Wednesday, October 5, 2011

GEMA SEPI GADIS GENIUS


GEMA SEPI GADIS GENIUS
Sinopsis
(AZMAH NORDIN)



Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun daripadanya berjudul program ‘antibusut’. Dalam keadaan fikirannya yang sedang kusut, Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan antara mereka berdua.
           
            Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk. Basirah menjalani  praktikal  dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah ‘busut’ yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan teman-temannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun, dia dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan sebagai jemputan untuk bertinju, sebaliknya sebagai satu alternatif.

            Oleh itulah, dia telah membuka buku log untuk merekod penceroboh. Basirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran. Sasaran penceroboh untuk menembusi  saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL.  Di sini berlaku  perbezaan pendapat antara Basirah dengan  rakannya.  Akhirnya Basirah membuat ujikaji dengan menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh. Lamunan Basirah terhenti apabila pintu yang terkuak berbunyi. Beberapa remaja tersembul di muka pintu makmal. Kakaknya datang membawa kek dan mengucapkan selamat hari jadi. Basirah cukup terharu. 

            Selepas itu, sekali lagi, osiloskop dipasang untuk mengesan gema pangilan dari luar. Ketika mereka sibuk mengesan gema, tiba-tiba penceroboh membuat panggilan di komputer-komputer makmal. Belum sempat dia memberi amaran agar berwaspada terhadap penyelia khususnya, penceroboh sudah lenyap dari skrin komputernya. Hanani  yang ada pada ketika itu menyarankan menggunakan umpan untuk menembusi tembok penceroboh. Hanani tersipu malu. Basirah menghubungi pensyarahnya tentang perkembangan terbaru. Selang beberapa minit, umpan mengena.

            Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan  menyekat penceroboh. Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan selama ini menjadi kenyataan yang indah.
Tema




Kepintaran seorang remaja dalam menangani masalah pengguna jahil (hacker) komputer.

Persoalan




1.    Persoalan kepintaran remaja dalam usia muda boleh menangani masalah penceroboh komputer.
Contohnya:   Basirah dapat menangkap penceroboh yang menyelusup sistem di makmal.

2.    Persoalan kebolehpercayaan majikan untuk menerima remaja bekerja dalam bidang berkemahiran tinggi.

3.    Contoh:  Hari pertama dia dihantar menjalani praktikal oleh pusat pengajian tinggi.

4.    Persoalan kasih sayang antara adik beradik yang berbeza dari segi kepintaran. Contohnya:   Hanani dan Basirah berbeza dari segi kepintaran iaitu Basirah mahir dalam bidang komputer manakala Hanani mahir dalam bidang kesenian dan kesasteraan.


Plot




Permulaan
Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun daripadanya berjudul program ‘antibusut’. Dalam keadan fikirannya yang sedang kusut, Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan antara mereka berdua. Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk.

Perkembangan
Basirah menjalani  praktikal  dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah ‘busut’ yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan teman-temannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun, dia dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan sebagai jemputan untuk betinju, sebaliknya sebagai satu alternatif. Oleh itu, dia telah membuka buku log untuk merekod penceroboh.

Klimaks
Basirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran. Sasaran penceroboh untuk menembusi  saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku  perbezaan pendapat antara Basirah dengan  rakannya.  Akhirnya Basirah membuat ujikaji dengan menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh. Dengan bantuan pensyarahnya, kakaknya, iaitu Hanani dan rakan-rakan Hanani, mereka berjaya mengesan penceroboh tersebut.


Peleraian
Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan  menyekat penceroboh.  Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan selama ini menjadi kenyataan yang indah.



Teknik penceritaan

1.  Deskriptif (pemerian)
     Contoh: Dia teringatkan ayahnya yang datang dan pergi macam angin, meninggalkan mereka di bawah jagaan pembantu rumah (m/s 4)

2.  Monolog dalaman- Baiklah! Bisik hatinya, juga tegas. Dia terfikirkan sesuatu (m/s 10)


3.  Imbas kembali 
Contoh:  Seingatnya, sewaktu Hanani baru menjejaki tadika biasa dulu, Basirah sudah pun lulus peperiksaan untuk memasuki sekolah kanak-kanak pintar yang terletak di pinggir bandar meninggalkan mereka di bawah jagaan pembantu rumah  (m/s 4).

4.  Imbas muka
     Contoh:  Hanani terus menghadapi masa hadapan dengan tenang dan tabah (m/s 17)


Watak dan Perwatakan




1.      Watak utama

        Basirah
Ø  Anak kepada seorang ahli perniagaan dan  berusia 14 tahun.
Ø  Anak kedua daripada dua beradik, kakaknya bernama Hanani.
Ø  Siswi dalam jurusan Sains Komputer.
Ø  Diterima membuat amali di Makmal Perdana di pusat bandar Kota Kinabalu.
Ø  Seorang yang pintar dalam bidang komputer.


2.      Watak sampingan

        Hanani
Ø  Anak sulung kepada ahli  perniagaan dan baru berusia 16 tahun.
Ø  Kakak kepada Basirah.
Ø  Seorang yang lincah dan kreatif.
Ø  Suka mengambil berat akan adiknya.
Ø  Mempunyai ramai kawan.
Ø  Seorang yang suka kegiatan rekreasi.


Latar





Masa  
Ø  Siang – Basirah menjalani latihan amali di makmal sistem komputer di Makmal
        Perdana
Ø  Malam – Hanani berbual-bual dengan Basirah di rumah
Ø  Hari minggu – Basirah terpaksa menyelesaikan kerjanya yang banyak di
       makmal sistem komputer, Makmal  Perdana

Tempat     
Ø  Makmal sistem komputer di Makmal Perdana – tempat Basirah menjalani latihan
        amali  tahun akhir jurusan Sains Komputer
Ø  Pusat bandar Kota Kinabalu – tempat letaknya Makmal Perdana
Ø  Sekolah kanak-kanak pintar – tempat Basirah belajar semasa zaman kanak-
        kanak
Ø  Institusi pengajian tinggi di Semenanjung – tempat Basirah belajar sebagai siswi
        jurusan Sains Komputer

Masyarakat
Ø  Masyarakat yang celik komputer – Basirah, pekerja di makmal sistem komputer, Makmal  Perdana, dan rakan-rakan Hanani mahir menggunakan komputer
Ø  Masyarakat  terpelajar – Basirah merupakan sisiwi tahun akhir jurusan Sains Komputer di sebuah institusi pengajian tinggi
Ø  Masyarakat remaja yang gemar akan aktiviti rekreasi – Hanani dan rakan-rakannya mengikuti aktiviti rekreasi seperti berdiskusi sastera di pantai, berkayak, dan mendaki gunung

Gaya Bahasa





1.    Metafora  
      Contoh: Meniti buih di jeram (m/s 3), mata fikir (m/s 2)

2.    Diksi         
      Bahasa Inggeris -  hyperintelligent (m/s2), the exterminator (m/s 8)
      Bahasa IT  -  Sotware (m/s 1), user (m/s 1), hacker (m/s 2)
      Istilah Sains -  Osiloskop (m/s 11)

3.    Hiperbola
      Contoh: Menggunung secara halimunan juga (m/s 9)


4.    Sinkope    
      Contoh: Dah (Sudah), Kak (Kakak)

5.    Simplok    
      Contoh: Dipuji macam bidadari
      Contoh: Draikan macam puteri (m/s 16)

6.    Perlambangan
      Contoh: Busut

Nilai




1.    Nilai kasih sayang
      Kakaknya menatang sebuah kek yang comel ke dalam makmal sempena hari jadi  
      Basirah yang ke-14.

2.    Nilai berusaha
      Basirah telah berusaha menyekat penceroboh komputer sehingga telah berjaya.

3.    Nilai bertanggungjawab
      Basirah bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan kepadanya.

Pengajaran





1.      Kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang antara adik beradik walaupun mempunyai tahap kepintaran yang tidak sama.

2.      Kita hendaklah berusaha sedaya upaya apabila melakukan sesuatu pekerjaan.

3.      Kita hendaklah bertanggungjawab atas apa yang diberikan kepada kita.


Latihan




1.      Apakah tema cerpen ‘Gema Sepi Gadis Genius?’
2.      Nyatakan nilai-nilai yang terdapat di dalam cerpen ini serta buktikan.
3.      Bincangkan pengajaran-pengajaran yang boleh diambil daripada cerpen ini.



Jawapan:

1. Tema cerpen Gema Sepi Gadis Genius adalah kepintaran seorang remaja dalam    menangani masalah pengguna jahil (hacker) komputer.

2. Nilai-nilai yang terdapat dalam cerpen ini adalah tanggungjawab, contohnya Basirah berasa bertanggungjawab untuk menghalang penceroboh yang menembusi saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Nilai kasih sayang juga ditonjolkan apabila kakak Basirah iaitu Hanani mengingati hari jadinya dengan membawa kek harijadi.

3. Pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini ialah kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi.   

WARKAH DARIPADA IBU


WARKAH DARIPADA IBU
(ROHANI DERAMAN)



SINOPSIS


Mira telah menerima warkah daripada ibunya. Hampir setahun Mira dan adik-adiknya tinggal di kampung bersama dengan datuk dan neneknya.  Keputusan  ibu dan ayahnya menghantar Mira untuk tinggal dengan datuk dan neneknya telah menimbulkan seribu persoalan.  Namun ibunya  tidak dapat menjawab persoalan tersebut. Ibu Mira berharap agar suatu hari nanti  Mira akan faham tindakan ibu dan bapanya itu. Mira dan keluarganya telah bersiap untuk ke rumah datuknya di kampung. Mereka sampai ke kampung datuknya menjelang senja. Pada malam hari mereka semua  telah tidur berderetan di ruang tamu walaupun neneknya telah menyiapkan bilik untuk mereka.  Mereka tidur dengan nyenyak sekali kerana kepenatan seharian dalam perjalanan. Keesokan harinya, apabila ibu dan bapanya berangkat pulang, perasaan sayu dan hiba mula dirasai oleh Mira. Namun adik-adiknya kelihatan riang kerana perpisahan dengan ayah dan ibu tidak begitu bermakna kepada adik-adiknya. Nenek telah mengajak Mira ke kedai untuk memperkenalkan Mira dengan rakan-rakan sebaya Mira serta mengenali. tempat di kampung neneknya itu.  Bermula dengan perkenalan dengan Suzana di kedai, Mira mula mengenali kawan-kawan barunya yang lain.  Mira mula bersekolah dan mengulangkaji pelajarannya. Dalam keheningan subuh yang syahdu serta bunyi kokok ayam sahut-menyahut,  Mira membaca sekali lagi surat yang dikirim oleh ibunya.
           
Dalam surat tersebut, ibunya berdoa agar Mira dan adik-adiknya sentiasa dilindungi Allah. Persoalan yang tidak terjawab oleh ibu Mira sebelum ini telah dinyatakan di dalam surat tersebut. Masalah sosial yang melanda masyarakat kota begitu menghantui dan menakutkan ibunya. Manakala corak pergaulan dan persekitaran di kampung masih yang terbaik kerana masih mengekalkan amalan dan ciri-ciri hidup masyarakat berharmoni. Ibunya mengimpikan anak-anak yang soleh. Di kampung, Mira lebih terdedah kepada nilai-nilai moral. Walaupun sejak kecil ibu dan bapa Mira memanjakan dengan kemewahan, namun tidak bererti ibu dan ayahnya mahu lepas tangan dan melupakan tanggung jawab sebagai ibu bapa. Apa yang ibu Mira mahukan ialah Mira dapat bersyukur dengan apa-apa yang Mira ada. Hal ini akan membuatkan jiwa Mira kuat dan tabah menghadapi apa-apa jua dugaan Allah. Setelah hampir setahun, Mira telah menunjukkan prestasi yang baik. Hal ini menunjukkan Mira sudah faham sebab dia dihantar ke kampung. Setelah membaca surat daripada ibunya, Mira melipat surat tersebut dengan baik. Sekali lagi air mata Mira mengalir. Mira baru faham apa yang tersirat selama ini. Betapa besar pengorbanan dan harapan ibu dan ayah terhadap Mira.


TEMA


Pengorbanan seorang ibu untuk memastikan kejayaan anak-anaknya pada masa depan. Pengorbanan  ini dapat dilihat melalui watak ibu yang menghantar anak-anaknya ke kampung untuk tinggal besama-sama dengan ibu dan ayahnya kerana tidak mahu anak-anaknya terdedah dengan gejala-gejala sosial yang berlaku di bandar.


PERSOALAN

1.    Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.
Persoalan ini dapat dilihat melalui watak ibu dan ayah yang rela berpisah dengan anak-anak demi memastikan mereka membesar dalam persekitaran yang lebih sempurna.

2.    Persoalan kesediaan anak untuk melepaskan kemewahan yang dikecapi.
Hal ini dapat dilihat melalui watak Mira yang selama ini hidup mewah bersama dengan ibu bapanya di bandar terpaksa hidup di kampung bersama-sama datuk dan neneknya yang serba kekurangan di kampung.

3.    Persoalan masalah sosial di bandar.
Gejala-gejala sosial yang melanda masyarakat bandar adalah berpunca daripada pegangan agama, pengaruh persekitaran dan pengaruh rakan sebaya.

4.    Persoalan tentang masyarakat kampung yang berpegang teguh pada ajaran agama.
       Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa Mira diminta oleh neneknya memakai tudung  
       kepala kerana sebagai wanita Islam menutup aurat adalah wajib dilakukan.
      

PLOT



Permulaan

Mira telah menerima warkah daripada ibunya setelah hampir setahun Mira tinggal di kampung bersama dengan datuk dan neneknya.  Keputusan  ibu dan ayahnya menghantar Mira untuk tinggal dengan datuk dan neneknya telah menimbulkan seribu persoalan kepadanya.
Perkembangan
Mira dan keluarganya telah bersia-siap  untuk ke rumah datuknya di kampung.  Mereka tidur bersama-sama dengan nyenyak sekali kerana kepenatan seharian dalam perjalanan. Perpisahan dengan ibu dan bapanya  telah menimbulkan perasaan sayu dan hiba  Mira. Nenek telah mengajak Mira ke kedai dan dia telah berkenalan dengan Suzana.   Mira mula bersekolah di kampungnya dan suasana persekolahan di sana telah memberikan kesedaran kepadanya. Mereka tidak menghiraukan perkara-perkara lain selain mengulangkaji pelajaran.

Klimaks
Mira telah membaca surat yang dikirimkan  oleh ibunya. Dalam surat tersebut, ibunya menyatakan tujuan sebenar dia menghantar Mira dan adik-adik ke kampung kerana bimbang dengan gejala sosial yang melanda masyarakat bandar kini.  Masalah sosial yang melanda masyarakat kota begitu menghantui dan menakutkan ibunya. Manakala corak pergaulan dan persekitaran di kampung masih yang terbaik kerana masih mengekalkan amalan dan ciri-ciri hidup masyarakat berharmoni.  Harapan ibunya agar anak-anak menjadi anak yang solehah, mampu menghargai kasih sayang dan pengorbanan orang tua.

Peleraian
Setelah membaca warkah daripada ibunya, Mira memahami tujuan ibunya menghantarnya dan adik-adiknya tinggal di kampung.

Teknik Penceritaan

1.    Dialog
Contoh:  “Mira... ibu terpaksa menghantar Mira dan adik-adik tinggal dengan nenek di kampung pada hujung bulan ini,” tiba-tiba saja ibu menyuarakan hasrat hatinya itu pada suatu hari. (m.s: 60)

2.    Deskriptif (Pemerian)
Contoh:  Aku berbangga mempunyai ibu bapa yang penyayang. Walaupun sibuk dengan kerja dan tugas seharian di pejabat, mereka masih ada waktu untuk bermesra dengan keluarga. Ibuku seorang yang lemah lembut dan selalu setia kepada ayah. (m.s: 61)

3.    Monolog Dalaman
Contoh:  Keputusan ibu dan ayah menghantar aku dan adik-adik untuk tinggal di kampung bersama datuk dan nenek, membuatkan aku bertanyakan diriku dengan berbagai-bagai pertanyaan. (m/s 1)


WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Amira
Ø  Anak sulung daripada tiga beradik.
Ø  Kakak kepada Aidil dan Manja.
Ø  Seorang anak yang patuh dan taat kepada ibu dan ayahnya.
Ø  Seorang yang tabah dalam menghadapi kesukaran hidup.
Ø  Sangat menyayangi ibu dan ayahnya.


Watak Sampingan

Ibu
Ø  Ibu kepada Mira, Aidil dan Manja.
Ø  Seorang yang lemah lembut.
Ø  Setia kepada suami.
Ø  Merupakan anak tunggal.
Ø  Seorang ibu yang penyayang.


Ayah
Ø  Bapa kepada Mira, Aidil dan Manja.
Ø  Seorang yang memahami perasaan isteri.
Ø  Menantu yang cukup mengasihi mentuanya.
Ø  Seorang bapa yang penyayang.


LATAR

Masa  

1.  Waktu malam
Ketika Mira dan ahli keluarganya bermalam di rumah datuk dan neneknya.

2.  Waktu siang
Hari ketika Ibu Mira bersama-sama anak-anaknya bersiap untuk pulang ke kampung. Selain itu , semasa Mira dibawa oleh neneknya ke kedai Pak Uda Usop.

3.  Waktu senja
Ketika Mira dan keluarganya sampai ke kampung. Manakala datuk dan neneknya sedang bersiap untuk ke masjid.

Tempat 

1.  Di rumah ibu dan bapa Mira di Johor Bharu
     Semasa mereka bersiap-siap untuk pulang ke kampung.           

2.  Di rumah datuk dan nenek Mira.
Peristiwa yang dapat dilihat semasa ahli keluarga  Mira telah tidur berderetan di ruang tamu rumah datuk dan neneknya.

3.  Di Kedai Pak Uda Usop.
Mira telah dibawa ke sana oleh neneknya dan dia melihat anak-anak gadis seusianya yang sopan berpakaian.


Masyarakat

1.  Masyarakat bandar 
Masyarakat yang sedar tentang keruntuhan nilai moral. Ayah dan ibu Mira menyedari tentang gejala sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat di bandar.

2.  Masyarakat kampung
Masyarakat yang masih kuat berpegang teguh dengan prinsip agama. Hal ini dapat dilihat semasa Mira ke Kedai Pak Uda Usop, ramai anak gadis yang sebaya dengan Mira berpakaian sopan dengan memakai baju kurung serta memakai tudung.



GAYA BAHASA


1.    Sinkope    
Contoh:   bu (ibu), tak (tidak), nek (nenek), nak (hendak)

2.    Metafora  
Contoh:   Sembilu rindu (m/s64)

3.    Diksi
Contoh:   Bahasa arab  -  Assalamualaikum, Walaikummusalam (m.s 63)
4.    Peribahasa
Contoh:   Tidur-tidur ayam (m.s  62), makan angin (m.s :61)


NILAI

1.    Nilai kasih sayang
Contoh:  Ibu dan ayah Mira sangat sayang akan anak-anaknya.

2.    Nilai pengorbanan
Contoh:  Setelah membaca warkah daripada ibunya, Mira baru faham, betapa besar pengorbanan dan harapan ibu dan ayah terhadapnya.

3.    Nilai kepatuhan
Contoh:  Dapat diperhatikan apabila nenek Mira menyuruh Mira memakai tudung apabila keluar daripada rumah. Mira akur dengan arahan neneknya walaupun sebelum ini Mira tidak memakai tudung.


PENGAJARAN


1.    Kita hendaklah berkorban apa sahaja demi orang yang disayangi
2.    Kita hendaklah tabah dan redha menghadapi dugaan
3.    Kita hendaklah menghargai jasa  dan pengorbanan ibu bapa

LATIHAN


1.      Apakah gaya bahasa yang digunakan dalam cerpen warkah daripada ibu? Berikan dua contoh bagi setiap gaya bahasa tersebut.

2.      Berikan dua nilai yang boleh diambil daripada cerpen ini.

Jawapan:

1.    Gaya bahasa yang digunakan dalam cerpen Warkah daripada ibu ialah sinkope.
      Contoh: tak (tidak), nak (hendak).

2.          Nilai kasih sayang. Nilai ini dapat dilihat melalui perwatakan ibu yang sangat menyayangi anak-anak dan ingin melihat anak-anaknya berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. Selain itu, nilai kepatuhan iaitu Mira patuh dengan kehendak ibu bapanya yang mahu menghantarnya dan adik-adiknya ke kampung.