BAB
1: KISAH SEORANG KAWAN
Iman Zulaikha, gadis berusia
13 tahun, bersahabat baik dengan Pei Wen. Mereka tinggal berdekatan dan belajar
bersama-sama. Ibu bapa Iman telah bercerai ketika Iman berusia 12 tahun. Iman
tinggal bersama dengan datuk dan neneknya, setelah ibunya melanjutkan pelajaran
ijazah kedoktoran di New Zealand selama dua tahun.
Linda dan Iman bermusuh ketat di sekolah. Linda tidak mahu
menganggotai kumpulan kerjakursus Sejarah Iman. Akhirnya, Iman bertindak
menyertai kumpulan Zulkarnain danMohana. Iman turut bersimpati akan nasib Pei
Wen. Saban hari, Pei Wen perlu berhadapandengan ibu tirinya yang garang.
Ketika merenung gambar keluarga, Iman terkenang akan perpisahan
ibu dan bapanya. Walaupun mereka sudah berpisah, ibu dan bapanya masih
bersahabat dan berharap agar Iman belajar berdikari dan menerima kenyataan. Selepas
waktu zuhur, Pei Wen mengunjungi rumah Iman. Pei Wen meluahkan
perasaannyatentang ibu tirinya (mak cik, gelar Pei Wen) dan kehadiran lelaki
asing kepada Iman. Sikapibu tirinya (mak cik) berubah sejak dia keguguran
apatah lagi bapa Pei Wen senantiasa sibuk di gerai ikan. Ibu tirinya pula sibuk
menyiapkan tempahan kain baju pelanggan. Datuk dannenek Iman telah menasihati
Pei Wen.Sebelum tidur, Iman akan membaca dan membalas e-mel ibunya di New
Zealand.
Melalui e-mel, ibu memberitahu Iman tentang kesibukan kuliah
dan tugasannya. Turut disebut, Albert pemuda Inggeris yang berkaca mata,
kenalan baharu ibu. Menurut Iman, ayahnya baru balik dari Manila. Iman bertekad
untuk menyatukan ibu dan ayahnya semula. Dia mempunyairancangan pada 15
haribulan kerana hari tersebut ialah hari jadi ibunya.
BAB
2: PEMILIHAN
Cikgu Julia memperkenalkan
Adif Danial kepada murid-murid Tingkatan Satu Dinamik. Adif Danial bertukar
dari SMK Damansara. Linda pula mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan
Adif.Cikgu Julia turut mengumumkan pertandingan pidato peringkat daerah.
Seorang pemidato dariTingkatan Satu Dinamik akan dipilih. Ai Ling mencadangkan
nama Iman Zulaikha. Cadangan Ai Ling disokong oleh Pei Wen. Malangnya, Linda tidak bersetuju. Sebenarnya, Linda ingin bertanding dengan Iman. Cikgu Julia
akan berbincang dengan Cikgu Osman, guru Perbamatentang tarikh pertandingan
bersertakan tajuknya. Berkat dorongan dan sokongan rakan-rakan,akhirnya Iman
bersetuju untuk berentap dengan Linda.Selepas menjamu selera di kantin, Iman
dan Pei Wen berbual-bual tentang ibu tiri Pei Wen.Menurut Pei Wen, ibu tirinya
meminta maaf dan berpesan agar hal yang berlaku tidak sampaike pengetahuan
bapanya.
Zulkarnain dan Adif Danial menghampiri mereka.
Zulkarnainmeluahkan perasaan bengangnya terhadap sikap Linda. Iman terpaksa
menenangkanZulkarnain.Cikgu Julia telah menyerahkan tiga buah tajuk pidato
untuk dipilih oleh Iman. Sejak hari itu,Iman membuat rujukan di perpustakaan
bersama-sama Pei Wen, Adif Danial dan Zulkarnain. Iman turut mendapat bimbingan
Cikgu Julia, guru bahasa Malaysia di sekolah itu.
Pertandinganpidato antara Iman dan Julia akan bermula 9 pagi,
hari Sabtu minggu berikutnya. Hubungan Iman dengan Linda semakin renggang. Jika
bertembung, Linda pasti akan mengelak atau memalingkan wajah.Pagi itu, sebaik
sahaja tiba di sekolah, Iman bersemuka dengan Linda. Maka berlakulah pertikaman lidah. Linda menuduh
Iman bertindak mempengaruhi kawan-kawannya,termasuklah Adif Danial. Mujur muncul
Zulkarnain, Adif Danial dan Pei Wen.
Iman segera meninggalkan kelas. Pei Wen mengekorinya ke tandas. Iman menangis
di dalam tandas. Dia ingin menarik diri daripada pertandingan. Pei Wen tidak
berpuas hati sambil bertindak memberikan dorongan kepada Iman. Menurut Pei Wen,
maruah sekolah di bahu Iman.Akhirnya, semangat baharu menular ke dalam diri
Iman.
BAB
3: IBU DAN AYAH
Sabtu. Iman tidak ke sekolah.
Iman memperoleh kata-kata semangat daripada ibu melalui e-mel. Pertama, ibu
mahu Iman menjadi johan dan mewakili sekolah ke pertandingan daerah. Kedua, ibu
menasihati Iman agar bersabar terhadap kerenah Linda. Menurut ibu, dugaan
akanmencabar kehidupan. Yang penting niat ikhlas.
9 pagi. Iman menerima panggilan telefon daripada ayahnya. Ayah
bertanyakan khabar. Jika mengizinkan, ayah akan berjumpa dengan Iman. Sejak
meletakkan jawatan pensyarah, Yusri(ayah Iman) sibuk akan dunia perniagaan
perhotelan. Namun, Yusri tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap
Iman Zulaikha.Iman sempat mengingatkan hari jadi ibu pada 15 haribulan. Iman
mendesak agar ayahnya mengirimkan kad ucapan sempena ulang tahun kelahiran ibu
yang ke-38 tahun. Iman mohon izin untuk mengirimkan kad bagi pihak ayahnya.
Ayah turut menyampaikan salam kepada datuk dan nenek Iman.Iman dikejutkan oleh
kehadiran Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial. Mereka bersalaman dengan nenek
Iman. Pei Wei sempat menghulurkan bungkusan berisi beberapa ekor ikan sungai kepada
nenek. Iman muncul dan memohon kebenaran nenek untuk berlatih pidato di sekolah
pada pukul 10.15 pagi.
Sekolah sibuk dengan akitiviti kokurikulum. Adif Danial
bertanyakan skrip pidato. Iman menjelaskan bahawa skrip pidato sudah ditunjukkan
dan mendapat persetujuan Cikgu Julia. Mereka ke kelas Tingkatan Satu
Dinamik.Rupa-rupanya, kumpulan Linda sedang berlatih di dalamnya. Linda
menyindir Iman lagi. Linda kurang senang melihat Iman bergaul rapat dengan Adif
Danial. Maka, berlakulah usik-mengusik dan sindir-menyindir. Linda amat yakin
bahawa Iman akan kalah dalam pertandingan pidato itu nanti. Kata-kata Linda
diterima baik oleh Iman. Pertemuan Linda dengan Iman menghairankan teman-teman
Iman.Setiba di rumah, Iman terkejut.
Hadir sebuah Proton Perdana di hadapan rumah. Iman keriangan
menyambut kedatangan ayahnya. Mereka berbual panjang termasuklah
halpertandingan pidato. Malangnya, ayahnya perlu berangkat ke Langkawi pada
petang Jumaat sedangkan pertandingan Iman pada 9 pagi, hari Sabtu. Petang itu,
Iman, ayah, datuk dan nenek bersiar-siar di pantai Port Dickson. Selepas
berdarmawisata, mereka makan ikan bakar di sebuah restoran. Sempat jugaIman
bercerita tentang pelajaran dan aktivitinya di sekolah. Datuk dan nenek Iman
dikejutkanoleh pertanyaan dan hasrat Yusri untuk membawa Iman tinggal bersama
dengannya di bandar. Menurut Iman, dia perlu mendapat keizinan ibu dan mahu
ibunya tinggal bersama-sama.Kemudian, Yusri berbincang dengan nenek dan datuk
Iman.Sejak pulang dari Port Dickson, Iman sedar akan perubahan diri nenek.
Rupa-rupanya nenek berasa cemburu akan Yusri, ayah Iman. Nenek bimbang
kalau-kalau Yusri membawa Iman tinggal di bandar bersama dengannya. Perbualan
Iman dengan datuk disedari oleh nenek. Menurut nenek, jika Iman tinggal bersama
dengan ayahnya, maka akan sunyilah mereka berdua di kampung. Menurut Iman, dia
hanya akan tinggal bersama dengan ayah sekiranya ibunya turut bersama semula.
BAB
4: PERTANDINGAN
Sejak awal pagi lagi, Iman dan
Pei Wen tiba di sekolah. Banyak murid hadir untuk memberikan sokongan. Linda
sedang berbincang dengan rakan-rakan. Penasihat Linda, Cikgu Azwaliza turut
kelihatan. Iman duduk di sebelah Pei Wen dan Zulkarnain. Adif Danial tidak
kelihatan. Kononnya, Adif Danial suka akan Iman. Keresahan Iman dapat ditangani
dengan kehadiran Adif Danial.Selepas ucapan Guru Penasihat Bahasa Malaysia,
tampil Cikgu Julia membaca syarat pertandingan.
Peserta pertama, Norazlinda Borhan. Kemudian, tiba giliran
Linda. Linda dapat menyampaikan pidatonya dengan lancar, bernas dan
bersemangat. Bagi Iman, Linda berbakat.Sepuluh minit kemudian, giliran Iman
pula. Iman terpandang akan ayahnya. Ayahnya muncul untuk memberikan dorongan
semangat. Akhirnya, Iman muncul juara pidato dan mewakili sekolah di peringkat
daerah. Kejayaan Iman disambut oleh rakan-rakan dan ayahnya. Iman
memperkenalkan ayahnya kepada rakan-rakan. Anehnya, salam tangan tidak disambut
oleh Arial Danial. Arial Danial kelihatan serius dan mendiamkan diri. Dia
memalingkan wajahnya dan meminta diri dengan tiba-tiba. Iman kehairanan. Cikgu Julia mengucapkan tahniah kepada
Iman sambil mengingatkan bahawa pertandingan pada bulan yang berikutnya lebih
bermakna. Iman perlu berusaha dengan sungguh-sungguh. Linda kelihatan sedih dan
cuba mengelakkan diri daripada Iman. Iman mendekati Linda dan cuba memujuk
Linda. Iman ingin tahu akan sebab Linda begitu marah akan dirinya. Menurut
Linda, mereka boleh bersahabat dengan syarat Iman menarik diri sebagai wakil
sekolah dalam pertandingan pidato daerah.
Tempoh tiga hari diberikan kepada Iman. Sebaik pulang dari rumah,
Iman mengurungkan diri di dalam bilik. Iman kekeliruan tentang Adif, permintaan
Linda dan tajuk perbualan dengan ayahnya pada malam hari. Iman menghadap
komputernya. E-mel ibu dibaca olehnya. Dibalasnya e-mel ibu sambil bertanyakan
sama ada ibu merindui ayah. Ceria kembali Iman.
Malam. Restoran di tepi sebuah
tasik. Iman makan malam bersama ayahnya. Cuba dikisahkan oleh Iman kenangan
sambutan Hari Raya Adilfitri dua tahun yang lalu. Mereka sekeluarga sedondon
memakai pakaian berwarna ungu. Indah ketika itu. Ayah memberitahu Iman bahawa kenangan
itu sudah berlalu. Yang penting, mereka perlu membina hidup baharu. Iman bertanyakan
hasrat ayah untuk membina keluarga yang runtuh semula. Iman meluahkan kasih sayang
kepada ibu dan ayahnya. Yusri tahu benar akan hasrat dan niat hati anak
gadisnya setiapkali mereka berjumpa. Iman mendengar penjelasan daripada ayahnya
tentang takdir perpisahan dan mengumumkan pengganti ibunya. Hati Iman bergetar.
Dirinya terkejut dan terpaku seketika. Wanita yang kematian suami itu bernama
Sofia, kenalan lama ayah Iman. Iman mengalihkan pandangannya ke tengah tasik
seolah-olah dia kini keseorangan. Kata ayah, Arial Danial ialah anak tunggal
Sofia. Alangkah kecil dunia ini. Iman dilanda kekecewaan. Hasrat untuk
menyatukan ibu dan ayahnya tidak kesampaian. Dia bakal menerima seorang ibu
tiri seperti Pei Wen.
Selepas menghantar Iman ke
rumah mentuanya, Yusri bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Nenek dan datuk
menunggu cucu kesayangan mereka di muka pintu. Iman memandang tepat ke wajah nenek.
Air mata menanti masa untuk gugur. Iman memeluk neneknya erat-erat.
BAB
5: KAWANKU, ADIF
Isnin. 7.30 pagi. Adif masih
belum tiba di sekolah lagi. Murid-murid lain sudah mengisi tempat duduk
masing-masing. Zulkarnain menegur Iman. Cikgu David, guru Matematik di sisinya.
Iman ditegur oleh Cikgu David kerana mengelamun di dalam kelas. Iman didenda
berdiri di luar kelas. Zulkarnain kegelisahan. Kolam mata Iman digenangi air.
Tiada sesiapa yang mengerti perasaan yang bersarang di jiwanya.Rehat. Iman
tidak pergi ke kantin. Iman ditegur oleh Zulkarnain. Alasan malas diberikan
oleh Iman lebih-lebih lagi ketidakhadiran Adif dan Pei Wen. Zulkarnain ingin
mendengar masalah yang dihadapi oleh Iman. Iman pun menceritakan hal
perkahwinan ayahnya dengan Sofia, ibu kepada Adif Danial. Mereka bercadang ke
rumah Adif pada petang itu.
Tengah hari. Datuk dan nenek Iman sedang membaca surat Razlan,
anak bongsu datuk. Pak Su Razlan baru sahaja menamatkan pengajian universitinya
di New Zealand. Datuk dan nenek gembira, Pak Su Razlan akan pulang tidak lama
lagi. Muncul Iman memberikan salam. Nenek berasa kesal kerana merahsiakan hal
ayah Iman. Nenek memberitahu Iman bahawa ayahnya menelefon dan memohon maaf
daripada Iman. Iman serba salah. Nenek
memahami kedudukan Iman. Datuk menasihati Iman agar menerima keputusan ayahnya.
Sempat Iman meminta izin nenek untuk ke rumah Adif. Adif Danial anak Sofia.
Iman dan Zulkarnain tercegat di hadapan sebuah banglo. Selepas
salam dibalas, muncul seorang lelaki
sebaya usia datuk Iman. Zulkarnain bersalaman dengan lelaki itu sambil mendapat
kepastian sama ada rumah itu rumah Adif Danial. Rupa-rupanya lelaki tua itu
datuk Adif Danial. Mereka dijemput masuk. Muncul Adif Danial dari tingkat atas.
Zulkarnain bertanyakan khabar Adif. Giliran Iman pula berbual dengan Adif. Iman
ingin tahu sama ada Adif masih memarahinya. Adif menyuruh mereka balik. Dia
masih belum bersedia untuk membicarakan hal antara Iman dengan dirinya. Adif
tidak memberikan peluang kepada Iman untuk memberikan penjelasan. Yang jelas,
Adif masih tidak boleh menerima bahawa ayah Iman akan berkahwin dengan ibunya.
Adif terus beredar ke tingkat atas tanpa mempedulikan Iman dan Zulkarnain.
Sikap Adif ditegur oleh datuknya. Menurut datuk Adif, sikap
cucunya berubah sejak dua tiga hari. Dulu Adif tinggal bersama dengan ibunya,
Sofia (menantu datuk Adif) di Kuala Lumpur. Tidak semena-mena, dia ingin balik
dan bersekolah di kampung. Menantunya memberitahukan hal perselisihan Adif dengan
Sofia. Adif marah benar apabila Sofia ingin berkahwin lagi.Sejak ditengking
oleh Adif Danial, Iman tidak berani berbual dengan Adif lagi. Tiada sapaan dan senyuman
lagi. Iman menceritakan peristiwa itu kepada Pei Wen sekembalinya dia daripada cuti
dua hari. Petang itu, Iman dan Pei Wen pergi ke sebuah kedai buku berdekatan
dengan sekolah. Selepas Iman membeli tiga buah buku Matematik dan Bahasa Inggeris,
Pei Wen mengajak Iman makan ais kacang di sebuah restoran yang berdekatan.
Setelah memesan dua mangkuk ais kacang, Pei Wen memberitahu Iman bahawa ibu
tirinya (mak cik) sudah banyak berubah dan bersalah selepas bertengkar dengan
ayahnya. Lelaki misteri yang sering datang berjumpa dengan ibu tirinya ialah
bekas suaminya. Bekas suaminya kerap datang untuk meminta wang daripada ibu
tirinya. Akhirnya, lelaki itu telah diberkas oleh polis kerana terbabit dalam
penyalahgunaan dadah. Pei Wen memuji semangat Iman ketika mengharungi masalah.
Tiba-tiba mereka ternampak akan Linda dan Adif di kedai buku
yang berhampiran dengan restoran tersebut. Barangkali, timbul pula perasaan cemburu
di hati Iman. Iman berjanji akan ke rumah Pei Wen petang nanti.
BAB
6: KENAPAKAH, IBU?
Iman berasa bimbang kerana
sudah beberapa hari e-mel ibu tidak kesampaian. E-mel Iman pula tidak berbalas.
Biarlah ayahnya sendiri memberitahukan hal Mak Cik Sofia kepada ibu. Pertandingan
pidato daerah akan bermula selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun. Iman pandai
membahagikan masa, yakni antara pelajaran dan pertandingan. Iman tidak
mempedulikan permintaan Linda. Ketika bertembung dengan Linda, Iman menjelaskan
pendiriannya bahawa dia tetap akan bertanding. Keputusan itu menaikkan
kemarahan Linda. Linda menolak Iman. Kaki Iman terpelecok, tersungkur di anak
tangga yang terakhir dan terguling-guling sebelum jatuh terduduk. Linda segera
beredar dari situ. Perbuatan itu terlihat oleh Mohana dan Adif Danial. Mujur Mohana memapah Iman ke biik guru. Nenek
Iman terkejut benar tanpa mengetahui perkara yang sebenar. Iman telah berpakat
dengan Pei Wen untuk merahsiakan hal tersebut. Pei Wen cukup marah akan
perbuatan Linda dan berasa bimbang akan tindakan Linda seterusnya. Iman
bermohon agar hal itu juga tidak diberitahukan kepada Zulkarnain dan Adif
Danial.
Petang itu, rumah datuk dan nenek dikunjungi Pak Su Razlan,
lulusan jurusan Pentadbiran Perniagaan dari universiti di New Zealand. Ibu Iman juga belajar di
universiti yang sama. Menurut Pak Su Razlan, dia sempat berjumpa dengan ibu
Iman sebanyak tiga kali dan bersembang beberapa minit sahaja dek kesibukan.
Iman meluahkan keresahan kerana e-melnya tidak berbalas. Pak Su Razlan
tersenyum sinis lalu memberitahu Iman bahawa ibunya berhubungan mesra dengan
seorang lelaki Inggeris. Iman terdiam. Wajahnya berubah. Perubahan ini
menimbulkan ketidaksenangan Pak Su Razlan. Pak Su Razlan ditegur oleh nenek sebelum dicelah oleh datuk.Iman
bertekad untuk mengetepikan semua masalah yang berlaku. Yang penting, dia perlu
menghadapi peperiksaan seminggu lagi dan pertandingan pidato minggu yang
berikutnya.
Keesokan hari, tengah hari, selepas mata pelajaran Matematik,
Iman ingin berjumpa denganCikgu Julia biarpun diajak oleh Pei Wen untuk pulang
bersama. Selepas berkemas, Iman terserempak dengan Adif Danial dan Linda.
Senyuman Iman tidak berbalas juga. Kemudian, Iman ke bilik guru. Akhirnya, Iman
dapat berjumpa dengan Cikgu Julia. Iman meminta pandangan Cikgu Julia tentang
ibunya. Iman menceritakan hal ibu dan bapanya satu persatu.Yang jelas, hasrat
Iman untuk menyatukan ayah dan ibunya semula musnah kini. Menurut Cikgu Julia,
senario kehidupan ayah dan ibunya sudah ditentukan oleh takdir waima ayahnya
akan berkahwin dengan ibu Adif Danial, Mak Cik Sofia dan kesahihan hubungan
ibunya dengan lelaki Inggeris yang barangkali merupakan teman sekolej. Yang
penting, menurut Cikgu Julia, Iman perlu bersabar, berterus terang dan
berkorban. Fikiran Iman tenang dan positif kembali selepas berbual-bual dengan
Cikgu Julia.
Album gambar dibelek satu persatu. Gambar keluarga Iman tetap
akan menjadi kenangan sampai bila-bila. Tiba-tiba, Iman dikejutkan oleh panggilan
nenek. Kata nenek kawan lelaki Iman sedang mencarinya. Zulkarnain dan Adif
Danial! Adif Danial ingin memohon maaf daripada Iman. Sebenarnya, Adif Danial merindui saat-saat bersama dengan
Pei Wen, Zulkarnain dan Iman. Iman dan Adif Danial sama-sama mengaku kesalahan
tentang kisah ibu dan ayah masing-masing. Malah, Adif Danial cukup kagum akan ketabahan
Iman menghadapi masalah tersebut lebih-lebih lagi Pei Wen dan Zulkarnain
telahmenceritakan segala-galanya, termasuk tindakan kasar Linda terhadap Iman. Ibu
Adif Danial memahami kehendaknya anak lelakinya. Ibunya sanggup membatalkan perkahwinan
sekiranya hasrat tersebut diingini Adif. Yang jelas, ibu Adif tidak akan berkahwin
dengan ayah Iman. Hati Iman bertambah lega sekarang. Fikirannya bertambah
lapang. Pagi itu datuk dan nenek Iman menjamu Adif Danial dan Zulkarnain makan
buah rambutan dan cempedak.
BAB
7: USAHA DAN CABARAN
Peperiksaan menjelang tiba.
Iman mengadakan perbincangan berkumpulan bersama-sama PeiWen, Zulkarnain dan
Adif Danial. Iman mahir dalam pelajaran Matematik. Mereka bantu-membantu. Iman
mahu mengungguli pencapaian akademik Tingkatan Satu Dinamik.
20 Mei 2006. Peperiksaan Pertengahan Tahun telah pun berlalu.
Kini, Iman memberikan tumpuan pada pertandingan pidato daerah. Teks disediakan
oleh Iman dan disemak oleh Cikgu Julia.Kemudian, Iman akan berlatih
bersama-sama Pei Wen, Zulkarnain dan Adif Danial selepas sekolah. Di rumah,
Iman berlatih di hadapan datuk dan nenek. Sudah genap sepuluh hari Iman tidak
berutus e-mel dengan ibunya. Barangkali, ibunya telah menemui pengganti ayah.
Sempat Iman berbual-bual dengan nenek. Dapatlah nenek mendengar dan berkongsi
luahan rasa Iman. Nenek tahu benar akan perangai ibu Iman. Kata nenek, mencari
pengganti suami bukan mudah dan menasihati Iman agar tidak berprasangka
terhadap ibu Iman sendiri. Iman tertunduk. Air mata mengalir dari kolam matanya. Iman
berasa terlalu berdosa. Nenek menepuk-nepuk bahu cucunya.Tiba-tiba datuk, nenek
dan Iman dikejutkan dengan panggilan Ruhaida, ibu Iman dari NewZealand.
Rupa-rupanya, ibu Iman terlantar di hospital selama sepuluh hari kerana
kemalangan jalan raya. Iman menangis teresak-esak kerana bersalah menuduh
ibunya. Iman meluahkan perasaannya melalui e-mel.
Esok, pertandingan pidato akan dijalankan. Iman telah membuat
persediaan yang rapi. Para peserta juga diminta menyediakan satu teks salinan
asal berkaitan tajuk yang dipersembahkan.Teks itu disisipkan di dalam diari
yang berwarna ungu. Ungu, warna kegemaran keluarga Iman. Petang itu, Iman dan
Pei Wen ingin bertemu dan berbincang dengan Cikgu Julia. Iman juga mahu
menyerahkan teks itu untuk disimpan oleh Cikgu Julia agar lebih selamat.
Malangnya, diari ungu tidak kelihatan. Diari itu ditinggalkan oleh Iman di
dalam beg sebelum memasuki perpustakaan. Iman ke kelas untuk mencari diarinya.
Pei Wen pula ke perpustakaan untuk tujuan yang sama. Malangnya, diari itu tiada
di dalam kelas. Panik. Hampa. Iman bagaikan mahu menangis. Gagal juga Pei Wen
mencari diari tersebut di perpustakaan. Iman dan Pei Wen terpaksa berjumpa
dengan Cikgu Julia semula. Sebuah teks baharu perludi sediakan oleh Iman.
Sesungguhnya, Iman tidak mengaku kalah. Iman meneruskan latihan. Zulkarnain dan Adif Danial turut
memberikan kata-kata semangat. Dalam e-mel, ibu Iman turut mendoakan kejayaan
Iman. Teks pidato dihafal. Solat hajat ditunaikan. Malam itu, Iman tidur awal.
Esok, datuk dan nenek akan pergi bersama-sama.
8.15 pagi. Ramai murid hadir di majlis itu. Enam buah sekolah
menyertai pertandingan tersebut. Setiap sekolah menghantar enam orang wakil.
Iman peserta kedua terakhir. Pei Wen menjadi peneman dan pendorong utama Iman.
Zulkarnain, Adif Danial dan Ai Ling turut hadir memberikan perangsang. Ayah
Iman turut hadir. Maka bertambah semangatlah Iman. Yang penting, Iman
memberikan tumpuan kepada persembahannya nanti.
BAB
8: PENGORBANAN
Kejayaan Iman muncul johan
pidato daerah menjadi buah mulut murid-murid dan guru-guru. Yang lebih
berbangga, Cikgu Julia. Iman menerima ucapan tahniah daripada datuk, nenek dan rakan-rakan.
Hubungan Iman dan ayahnya kembali bertaut.
Jumaat. Hari terakhir sebelum sekolah mula bercuti selama dua
minggu. Kelas Tingkatan Satu Dinamik riuh-rendah. Cikgu Julia akan mengumumkan
keputusan Peperiksaan PertengahanTahun. Zulkarnain sempat berlawak jenaka
melibatkan Pei Wen. Pei Wen mencebikkan bibir. Rupa-rupanya, Zulkarnain menaruh
hati pada Pei Wen. Keputusan telah diumumkan. Adif Danial, Iman Zulaikha dan
Haris Fadzillah menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga di dalam kelas.
Kedengaran tepukan dan ucapan tahniah. Zulkarnain dan Pei Wen mendapat tempat
keenam dan kelapan. Pada keseluruhannya, Cikgu Julia amat berpuas hati dengan
prestasi murid-muridnya. Cikgu Julia tidak lupa mengingatkan murid-muridnya
agar mengulang kaji pelajaran pada musim cuti. Adif Danial pula akan bertukar
ke Kuala Lumpur. Keadaan ini dijadikan modal untuk Zulkarnain untuk mengusik
Adif Danial dan Iman. Iman tertunduk malu. Dalam kesibukan murid-murid menyemak
keputusan, muncul Cikgu Shaharudin, guru disiplin sekolah itu. Linda dan
ImanZulaikha dipanggil ke depan kelas. Diari ungu dikeluarkan daripada sampul
surat. Iman tersentak. Linda tidak berani bertentang mata dengan Cikgu
Shaharudin. Salah seorang murid dari kelas Tingkatan Satu Anggerik telah
membuat pengakuan bahawa dia telah mengambil diari Iman seperti yang telah
dirancang oleh Linda. Terkejut Iman. Dia beristighfar sambil merenung wajah
Linda. Bahu Linda terhinggut-hinggut. Dia menangis sambil menutup wajahnya
dengan tapak tangan. Akhirnya, Linda mengaku. Iman sedia memaafkan Linda seandaInya
dia sedia berubah. Linda mendakap Iman dengan erat. Cikgu Shaharudin terpana melihat
sikap terpuji yang ditunjukkan oleh Iman, anak murid kesayangan Cikgu Julia. Datuk
dan nenek Iman mengadakan kenduri kesyukuran atas kejayaan Iman dalam pertandingan
pidato peringkat daerah dan Peperiksaan Pertengahan Tahun baru-baru ini. Anak-anak
dan cucu-cucu dijemput hadir. Sebenarnya, datuk dan nenek dikurniai lima orang anak.
Ibu Iman Zulaikha, anak yang kedua. Pei Wen dan keluarganya, Adif Danial dan
ibunya, Zulkarnain, Cikgu Julia serta beberapa rakan sekelasnya turut hadir.
Pada hari itu, Iman memakai baju kurung berwarna ungu. Baju itu pernah dipakai
semasa menyambut Hari Raya Adilfitri bersama-sama dengan ayah dan ibunya dua
tahun yang lalu.Para tetamu lelaki mengambil tempat di ruang tamu rumah datuk.
Tetamu wanita pula berada di ruang dapur. Datuk mengetuai bacaan tahlil dan
zikir dalam majlis tersebut. Selesai berdoa, hidangan pun diangkat ke ruang
tamu. Sempat juga Iman berbual-bual dengan Mak Cik Sofia, ibu Adif Danial.
Malam itu, Iman duduk di anjung rumah
sambil menghirup udara malam. Rumah datuk dan nenek kembali sunyi. Tiba-tiba
muncul ayah Iman mengemukakan cadangan kepada Iman. Ayah Iman ingin bercuti
bersama dengan Iman ke New Zealand. Yang penting, Iman amat memerlukan ayah dan
ibu di sisi Iman. Walaupun malam gelap pekat, Iman dapat melihat ada sinar yang
terang menantinya di hujung sana. Ayah Iman Zulaikha, Yusri ingin membina
ikatan kekeluargaan yang runtuh selama ini semula. Iman mengangguk dan mendakap
ayahnya erat-erat. Doa Iman, biarlah kasih sayang ibu dan ayah kukuh
selama-lamanya. Air mata kesyukuran membasahi pipi Iman Zulaikha. Bersyukur
Iman kepada Tuhan kerana memakbulkan doanya selama ini.
No comments:
Post a Comment