Jadual berikut menunjukkan harga minyak
Malaysia sejak 1990 yang merujuk kepada harga runcit di stesyen minyak bagi RON
97.
Harga Petrol di Malaysia Terbaru
RON95
: RM1.90
RON97 : RM2.90
Diesel : RM1.80
RON97 : RM2.90
Diesel : RM1.80
Sejarah Harga Minyak Petrol dan Diesel Di Malaysia
Tarikh
|
RON95
(RM/per liter) |
RON97
(RM/per liter) |
Diesel
(RM/per liter) |
1
September 2009
|
1.75/1.80
|
2.05
|
1.70
|
16
Julai 2010
|
1.85
|
2.10
|
1.75
|
2
November 2010
|
nil
|
2.15
|
nil
|
1-4
Disember 2010
|
1.90
|
2.30
|
1.80
|
5
Januari 2011
|
nil
|
2.40
|
nil
|
1
Februari 2011
|
nil
|
2.50
|
nil
|
1
April 2011
|
nil
|
2.70
|
nil
|
5
Mei 2011
|
nil
|
2.90
|
nil
|
16
Jun 2011
|
nil
|
2.80
|
nil
|
4
April 2012
|
nil
|
2.90
|
nil
|
Sejak pertengahan tahun 2004, harga minyak
mentah telah meningkat mendadak di pasaran dunia. Sebenarnya harga minyak
mentah jenis West Texas Intermediate (iaitu harga rujukan di Amerika Syarikat
dan dunia) telah meningkat daripada AS$19 setong pada 1993 kepada AS$31 pada
2003, kira-kira AS$51 pada Oktober 2004 dan mencecah AS$67 akhir-akhir ini.
Antara punca utama kenaikan harga minyak adalah seperti berikut:
Antara punca utama kenaikan harga minyak adalah seperti berikut:
• Permintaan (82.5 juta tong sehari pada tahun 2004) hampir sama dengan bekalan (83.0 juta tong sehari) yang menyebabkan pasaran menjadi lebih tertekan.
• Permintaan minyak dunia semakin meningkat selaras dengan pertumbuhan ekonomi, khususnya dengan pertambahan penggunaan oleh China, India dan Amerika Syarikat.
• Keadaan yang tidak stabil di beberapa negara OPEC.
• Cuaca buruk yang dialami beberapa negara pengeluar minyak seperti Hurricane Emily di Mexico yang menjejaskan pengeluaran minyak di negara itu
• Kegiatan spekulasi harga minyak.
Dua perkara yang menjadi keresahan dan
kebimbangan keseluruhan rakyat Malaysia. Pertamanya adalah kenaikan harga
barangan keperluan asas. Tindakan peniaga untuk menaikkan harga barangan dan
perkhidmatan mereka akan berlaku. Apa yang kita harapkan agar mereka tidak
menaikkan harga tersebut sehingga membebankan pengguna. Penulis begitu optimis,
bahawa langkah menaikkan harga keperluan tersebut dapat diimbangi oleh kuasa
beli rakyat. Namun penulis juga percaya akan wujud golongan opurtinis yang akan
meletakkan beban kenaikan yang ditanggung mereka kepada pengguna. Perkara ini
harus dipantau oleh kerajaan dan kerjasama rakyat untuk membendung gejala ini
amat-amat diharapkan.
Keduanya adalah kenaikan kadar inflasi.
Menurut Ybhg Dato’ Dr Zeti, Gabenor Bank Negara, kadar inflasi akan meningkat
pada kadar 4.2% daripada unjuran awal 2 – 3 % lewat tahun ini dan meningkat
lagi kepada 5.2.% awal tahun hadapan. Ia merupakan kesan jangka pendek. Beliau
menegaskan bahawa keadaan akan dapat dikawal melalui langkah dan pemantauan
yang dibuat, kadar inflasi dijangka akan menurun kepada 3% lewat tahun depan.
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah bersama-sama mengharungi saat-saat getir ini dengan bijaksana. Keyakinan terhadap usaha-usaha kerajaan dalam menangani dan mengurang kesan kenaikan ini perlu sentiasa ada dalam diri kita. Kita perlu melaksanakan tanggung jawab kita walaupun dengan hanya berjimat dalam perbelanjaan harian.
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah bersama-sama mengharungi saat-saat getir ini dengan bijaksana. Keyakinan terhadap usaha-usaha kerajaan dalam menangani dan mengurang kesan kenaikan ini perlu sentiasa ada dalam diri kita. Kita perlu melaksanakan tanggung jawab kita walaupun dengan hanya berjimat dalam perbelanjaan harian.
Kesan daripada kenaikan harga minyak bukan
sahaja melibatkan kerajaan malah melibatkan semua pihak sama ada pihak industri
pembuatan, peniaga-peniaga dan juga rakyat. Kenaikan harga minyak telah
membebankan semua pihak, apabila harga minyak meningkat kos bahan api juga telah
meningkat dan menyebabkan semua kos pengeluaran serta barang runcit juga
meningkat. Pengilang akan menaikan harga barang kerana kenaikan bahan api telah
mempengaruhi kenaikan kos pengeluaran. Kesan daripada ini telah membebankan
peniaga-peniaga yang terpaksa menaikan harga barangan kerana pengilang telah
menaikan harga barangan sejajar dengan kos pengeluaran.
Peniaga-peniaga terpaksa menerima keadaan ini
walaupun mereka tahu ini akan menjejaskan perniagaan mereka. Rakyat akan
mempersoalkan kenaikan harga barang dan ini akan menyebabkan peniaga-peniaga
dipersalahkan dalam perkara ini. Contohnya, barangan runcit seperti beras,
gula, tepung dan barangan basah seprti ayam ikan dan sebagainya adalah
keperluan asas dalam kehidupan rakyat. Setiap kali barang-barang ini dinaikan
rakyat akan mempersoalkan kenaikan harga tersebut. Peniaga-peniaga ini akan
dipersalahkan kerana menaikan harga walhal mereka terpaksa menaikan harga
barang-barang ini kerana mereka memborong barang-barang ini dengan harga yang
tinggi dari peruncit. Walaupun merka menaikan harga barangan ini tetapi mereka
tidak menerima keuntungan yang lumayan seperti anggapan orang awam. Mereka
tidak harus dipersalahkan, rakyat perlu faham dengan keadaan ekonomi dan
fenomena kenaikan harga minyak. Ada antara peniaga-peniaga terpaksa gulung
tikar kerana menghadapi pelbagai kesulitan. Ada diantara mereka pula terpaksa
berhutang kerana hal ini.
Pihak kerajaan pula telah mengawal harga
barangan seperti harga beras, gula, ayam dan sebagainya bagi menggurangkan
beban rakyat. Persoalannya disini adakah mengawal harga barangan ini dapat
mengurangkan beban peniaga-peniaga?. Menurut sebahagian peniaga-peniaga,
kawalan harga bagi barangan kawalan tidak mendatangkan kesan yang baik kepada
peniaga tetapi hanya kepada rakyat. Kawalan harga ini dikatakan berat sebelah
kerana kerajaan hanya hanya memikirkan kepentingan rakyat dan bukan
peniaga-peniaga. Kerajaan perlu mengawal harga dari akar umbi lagi iaitu dari
pengeluar bukan dari peniaga kerana peniaga adalah orang tengah antara rakyat
dan pengeluar atau peruncit.
Pada pendapat saya, rakyat Malaysia juga
perlu menggorak langkah seperti negara barat. Membeli belah melalui internet
bukan sahaja mejimatkan kos malah masa dan menggurangkan penggunaan bahan api
untuk mengisi petrol pada kenderaan. Selain itu, mereka juga tidak perlu
bersesak-sesak untuk pergi ke pusat membeli belah hanya dengan melayari internet
sahaja kita mampu untuk membeli barangan tanpa membuang masa dan
bersesak-sesak. Malah kita boleh berbelanja di mana-mana yang kita selesa sama
ada di rumah atau ketika berada di tempat kerja jika terdapat talian internet.
dapatan:http://sosiokami.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment