Friday, February 17, 2012

LATIHAN


Tatabahasa : Latihan 1

Soalan 1-7
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Kami tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana bunyi ________enjin kenderaan yang bertali arus di jalan raya.
A desingan                  C dentuman   
B deruan                     D Dengusan

2. Beberapa orang pelajar yang ______ di kompleks beli-belah itu turut ditahan oleh pihak polis.
A bertaburan               C berpelesiran
B berhamburan            D berserakan

3. Baju adik _______ kerana ketumpahan air Milo.
A kusut-masa              C huru-hara
B comot-momot          D serbah-serbih

4. Atlet itu berusaha untuk _______diri ke Sukan Olimpik pada tahun hadapan.
A melayakkan             C layak
B selayaknya               D berkelayakan

5. Para peserta ekspedisi itu terpaksa ______ air sungai yang deras arusnya.
A merentas                  C mengharung
B melintas                   D menempuh

6. Puan Lee membeli tembikar itu sebagai _______ untuk rakan baiknya.
A tanda harga             C tanda hati
B tanda mata               D buah mulut

7. Tiada sepatah kata pun yang ________ daripada mulut ibu sebaik sahaja mendapat berita sedih itu.
A terlepas                    C terpacul
B terluah                     D tersembur

Soalan 8-14
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A,B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

8. Bila (A) sampai di (B) simpang jalan itu, kamu beloklah (C) ke kiri. Tiada kesalahan (D)

9. Wajah kakak pusat lesi (A) apabila disergah (B) oleh abang kerana dia semangat lemah (C). Tiada kesalahan (D)

10. Orang ramai bertolak-tolakan  (A) sewaktu di kaunter untuk mendapatkan  (B) tiket percuma perlumbaan (C) Formula 1 di sepang. Tiada kesalahan(D)

11. Para (A) peserta kursus diberi masa selama setengah jam (B) untuk mengajukan pelbagai (C) persoalan kepada penceramah itu. Tiada kesalahan (D).

12. Di seluruh (A) Manila telah dilanda (B) banjir besar yang banyak mengorbankan (C) nyawa dan harta benda. Tiada kesalahan (D)

13. Surat pekeliling (A) mengenai kerja lebih masa itu telah diedarkan (B) kepada semua ketua-ketua jabatan (C) untuk tindakan selanjutnya. Tiada kesalahan (D)

14. Banyak orang beranggapan (A) yang (B) bahasa Melayu tidak mampu bersaing dengan (C) bahasa Inggeris. Tiada kesalahan (D)


Tatabahasa : Latihan 2

Praktis 2
Sistem Bahasa (15 Minit)

Soalan 1-7
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Penyelam itu________di permukaan untuk mendapatkan udara.
A tampil                      C timbul
B terbit                        D muncul

2. “Saya akan ______ kelulusan dan pengalaman awak terlebih dahulu.” kata pengurus itu kepada Cik Salwa.
A menyiasat                C meneliti
B mengkaji                  D menyelidik

3. Ketua ekspedisi itu sedang memberikan_______kepada para peserta tentang aspek-aspek keselamatan.
A ucapan                     C amanat
B syarahan                  D taklimat

4. Pustakawan itu sedang _______ buku-buku itu kepada beberapa kategori.
A mengelaskan            C memperkelaskan
B dikelaskan               D pengelasan

5. Program______ kemiskinan di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang dilaksanakan oleh kerajaan itu diharapkan berjaya mencapai sasarannya
A pembasmian            C penghapusan
B pemusnahan             D penamatan

6. Penduduk kampung akan_______ untuk membuat rondaan di kawasan kediaman mereka.
A bertolak-tolakan      C bergilir-gilir
B berduyun-duyun      D berulang-alik

7. Adik terus merengek-rengek ________ kemahuannya tidak dituruti oleh ibu.
A sebelum                   C semasa
B selagi                       D sehingga

Soalan 8-14
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A,B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

8. Beliau mula berjinak-jinak(A) dalam (B) bidang politik sejak ianya (C) berusia awal 30-an. Tiada kesalahan (D)

9. Dengan  lain-lain kata (A) kejadian jenayah di kawasan ini dapat dielakkan (B) sekiranya kita  bersatu padu (C). Tiada kesalahan(D)

10. Pujukan daripada (A) ibu itu telah berjaya mereda (B) kemarahan (C) abang. Tiada kesalahan (D)

11. Yang (A) mendapat tempat ketiga  dalam (B) pertandingan itu siapakah? (C). Tiada kesalahan (D).

12. Sesetengah (A) ibu bapa bukan (B) mengambil berat tentang (C) pergaulan anak-anak mereka. Tiada kesalahan (D)

13. Puan Sally memohon  (A) maaf kerana (B) tidak dapat  menghadiri (C) dalam mesyuarat agung persatuan itu. Tiada kesalahan (D)

14. Pemandangan (A) di tepi pantai pada (B) waktu senja amat  terindah (C). Tiada kesalahan (D)

No comments:

Post a Comment