Thursday, August 14, 2014

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013- 2025

Kerajaan telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 pada 6 September 2013. Pelan itu menyaksikan sebanyak 11 anjakan melibatkan transformasi dari segi sistem pendidikan negara. 


Berikut merupakan 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025: 

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
 

Di samping itu, proses transformasi sistem pendidikan turut akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun menerusi tiga gelombang:
 

1. Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas.
2. Gelombang 2 (2016-2020) mempercepatkan penambahbaikan sistem.
3. Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.
 

Pelan ini juga menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan. 

Monday, May 7, 2012

Isu Kenaikan Harga Minyak





Jadual berikut menunjukkan harga minyak Malaysia sejak 1990 yang merujuk kepada harga runcit di stesyen minyak bagi RON 97.

Harga Petrol di Malaysia Terbaru
RON95 : RM1.90
RON97 : RM2.90
Diesel : RM1.80
Sejarah Harga Minyak Petrol dan Diesel Di Malaysia

Tarikh
RON95
(RM/per liter)
RON97
(RM/per liter)
Diesel
(RM/per liter)
1 September 2009
1.75/1.80
2.05
1.70
16 Julai 2010
1.85
2.10
1.75
2 November 2010
nil
2.15
nil
1-4 Disember 2010
1.90
2.30
1.80
5 Januari 2011
nil
2.40
nil
1 Februari 2011
nil
2.50
nil
1 April 2011
nil
2.70
nil
5 Mei 2011
nil
2.90
nil
16 Jun 2011
nil
2.80
nil
4 April 2012
nil
2.90
nil


Sejak pertengahan tahun 2004, harga minyak mentah telah meningkat mendadak di pasaran dunia. Sebenarnya harga minyak mentah jenis West Texas Intermediate (iaitu harga rujukan di Amerika Syarikat dan dunia) telah meningkat daripada AS$19 setong pada 1993 kepada AS$31 pada 2003, kira-kira AS$51 pada Oktober 2004 dan mencecah AS$67 akhir-akhir ini.

Antara punca utama kenaikan harga minyak adalah seperti berikut:

• Permintaan (82.5 juta tong sehari pada tahun 2004) hampir sama dengan bekalan (83.0 juta tong sehari) yang menyebabkan pasaran menjadi lebih tertekan.

• Permintaan minyak dunia semakin meningkat selaras dengan pertumbuhan ekonomi, khususnya dengan pertambahan penggunaan oleh China, India dan Amerika Syarikat.

• Keadaan yang tidak stabil di beberapa negara OPEC.

• Cuaca buruk yang dialami beberapa negara pengeluar minyak seperti Hurricane Emily di Mexico yang menjejaskan pengeluaran minyak di negara itu

• Kegiatan spekulasi harga minyak.

Dua perkara yang menjadi keresahan dan kebimbangan keseluruhan rakyat Malaysia. Pertamanya adalah kenaikan harga barangan keperluan asas. Tindakan peniaga untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan mereka akan berlaku. Apa yang kita harapkan agar mereka tidak menaikkan harga tersebut sehingga membebankan pengguna. Penulis begitu optimis, bahawa langkah menaikkan harga keperluan tersebut dapat diimbangi oleh kuasa beli rakyat. Namun penulis juga percaya akan wujud golongan opurtinis yang akan meletakkan beban kenaikan yang ditanggung mereka kepada pengguna. Perkara ini harus dipantau oleh kerajaan dan kerjasama rakyat untuk membendung gejala ini amat-amat diharapkan.

Keduanya adalah kenaikan kadar inflasi. Menurut Ybhg Dato’ Dr Zeti, Gabenor Bank Negara, kadar inflasi akan meningkat pada kadar 4.2% daripada unjuran awal 2 – 3 % lewat tahun ini dan meningkat lagi kepada 5.2.% awal tahun hadapan. Ia merupakan kesan jangka pendek. Beliau menegaskan bahawa keadaan akan dapat dikawal melalui langkah dan pemantauan yang dibuat, kadar inflasi dijangka akan menurun kepada 3% lewat tahun depan.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah bersama-sama mengharungi saat-saat getir ini dengan bijaksana. Keyakinan terhadap usaha-usaha kerajaan dalam menangani dan mengurang kesan kenaikan ini perlu sentiasa ada dalam diri kita. Kita perlu melaksanakan tanggung jawab kita walaupun dengan hanya berjimat dalam perbelanjaan harian.

Kesan daripada kenaikan harga minyak bukan sahaja melibatkan kerajaan malah melibatkan semua pihak sama ada pihak industri pembuatan, peniaga-peniaga dan juga rakyat. Kenaikan harga minyak telah membebankan semua pihak, apabila harga minyak meningkat kos bahan api juga telah meningkat dan menyebabkan semua kos pengeluaran serta barang runcit juga meningkat. Pengilang akan menaikan harga barang kerana kenaikan bahan api telah mempengaruhi kenaikan kos pengeluaran. Kesan daripada ini telah membebankan peniaga-peniaga yang terpaksa menaikan harga barangan kerana pengilang telah menaikan harga barangan sejajar dengan kos pengeluaran.

Peniaga-peniaga terpaksa menerima keadaan ini walaupun mereka tahu ini akan menjejaskan perniagaan mereka. Rakyat akan mempersoalkan kenaikan harga barang dan ini akan menyebabkan peniaga-peniaga dipersalahkan dalam perkara ini. Contohnya, barangan runcit seperti beras, gula, tepung dan barangan basah seprti ayam ikan dan sebagainya adalah keperluan asas dalam kehidupan rakyat. Setiap kali barang-barang ini dinaikan rakyat akan mempersoalkan kenaikan harga tersebut. Peniaga-peniaga ini akan dipersalahkan kerana menaikan harga walhal mereka terpaksa menaikan harga barang-barang ini kerana mereka memborong barang-barang ini dengan harga yang tinggi dari peruncit. Walaupun merka menaikan harga barangan ini tetapi mereka tidak menerima keuntungan yang lumayan seperti anggapan orang awam. Mereka tidak harus dipersalahkan, rakyat perlu faham dengan keadaan ekonomi dan fenomena kenaikan harga minyak. Ada antara peniaga-peniaga terpaksa gulung tikar kerana menghadapi pelbagai kesulitan. Ada diantara mereka pula terpaksa berhutang kerana hal ini.

Pihak kerajaan pula telah mengawal harga barangan seperti harga beras, gula, ayam dan sebagainya bagi menggurangkan beban rakyat. Persoalannya disini adakah mengawal harga barangan ini dapat mengurangkan beban peniaga-peniaga?. Menurut sebahagian peniaga-peniaga, kawalan harga bagi barangan kawalan tidak mendatangkan kesan yang baik kepada peniaga tetapi hanya kepada rakyat. Kawalan harga ini dikatakan berat sebelah kerana kerajaan hanya hanya memikirkan kepentingan rakyat dan bukan peniaga-peniaga. Kerajaan perlu mengawal harga dari akar umbi lagi iaitu dari pengeluar bukan dari peniaga kerana peniaga adalah orang tengah antara rakyat dan pengeluar atau peruncit.

Pada pendapat saya, rakyat Malaysia juga perlu menggorak langkah seperti negara barat. Membeli belah melalui internet bukan sahaja mejimatkan kos malah masa dan menggurangkan penggunaan bahan api untuk mengisi petrol pada kenderaan. Selain itu, mereka juga tidak perlu bersesak-sesak untuk pergi ke pusat membeli belah hanya dengan melayari internet sahaja kita mampu untuk membeli barangan tanpa membuang masa dan bersesak-sesak. Malah kita boleh berbelanja di mana-mana yang kita selesa sama ada di rumah atau ketika berada di tempat kerja jika terdapat talian internet.

dapatan:http://sosiokami.blogspot.com/