Pemanasan global merupakan satu
fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau yang mana
kumpulan gas ini menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar
ke angkasa. Sifat kumpulan gas ini ialah membenarkan bahangan matahari
menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula bahangan bumi ke atmosfera.
Contoh gas rumah hijau ialah karbon dioksida, karbon monoksida,
kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida dan lain-lain. Kebiasaannya,
fenomena pemanasan global dapat dirasai dengan lebih jelas di kawasan kutub
utara dan selatan, kawasan pembangunan perindustrian, kawasan perbandaran dan
banyak lagi tempat dunia.
PUNCA-PUNCA
BERLAKUNYA PEMANASAN GLOBAL
1. PERINDUSTRIAN
Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil seperti gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida. Semakin banyak gas karbon dioksida dihasilkan, semakin banyak haba yang dan terperangkap oleh lapisan gas lalu meningkatkan suhu udara secara global.
2.
PENGANGKUTAN
3.
PEMBAKARAN HUTAN
PERTANIAN DAN PENTERNAKAN
Aktiviti pertanian yang menggunakan racun-racun serangga dan baja kimia secara berlebihan. Penggunaan racun-racun serangga dan baja kimia yang secara berlebihan ini telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas metana. Kegiatan perternakan juga menyebabkan berlakunya pemanasan global. Hasil buangan najis haiwan ternakan seperti kambing dan lembu telah menghasilkan dan membebaskan banyak gas metana ke angkasa.
LETUSAN GUNUNG BERAPI
Selain punca pemanasan global yang disebabkan oleh aktiviti manusia terdapat juga disebabkan oleh faktor semulajadi iaitu letusan gunung berapi. Letupan gunung berapi yang banyak mengeluarkan asap dan debu yang mengandungi banyak gas rumah hijau contohnya karbon dioksida, gas karbon monoksida, gas sulfur dioksida dan sebagainya telah menyumbang kepada berlakunya pemanasan global. Contoh gunung berapi yang pernah meletus ialah Gunung Tambore di Sumbawa dan Gunung Krakatoa di Selat Sunda.
KESAN-KESAN
AKIBAT PEMANASAN GLOBAL
Peningkatan
suhu secara global sudah tentu akan mencairkan litupan salji dan glasier di
kawasan-kawasan pergunungan dan kedua-dua kutub. Kenaikan air laut akibat
pencairan ais berupaya memberi dampak yang dahsyat seperti kejadian banjir
besar terhadap negara-negara kepulauan contohnya Fiji dan Maldives serta
negara-negara pada ketinggian yang rendah contohnya Belanda dan Bangladesh.
Akibat pencairan ais yang menyebabkan kejadian banjir besar ini akan
mengakibatkan kemusnahan bukan sahaja nyawa manusia dan harta benda akan musnah
tetapi bekalan makanan
seperti tanah-tanah pertanian yang subur akan turut termusnah.
Suhu
bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus dan tidak
sesuai bagi aktiviti pertanian. Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup
dengan subur seterusnya mengurangkan hasil pertanian. Walaupun hanya berlaku
perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan sinaran matahari,ia boleh
menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus mengancam bekalan makanan
dunia.
Kekeringan
sumber air permukaan bumi/ kemarau menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai
wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Kadar hujan
berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas. Dalam keadaan
udara kering memudahkan terbentuknya jerebu/ partikulat-partikulat terampai.
Pemanasan global mengakibatkan peningkatan suhu di Lautan Pasifik. Hal ini
mengubah pola tiupan angin lazim dari darat ke laut akibat perbezaan tekanan
yang hebat. Kesannya angin kencang bertiup ke barat Pasifik menyebabkan cuaca
panas dan angin lembab pula bertiup ke timur Pasifik menyebabkan kejadian
ribut, banjir dan taufan.
No comments:
Post a Comment