat resam negara lain.
Langit yang tinggi hendak ditampar, bumi yang dipijak tidak dapat dicapai
Berhajat kepada pangkat yang tinggi tetapi pangkat yang rendah pun tiada.
Laut yang mana tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
Semua pekerjaan pasti ada kesulitan dan bahayanya.